Castella Cafe, Gerik, Perak!



Assamualaikum


24 Februari 2017

Jumaat 


Kali ni aku & the geng nak ke Royal Belum Houseboat di Gerik, Perak. Tapi program start pada hari Sabtu pagi. Hari Jumaat tu kami 7 orang bergerak dari Kota Baru menuju ke Pekan Grik dengan jarak perjalanan 215km iaitu mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan pemanduan santai layan corner kat jalan Gerik tu! Line up trip kali ni mantap-mantap belako sek2 klate boh! Nutshell, Remaja Purba, Tee Jay, Bunga Matahari Merah, Amalina gigi besi, Tiqah harry potter dan kak Nurul!

Kami singgah sebentar di restoran Castella Cafe untuk menikmati sajian menu bangsawan, Melayu Pattani yang berkonsepkan berkelah di tepi sungai. Kalau nak datang ke sini, korang perlu book dulu dengan tok janggut!


Lokasi Castella CafĂ© ini terletak 10km di pinggir pekan Gerik, iaitu di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik, Perak yang berlatar belakang alam semulajadi.


 Aliran sungai ‘Air Beruk’ yang bersih dengan udara nyaman melupakan seketika suasana hiruk-pikuk di bandar. Dangau Buluh (Pondok) yang dibina menyerlahkan lagi suasana landskap Castella CafĂ©.


Sambil makan sambil berendam kaki di dalam air sungai! hahaa


Masa kami datang ni, meja ada satu jer. Sebabnya minggu sebelum tu, hujan turun dengan lebat & kasi hanyut semua kerusi meja kat dalam sungai ni! hahaaa. Sekarang rasanya dia dah kutip buluh tu & buat semula kerusi meja yang hanyut tu!



Jadi kami tak boleh duduk lama-lama kat dalam sungai ni sebab dah ada orang lain yang book meja ni. Kami punya makanan akan dihidangkan dekat pondok buluh!


Mohd Isa Bin Mohammed Ramli, atau lebih dikenali sebagai “Tok Janggut Putih” seorang usahawan OKU merupakan anak tempatan yang berusaha mempopularkan semula masakan ikan Sungai Temenggor dan Tasik Banding. Makanan ini disediakan dengan kaedah dan resipi tradisional Melayu Hulu Perak yang kini semakin dilupakan. 

Tercetus idea penubuhan Castella Café dengan konsep dangau buluh, dibuka oleh beliau untuk mereka yang mahu menikmati hidangan yang sememangnya tidak ada di tempat lain.



Menu hidangan Castella CafĂ© dihasilkan dengan kaedah tradisi mengikut disiplin semulajadi. Masakan utamanya adalah ikan-ikan sungai yang segar diambil dari peraih-peraih di Sungai Temenggor dan Tasik Banding. Ikan Sebarau, Ikan Tengas dan ‘Raja Ikan Air Tawar’ Ikan Kelah terkenal dengan kesedapan tekstur isinya. Ikan-ikan ini amat sesuai dengan menu masakan Castella CafĂ© seperti ‘Gulai Sakai’ (Gulai Masam), Masak Lemak Cili Api, ikan pekasam Tok Janggut dan ikan bakar. 


Masa nak booking tu, tok janggut akan bagi pilihan menu-menu ni. So bolehlah pilih nak makanan yang mana satu. So bila dah sampai kat situ nanti, dia dah tahu la nak hidangkan makanan yang mana kat kami. Harga dia agak mahal juga lah bagi aku!








Menu hidangan dilengkapi dengan ‘Nasi Daun Bemban’ yang dimasak di dalam buluh tentunya mempunyai aroma yang menyelerakan. Pengunjung pastinya terpesona dengan cara penyediaan makanan yang diletakkan di dalam buluh. Castella CafĂ© juga menerima tempahan makanan mengikut citarasa pengunjung.



Kalau korang bercadang nak datang sini, kena buat tempahan lebih awal kerana tempat yang disediakan terhad.


Masakan dia sedap makanan kampung. Santapan diraja katanya!


Facebook : Castella Cafe
Alamat: Castella Cafe di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik
No.telefon: (011-20503453)Tok Janggut


Petang tu, kami nak pergi mandi air terjun! Dari Gerik, kami nak ke hutan lipur Lata Bayu yang terletak di Baling, Kedah ni dalam sejam juga.

Sumber google!
Tapi pemandangan sepanjang jalan sangat cantik! Ada nampak 2 buah gunung yang tinggi kat Gerik nih! Tak salah aku tu Gunung Kerunai & gunung Kenderung yang sekarang tengah famous dekat group hiking dengan pemandangan awan karpet! 

Macam teringin nak pergi jer gunung ni! hahaa.. Sesiapa yang ada buat trip hiking sini, mohor roger ok! 


Somewhere over the rainbow!


Hutan lipur ini terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi. Ia juga dikenali sebagai Lata Asam Jawa. Apa yang uniknya hutan lipur ini adalah terdapatnya air terjun yang menarik dengan ketinggian 20 meter dan membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung. 

Teringat kenangan aku mandi kat air terjun ni sambil basuh baju kotor berselut  dulu masa turun dari gunung Baling! hahaa



Masa kami sampai kat sini dah lewat dalam pukul 6 petang sebab salah masuk simpang jalan! hahaa Tak sempat lah nak bermandi manda!


So kami main celup-celup kaki dan tangkap gambar je la! 


Tak pe esok nanti leh mandi air terjun puas-puas kat Royal Belum! Yeayyyyhh!

















Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS