Thailand part 6 - Jim Thompson Farm


Assalamualaikum



Day 6

Rabu - (4.1.2017)


Perjalanan ke Nakhon Ratchasima - Korat - Lopburi


Check out dari Srivicai Hotel bilik no 404 seawal 7.00 pagi lagi.! Fuhhh no bilik dah macam dalam vcd cerita seram zaman sekolah dulu-dulu! Mujur tiada apa-apa perkara angker & misteri nusantara berlaku malam tadi! Hahaa


Apa yang menarik di Nakhon Ratchasima ini adalah Jim Thompson Farm. Kami menyewa Songthew dengan harga 1400bath sehari dan perjalanan mengambil masa sejam dari hotel. Harga tiket masuk ke ladang ni 150bath. Tiket boleh dibeli di semua butik & muzium Jim Thompson di Bangkok ataupun boleh walk in terus disini. Kalau walk in disini pastikan kene datang awal sebelum tiket habis.

Ladang ni dibuka setahun sekali sahaja selama sebulan iaitu pada bulan Januari. Ini kerana pada masa ini semua bunga sedang mekar cantik dan buah buahan sudah masak dengan ranum. Memang cun lah timing yang kami datang ni!




LAGENDA THAILAND YANG HILANG DI MALAYSIA


Bukan mudah untuk seorang warga asing memberi impak yang besar kepada sosio ekonomi negara Thailand, tetapi tidak Jim Thompson.

Kisah beliau yang penuh warna bolehlah diibaratkan seperti James Bond yang bersara dan kemudiannya menjadi seorang saudagar yang terkemuka. Namun, pada suatu hari, hilang entah ke mana. Puuf.... hilang, lesap... tiada siapa yang tahu.



Siapakah Jim Thompson?

Beliau sebenarnya adalah seorang warga Amerika Syarikat yang menyertai Agensi Perisikan Sentral atau lebih dikenali dengan CIA sebagai seorang perisik sebelum meletusnya Perang Dunia Ke-2. Beliau bertugas di Afrika Utara dan di Eropah ketika perang dunia dan kemudiannya berpindah ke Ceylon atau Sri Lanka untuk membantu Gerakan Seri Thai yang beroperasi secara diam di Thailand dalam usaha untuk membebaskan negara itu daripada rejim Plaek Pibulsonggram yang berpihak kepada Jepun.

Setelah perang tamat beliau mendarat di Bangkok dan membuka pejabat CIA di sana. Setelah meletak jawatan dalam perkhidmatan CIA, beliau kembali ke Bangkok dan bersama-sama beberapa orang teman, beliau membeli The Oriental Hotel dan juga membuka Thai Silk Company Limited.


Tahukah anda bahawa tema warna sutera Thai yang bergemerlapan pada hari ini sebenarnya bermula daripada hasil usaha beliau suatu ketika dahulu. Ribuan rakyat Thailand yang dihimpit kemiskinan telah diberi peluang bekerja dari rumah dan ini banyak membantu menaikkan industri tenunan sutera dan ekonomi masyarakat setempat. Sutera beliau dieksport ke serata dunia dan secara tak langsung menaikkan kembali industri yang hampir lenyap di bumi Thailand ini.

Namun, Jim Thompson lebih dikenali sebagai seorang pengumpul hasil seni yang terkemuka bukan sahaja di Thailand tetapi juga di Asia Tenggara. Beliau membina beberapa buah rumah tradisional di Bangkok yang berhampiran dengan sebuah terusan dan perkampungan Islam. Rumah-rumah ini adalah untuk diduduki oleh beliau dan juga para tetamu bangsawan. Ianya diperbuat dengan menggunakan bahan binaan yang dibawa khas dari Ayutthaya dan Bangkrua. Setelah siap, ianya dihiasi dan dipenuhi oleh artifak dan hasil seni dari Dinasti Ming China, Eropah, Burma, Cambodia dan banyak lagi.


Pada tika dan waktu itu, Jim Thompson amat dikenali di kalangan aristokrat dan juga masyarakat marhaen Thailand. Inilah zaman kemuncaknya!

Apakah yang terjadi kepada Jim Thompson?

Pada 24 Mac 1967, beliau telah pergi ke Cameron Highlands bersama-sama dengan pembantu setianya iaitu Constance Mangskau. Ahad, 26 Mac, jam 1.30 petang, beliau meninggalkan penginapannya dan berjalan seorang diri di perkarangan Jalan Kamunting. Beberapa saksi terlihat kelibat beliau ketika itu, namun, beliau tidak pulang semula walaupun siang sudah berganti malam.

Misi mencari dan menyelamat oleh pelbagai pihak seperti orang asli, penduduk, polis, askar gurka, pelajar dan lain-lain dijalankan selama 11 hari namun sia-sia.

Berita kehilangan beliau merebak ke seluruh dunia dengan pantas. Sejarah hidupnya yang penuh warna pasti menimbulkan pelbagai spekulasi kehilangan beliau.

Antara spekulasi kehilangan beliau ialah:

1) Beliau diserang dan dimakan binatang buas.

2) Beliau diculik oleh mereka yang berdendam dengan beliau.

3) Beliau pergi ke Vietnam dalam misi menentang komunis Vietnam.

Pada tahun 1974, mahkamah Thailand mengisytiharkan kematian rasmi Jim Thompson sebagai 'dead in absentia'.

Hingga kini masih ada lagi pihak yang menjalankan siasatan di atas kehilangan misteri beliau.


Kredit : Afzan Yusuf - The Patriots


Sememangnya nama Jim Thompson sangat gah di Thailand kerana sumbanganya terhadap ekonomi disini.

Ayuh jom tengok apa yang menarik kat ladang nih!


Sesampainya kat ladang ni, kami terus naik tram untuk mengelilingi kawasan ini. Rupa-rupanya disini juga ada ladang bunga matahari yang luas terbentang! Fuhhh, hati sudah melonjak-lonjak teruja bila tram yang membawa kami mengelilingi ladang ini lalu di kawasan ladang bunga matahari! Hahaaa... 


Dapat jumpa bunga matahari kat sini pun dah cukup puas! Rasa macam mahu membatalkan hasrat untuk ke Lopburi esoknya dan pergi ke tempat lain. Hahaa... Misi nak pergi ladang bunga matahari dah tercapai! Tapi kami berbalik ke plan asal disebabkan sudah booking hotel di Lopburi. lol


Saujana mata memandang!




The road to freedom is bordered with sunflowers.

~ Martin Firrell ~


Did You Know?



According to the Greek Mythology, a water nymph, Cyltia, was so madly in love with the God of Sun, Apollo, that she never stopped staring up at the sun continuously, but he did not return the love. Taking pity on her, other Gods turned her into a sunflower that could always follow the path of the sun. Therefore, the sunflower has been following the sun ever since.



Bunga matahari juga dikenali sebagai 'happy flower'! Kalau korang rasa sendu sedih, boleh la tengok sunflower pastu ia terus trigger hormon Serotonin & Endorphin membuatkan korang teruja gumbira! ;) Hahaa




Behind the scene!



You're just too good to be true
I can't take my eyes off you
You'd be like heaven to touch
I wanna hold you so much
At long last love has arrived
And I thank God I'm alive ~


Nadz was here! My bucketlist no. 28 checked! Yeayyyh!




Perfect angle tho!


Mana orang mana bunga tah! Ku keliru! Kah3



Masuk kat celah-celah kebun pokok bunga matahari demi nak dapatkan sudut gambar terbaik! Habis baju & tudung terkena dedebunga pilu cinta! Make sure korang kalau datang sini jangan pakai baju putih coz nanti memang terus melekat debunga jadi kuning! hahaa


Serius tak boleh move on dengan kecantikan bunga matahari nih! So addicted! Dah macam kene ganja! hahaa

In a Nutshell was here!
white rose!







Bukan bunga matahari jer yang ada kat sini. Bunga lain pun banyak & cantik-cantik semuanya!





Aku boleh camouflage kot di sebalik bunga bungaan pink nih! hahaaa


Disini ada ladang buah labu yang dihias indah di tengah-tengah padang. 




Pumpkin Field of Dreams!





Macam-macam jenis labu ada! Apa-apa la labu!








Ehhh tetiba ada kat Nami Island pulak! Ni bukan kat Pantai Senok, Bachok tu ye!



Cantik pokok ni! Amik feeling kat sini dulu sebelum dapat pergi kat Jeju! Hahaa



bunga kosmos!






Hamparan bunga kosmos seluas lautan! Sumpah cantik giler2!









Proses membuat tie dye di pakaian! Nampak macam rumit tapi hasil dia memang tip top & unik corak dia!


Benang yang dihasilkan dari ulat sutera.


Menampi padi!



Ulat sutera membentuk coccon/kepompong sutera yang merupakan bahan asas untuk buat benang sutera.



Proses memintal benang sutera daripada kepompong tadi!



Kepompong akan direbus dengan air panas untuk memudahkan proses pintalan benang.



Penternakan ulat sutera



Terdapat juga perusahaan ulat sutera dan tempat menenun kain sutera secara tradisional. Memang menarik Jim Thompson Farm ni!


Thompson menumpukan sepenuhnya untuk menggiatkan semula industri kecil menenun sutera menggunakan tangan, yang merupakan kemahiran yang diwarisi oleh wanita Thailand selama berkurun bagaimanapun ia sudah tidak lagi popular.



Thompson menemui kaum Cham yang beragama Islam, mahir dalam menenun sutera di kawasan Bankrua berhampiran Bangkok dan membekalkan mereka dengan alat-alat untuk menenun, mewarna dan bantuan teknikal.



Thompson juga dikatakan membantu beribu-ribu penduduk miskin Thailand keluar daripada belenggu kemiskinan. Dia dikatakan memberikan sebahagian daripada saham-sahamnya dalam Thai Silk Company kepada penduduk-penduduk miskin ini.



Selain itu, terdapat kawasan Perkampungan Desa Jim Thompson disini dengan sawah padi yang cantik! 


Selepas kehilangan Thompson, Thai Silk Company telah memindahkan operasinya ke Khorat, sebuah bandar yang menjadi pengkalan operasi untuk Tentera Di Raja Thailand.

Rumah Jim Thompson di Bangkok kini dijadikan sebagai muzium yang menempatkan beberapa ukiran dan hasil seni daripada Thailand yang dikumpul oleh Jim Thompson. Selain dikenali sebagai Raja Sutera, Thompson juga dikenali sebagai pengumpul barang-barang seni.




Pekerja sedang menenun benang sutera





Bunga dimana-mana.




Memang berbaloi-baloi datang ke Ladang Jim Thompson ni! Cuci mata dengan warna warni bunga-bungaan dan buah-buahan segar bugar! Nak beli thai silk agak mahal, jadi dengan bajet ciput, aku mampu beli beras pulut hitam je kat sini dengan harga 50bath. Banyak juga dia jual hasil pertanian dekat sini, boleh rambang mata!



Kalau nak book tuk-tuk boleh hubungi encik biskut ni! Trademark dia memang win! 

'Who know's everything'


Kami tak sempat lunch pun. Cuma singgah ke 7 Eleven beli air & makanan berharga 320bath. Sebabnya next kami nak ke Lopburi. Tapi kene beli tiket mini van di Korat. Harga tiket 390bath untuk 3 orang.



Toilet kat stesen korat. Dah macam nak pergi masuk theme park jer. Agak unik! hahaa. Kene masukkan syiling 4bath dalam mesin tu, lepas tu baru boleh tolak besi tu.


Seterusnya, kami bergerak menuju ke Lopburi menaiki van selama 3 jam. Lepas tu kammi naik motor masuk ke kawasan kampung di Lopburi, harga 120bath. Kami check in di Noom Guesthouse dengan harga 530bath semalaman.

Total lost perbelanjaan untuk hari ke 6, 2645.5bath iaitu lebih kurang RM111 seorang.



Next nak pergi ke Ladang Bunga Matahari di Lopburi! 








Comments

  1. eh dah berubah wajah, ptut macam lain je..
    nak masuk toilet pun macam seram je, mcm msuk pintu penjara hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa.. hritu saja try template baru. Lepas tu dah tak boleh undo yg lama. Yg ni nampak simple skit blog. Yup lain macam jer nak masuk toilet sampai macam tu! hehee

      Delete
  2. i'm so impressed reading this entry, lagi2 kat bunga matahari & pumkin. nampk cantik sgat. Pumkin tu buah betul ke atau replika ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup cantik sangat2! Tu semua pumpkin betul. Gemok2 dan besar! Memang woww bila datang sini! :)

      Delete
  3. hye nad..im ur silent reader..suke baca blog nad jalan jalan..tp template baru ni pening kepala la nk klik..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awaa. Thanks sudi bace blog picisan ni. Hehe. Sy pon pening gk rse nk tukar template lama tp xboleh undo dah. Haha..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. hi nad..saya suka baca blog awak..banyak info & menarik..terracun tgk trip pegi tgk bunga matahari ni..boleh sy tau awk book tiket tu ada tlis binti ke?? sy dh book, tp x ltak binti...boleh ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiket flight ke? klu flight ade binti. ikut IC

      Delete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!