Thailand part 5 - Khao Yai



Assalamualaikum

Day 5

Selasa - (3.1.2017)


Seawal jam 7 pagi lagi kami dah bersiap-siap untuk chekout. Tak sabar untuk meneroka tempat yang menarik di daerah Khao Yai ni!


Sementara kami sedang menunggu kereta untuk membawa kami ke tempat kereta sewa, sempat la usha keadaan sekeliling Lake View Hostel ni. Semalam sampai dah gelap gelita. Kalau korang nak jimat boleh stay dekat dalam khemah. Depan khemah ada tasik. Boleh la kalau nak mancing ikan dikala bosan.


Lepak kat hammock buluh.



Lepas tu kami menaiki kereta sewa dari hostel menuju ke bandar Pak Chong. Tambang 300bath. Kami breakfast di kedai muslim di sini makan roti telur dan air mineral 45bath.


 Di Pak Chong terdapat minoriti masyarakat Thai Muslim. Di sini terdapat sebuah masjid. Kami singgah di Halal Friendly shop. Macam-macam makanan yang halal ada dijual disini seperti snek, keropok, paste tomyam dan frozen food.

 Nasib baik ada seorang pekerjanya boleh cakap bahasa melayu klate loghat siam sikit2. Walaupun tak berapa faham apa yang dia cakap, tapi tak de la blur sangat kami nak tanya apa-apa. Hahaaa. Kalau tak memang cakap macam ayam & itik, tak pun dengan gaya tangan naik sekali sebab orang Thai ramai yang tak faham english.


Kemudian pekerja tu tolong kami dapatkan kereta sewa dengan harga 2000bath untuk tour sekitar kawasan sini. Kat sini memang susah sikit untuk dapatkan teksi atau pun tuk-tuk disebabkan jarang pelancong yang datang ke sini.


Study peta di kawasan Khao Yai.


Lepas tu, kami mencari tiket keretapi di stesen Pak Chong untuk ke Nakhon Ratchasima. Train berharga 48bath iaitu lebih kurang 5 ringgit dan akan bergerak pada pukul 7.45 malam. 


Lepas je beli tiket train, kami terus bergerak untuk menuju ke destinasi pertama iaitu Chok Chai Farm.


Kat sini pun ada Premium Outlet macam kat Johor dan Melaka. Lebih kurang setengah jam perjalanan, kami pun sampai di Chokchai Farm.

Sini pun ada muzium juga
Anak lembu comel!
Di depan pintu masuk chockchai farm




Peta kawasan ladang chokchai
Restoran stik chockchai


Tiket masuk ke Farm ni adalah 300bath. Tips penting, dapatkan peta lokasi di kaunter untuk setiap tempat tarikan supaya senang untuk merancang tempat yang ingin dituju. 


Tour di kawasan ladang akan diadakan setiap 20 minit sekali. Sesi kami pada pukul 11.00 pagi.



Pertunjukan video mengenai chockchai farm.


Ladang Chokchai merupakan ladang ternakan lembu tenusu yang memang terkenal di Thailand. Selain aktiviti tenusu, ladang tersebut turut memberi fokus kepada aktiviti lain seperti penternakan lembu daging, agro pelancongan dan juga perniagaan restoran stik.

Malah, ladang yang berkeluasan 4,800 hektar ini merupakan ladang lembu tenusu terbesar di Asia Tenggara.


Chokchai Farm menempatkan pelbagai spesies haiwan seperti lembu, biri-biri, rusa, arnab, kuda, burung unta dan banyak lagi. Ia terletak di Jalan Pak Chong, Nakhon Ratchasima. 

Chokchai Farm adalah ladang yang pertama di Asia Tenggara yang mengeksport lembu ke banyak negara dan mereka juga menerima 3 anugerah Emas dari Anugerah Pelancongan Thailand. 


Ladang ini ditubuhkan pada tahun 1957 sebagai ladang sayur-sayuran oleh Mr Khun Chokchai Bulakul iaitu seorang pemuda yang bercita-cita untuk menjadi seorang Koboi semasa kecil.

Menjelang 1965, Chockchai cuba melibatkan diri dalam penternakan lembu daging sehingga berjaya menternak sebanyak 10,000 ekor lembu.


Tahun 1978 Ladang Chokchai memulakan aktiviti penghasilan produk tenusu yang menerima permintaan tinggi selain aktiviti pembiakan lembu baka.



Fuhhh ni memang lembu baka baekkk punya! Super Gene! Besar giler! Dah macam seladang jer aku tengok!





Ladang ni mempunyai empat mesin pengumpulan susu di mana setiap satunya mempunyai 48 unit perahan. Proses perahan susu lembu di sini dibahagikan kepada dua kaedah iaitu secara manual dan juga menggunakan mesin.


Walaupun ladang ini mengamalkan sistem perahan berkomputer bersama rakaman data, namun para petugas tetap diajar dengan teknik manual.

Untuk perahan kali pertama, ia akan dijalankan secara manual bagi tujuan menguji dan menentukan kualiti susu.



Pada tahun 1985, ladang ni berjaya mengeluarkan produk susu segar berpastur di bawah penjenamaan Farm Chockchai sebelum memperkenalkan susu berjenama ‘Umm!...Milk’ pula pada tahun 2002.


Aiskrim diberikan secara percuma kepada semua pengunjung. Sedap aiskrim berperisa pisang nih! Yummeh~

Disebabkan lembu-lembu di ladang ni sangat produktif, aktiviti perahan susu dilakukan tiga kali sehari iaitu pukul 4 pagi, 2 petang dan 9 malam di mana waktu pagi memberi hasil yang paling banyak.



Untuk satu sesi perahan, ia akan melibatkan 192 ekor lembu pada satu-satu masa. Untuk proses memerah susu, lembu-lembu akan dimandi dan dibersihkan untuk mengurangkan haba badan sebelum dibawa ke kawasan perahan. 

Patut la lembu-lembu kat sini nampak cantik dan bersih! Kasi mandi dulu, shampoo! hahaa



Kemudian, bahagian puting lembu akan dicuci dengan cecair khas bagi memastikan kebersihan susu yang akan dikeluarkan.

Selepas itu, para petugas akan menjalankan kerja-kerja memerah secara manual menggunakan tangan bagi mendapatkan sampel susu untuk diuji.

Jika semuanya berada dalam keadaan baik, proses perahan akan diteruskan menggunakan mesin. Satu unit mesin perahan biasanya dilengkapi komponen seperti cawan puting, hos susu, mesin penyedut, pengacau susu, hos vakum dan meter susu.


Bagi melaksanakan proses perahan, cawan kecil akan dilekapkan pada puting lembu sebelum motor dihidupkan untuk menyedut susu.

Susu yang telah disedut kemudiannya akan melalui meter kawalan susu menerusi saluran kaca dan akhirnya terkumpul di pusat pengumpulan. Untuk setiap proses ini, ia biasanya akan mengambil masa selama tujuh minit.

Proses pemindahan susu menggunakan saluran tertutup ini mempunyai kelebihan daripada segi kualiti, kebersihan dan mengelakkan jangkitan bakteria.


Kemudian, pengunjung dibenarkan untuk merasai pengalaman untuk memerah susu lembu menggunakan tangan! Sebelum tu, kena la cuci tangan bersih-bersih dengan sanitizer. Kami bertiga pun memang teruja la nak perah susu! Hahaaa


Pada pendapat aku, sepatutnya di Ladang Lembu di Kundasang, Sabah pun perlu buat tour macam ni supaya lebih banyak knowledge yang pengunjung boleh dapat mengenai bidang penternakan lembu ni. 



Yeahhh, akhirnya impian aku nak perah susu lembu menggunakan tangan tercapai! My bucket list checked! hahaaa... Dengan pengalaman ni, boleh la kot-kot nak apply kerja farm kat New Zealand nanti! :p



Lepas tu, kami dibawa mengelilingi kawasan ladang dengan menggunakan tram.



Kat sekeliling ladang ni, ditanam pelbagai pokok bunga yang cantik!



Usha jodoh lalu sat! hahaa

santai naik buai
Muka memang wanted giler! Sila culik beliau leh dapat reward! hahaa


Kemudian tram berhenti dekat kedai cenderamata. Semua orang pun turun dan masuk ke kedai cenderamata tu. Kami tak berminat pun nak masuk kedai tu sebab kat seberang tu ada ternampak ladang bunga yang besar dan luas!



Teruja bak ang sebab ladang bunga ni cantik giler! hahaa



Syok ni kalau buat scene menari lagu hindustan kat taman bunga! Hahaaa... Tapi hero mana hero?? kah3

Ladang bunga cosmos yang indah!


Ajet-ajet macam kat Europe! hahaa


Every flower is a soul blossoming in nature. 
~Gerard de Nerval




Macam tak puas pula bercanda di taman bunga, sebab cantik sangat! Tapi tram dah berbunyi so semua pun kene la bergerak balik supaya tak tertinggal nanti. Aihhh tak leh move on!



Last sekali ada pertunjukan cowboy dan kuda sebelum kami meninggalkan chochai farm ni.




Kemudian kami ke The Bloom iaitu taman bunga di daerah Pak Chong. Tiket masuk berharga 120bath termasuk dengan tram untuk tour dalam taman ni. Dalam ni terdapat macam-macam jenis bunga yang tengah mekar.



The Bloom, taman bunga terbesar di Thailand. Dengan luas sekitar 100 hektar, The Bloom ini diperindahkan dengan tanaman lebih dari 30 jenis bunga iaitu mawar, lavender, bunga matahari, kosmos dan sebagainya.


Kat dalam ni ada banyak hotel & chalet. Tapi kebanyakannya masih lagi dalam proses pembinaan.


Kawasan perkhemahan pun ada juga.




Kalau tour naik tram dia akan mengelilingi seluruh kawasan ni. Tapi bagi aku, tak payah naik tram pun tak pe sebab kawasan belakang ni cuma ada projek pembinaan hotel yang belum siap.


Shawn the sheep!

Ada kambing biri-biri yang jinak kat sini!


Gemok dan gebu!






Jalan-jalan kat sekeliling taman bunga!



Ada patung aksi figura pula kat sini!


Manjenyer di samping abam superman! haha


Kebun sayur-sayuran pun ada. Macam-macam spesis yang unik dan rare!



Ada 4 ekor owl yang cute, ehh 3 ekor je, satu tu jelmaan!
tudiaaaaa!




Sailormoon dengan kuasa bulan akan menghukummu!



Lavender!
Handbag Gucci 1!



Jumpa ladang bunga kosmos lagi! Tak sebesar di chokchai farm tadi. Tapi tetap cantik dan teruja!








Cupid love!


Perjalanan diteruskan pula menuju ke Palio Piazza, tiba-tiba kami menjumpai ladang bunga matahari yang cantik di tepi jalan. Baru jumpa yang sedikit ni pun dah membuatkan kami teruja, belum sampai kat Lopburi lagi ni! Hahaa.


Nak ambil gambar di sini perlu bayar 20bath.



Bunga-bunga kat sini memang tengah berkembang mekar mulai bulan November sehingga ke Januari setiap tahun. Kalau bercadang nak datang sini, boleh la plan hujung tahun ni.




Never look directly at the sun. Instead, look at the sunflower.
~ Vera Nazarian




Sesat dalam ladang bunga matahari!


Bila dah masuk dalam ladang bunga matahari ni, habis debu debunga melekat kat baju dan tudung. Kalau pakai baju putih memang kesan kekuningan dia jelas kelihatan! hahaaa


 Seterusnya sampai di Palio Piazza. Disini kami cuma mengambil gambar sahaja dengan bangunan dan butik yang seakan-akan berada di Itali. 


Palio Piazza ini merupakan 'Walking Street Shopping Center'. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini.


Palio Piazza ini diilhamkan dari Tuscany Village, Itali. Terdapat kira-kira 140 lot kedai, bar dan kafe yang berwarna-warni dengan hiasan bunga-bungaan dan pokok yang menjalar di sekitar bangunan yang membentuk landskap indah seperti berada di Eropah.


Ada pelbagai kawasan menarik disini seperti Palio Piazza, Palio Garden, Piazza Grande, Piazza Felice dan Palio Market.







Beli 4 bungkus jagung manis kat sini dengan harga 120bath.










Lokasi terakhir yang kami singgah ialah di Primo Piazza. Tiket masuk berharga 100bath. Tarikan utama disini selain reka bentuk bangunan yang cantik seperti di Eropah adalah terdapat haiwan comel iaitu Alpaca dan kambing biri-biri. 





Sebuah lagi tempat dengan gaya eropah dikelilingi bukit bukau dengan landskap yang mempesona boleh didapati di Thailand iaitu Primo Piazza. 



wishing well!


Terracota buildings!


Memang comel betul Alpaca ni dengan bulu yang lembut lagi gebu dan leher yang panjang! Pengunjung boleh bermesra dan bagi makanan dengan haiwan disini.


Aku tengok Alpaca ni macam lebih kurang je dengan Ilama. Tapi melalui pembacaan aku, Ilama ni saiz dia dua kali ganda lebih besar dari Alpaca dan mempunyai telinga yang lebih panjang. 

Alpaca mempunyai bulu yang lebih tebal dan lembut macam karpet, muka bulat, comel, lebih jinak dan manja. Next target aku, nak jumpa Ilama di Machu Pichu, Peru! hahaa






Apa yang menarik di sini selain struktur bangunan terracota yang seakan berada di Itali ialah terdapat ladang haiwan dengan rumput yang menghijau di sini. 

Om nom nommm... 
Omey angat-angat!

Hey, u nak kene pakai Pomade ni baru lebih hensem! Ni rambut serabai! 
My hump, my hump! I'm sexy & i know it!

Aloloooo... debabnyer Alpaca nih! Panggang buat Alpaca golek sedap ni!



Senyum kambing ciked! 


Kambing biri-biri dan Alpaca yang sangat gebu dan comel ni diimport khas dari Australia.



Dah kenapa aku tengok anak kambing ni macam babi ye? hahaa. Tapi comel betul nih!




Tanduk mahai nih! Kasi putar itu tanduk!
Ni lagi dahsyat tanduk pusingan maut!







Reka bentuk bangunan di sini memang bagaikan berada di Eropah!

Dah habis tour seharian di Khao Yai ni, kami singgah di masjid untuk solat. Lepas tu tapau makanan untuk dinner dengan harga 150bath, air mineral 74bath. Makan masa tengah tunggu train di Pak Chong station. Dia punya kuah somtam tu memang sedap tapi pedas sampai menangis! hahaa





Setelah itu, kami bergerak menuju ke Nakhon Ratchasima menaiki keretapi selama 3 jam. Sesampai sahaja, kami naik tuk tuk dengan tambang 70 bath dan kami check in di Srivichai hotel dengan harga 700bath satu malam.


So total lost untuk perbelanjaan hari ke lima adalah 1992bath iaitu lebih kurang RM250 seorang. 

Esoknya kami akan ke Jim Thompson Farm!






Comments

  1. Sy cr entry mgenai trip ke khao yai dari day first tp xjmpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dari Ayutthaya terus ke Khao Yai. Ni catatan perjalanan sy, boleh tgk part 4.

      http://nadzirahata.blogspot.my/2017/02/thailand-part-4-kota-bersejarah.html

      Delete
  2. Assalamualaikum, numpang tanya.. dari pak chong ke the bloom itu seberapa jauh? apakah jalanannya sepi? thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh pun. dalam 15 ke 20 minit. Tapi jalan dia agak masuk ke dalam. Tak banyak kenderaan yang lalu

      Delete
  3. Thanks for replying 😊 Rencana nak sewa dan naik motorcycle. Apakah aman kalu sepi begitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jer. Don't worry. Sampai di sana ada ramai tourist yang datang!

      Delete
    2. Alhamdulillah kalau begitu 😊 Kalau untuk makan halal ada rekomendasi kah di pak chong? Dan dimana bisa dapatkan peta wisata seperti difoto atas tu?

      Delete
    3. Peta boleh dapatkan di kedai halal friendly. Restoran Makanan halal ada di sekitar kedai halal friendly berdekatan masjid.

      Delete
    4. Thank you so much. Very informative 😊😊👍

      Delete
  4. salam.
    noleh saya dapatkan full itinerary trip awak ke thailand. sebab saya bercadang nak ke khao yai dan jim thompson farm bulan 12 ni..

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Hai nad boleh saya dapatkan itinerary awak ke thailand.
    boleh email dekat waniadlina5@gmail.com.
    tq nad. Suka baca awak punya blog.

    ReplyDelete
  6. As-salam. Nk tanya okay x sewa kereta dekat Thailand? U ambik dari company apa ye?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah