Trip rumah bot di Royal Belum!


Assamualaikum


25-26 Februari 2017

Sabtu - Ahad


Trip santai 2 hari 1 malam di Royal Belum houseboat Gerik, Perak! Aku memang dah lama teringin nak join trip rumah bot ni. So haritu date dia ok, so aku pun on je lah! Aku pergi trip ni dengan Caravan Serai! Harga untuk pakej trip ni pun ok RM199 termasuk makan kat atas bot! Kalau korang nak join trip ni boleh la usha-usha trip dorang kat sini : 



Nak tau apa yang best pasal trip ni, jom layan gambar-gambar kat bawah nih!

Mai dulu secawan!

Dari kiri, Jamil, Safar, Nurul, Tiqa, Amal, Aishah, Aku & Latif


Hutan Belum ni terletak di utara hujung Perak, senang cakap Hulu Perak la. Daerah Perak yang paling hulu iaitu terletak di Gerik. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. 

Panorama di jeti




Tasik Temenggor adalah empangan menjana kuasa eletrik hidro di Utara Perak yang siap di bina pada tahun 1974. Di bahagian tengah Tasik Temenggor ada sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. 


 Terdapat sebuah kem tentera di kawasan ni untuk menjaga keselamatan Empangan Temenggor. Di sini adalah tempat yang ideal untuk aktiviti memancing. Kaki-kaki pancing akan memburu ikan seperti Toman, Sebarau dan Kelah. 

Di Jeti Tasik Temenggor


Ada kucing comel pula atas rumah bot nih! Kami bagi nama dia Jenab!

Jenab kelihatan tenang & manja, rasa nak culik bawak balik! hahaaa :p


Untuk trip kali ni ni bukan 1 jer boathouse yang ada, tapi 3 sekali harung! Memang meriah uolls! Satu boathouse boleh muat dalam 40 orang, so kalau 3 boleh kira sendiri lah! hahaaa. Untuk apa-apa aktiviti, kami akan bergabung sekali dengan 3 boathouse ni.

Untuk permit masuk ke Hutan Royal Belum ni dah termasuk dalam pakej. Tapi kalau korang yang ada bawa kamera, Permit kamera – RM5 (satu kamera) dan kalau bawa joran, Permit memancing – RM5 (satu joran)

Steady bang main congkak!

Pukul 9 pagi kami muat naik barang ke dalam rumah bot. Rumah bot ni agak besar. Ada 2 tingkat, 4 tandas dan dapur.

Dekat atas ada 4 bilik. Perempuan tido dalam bilik. Lelaki semua tidur dekat luar beramai-ramai dan di bawah.

Chillex! Abam kat belakang tu tak payah la buat muka sirius sangat! hahaa :p

Lepak kat beranda sambil menikmati pemandangan indah tasik temenggor!


Jenab tengah bersantai layan angin bayu tasik yang bertiup sepoi-sepoi bahasa! Omeyyy angat nih!

Destinasi pertama, iaitu perjalanan menuju ke perkampungan orang asli mengambil masa lebih kurang 3 jam. Sambil-sambil tu memang dok melepak bersantai je la sambil melayan pemandangan tasik yang indah. Teringat pula macam cerita Anaconda yang dorang merentasi sungai Amazon dengan boathouse. Kat sini tak pasti la pula ada ular Anaconda ke idok??

Kat sini memang tiada signal phone. So Offline untuk 2 hari! Guna henfon untuk tangkap gambar je lah! Hahaaa


Dah sampai di perkampungan orang asli, ada sedikit taklimat dari ketua kampung.


Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh dilawati di sini antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. 


Kebanyakkan Orang Asli ni terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito. Mereka menerima lawatan kami dengan hati dan tangan terbuka. Kelibat anak-anak Orang Asli yang comel dan malu-malu ni menceriakan kami. 


Jika berkesempatan ke sini, bawalah beberapa saguhati seperti pakaian, makanan, gula-gula dan permainan untuk diberikan pada kanak-kanak Orang Asli. Mereka sangat menghargainya. 


Dengan Neymar orang asli, rambut ketak-ketak!


Menarik kawasan perkampungan ni dengan rumah yang diperbuat daripada buluh dan atap daun.



Ramai anak gadis kaum jahai ni kawin awal. Anak memang berderet. Mungkin kerana tiada hiburan lain kan. :p


Debab betul baby nih! Rasa nak gigit-gigit jer! hahaa


1,2, 3 jump! Terbaekk!




Kat sini peralatan memasak semuanya dah disediakan sekali dengan tukang masak. Periuk, dapur, pinggan, pisau cakap je apa, semua ada. Kiranya rumah bot ni dah lengkap dengan semua kemudahan. Lepas je habis lawatan di kampung orang asli, apa lagi, jom makan!


Follow me to Royal Belum!
Awat Jenab muka ketat! Macam nak makan orang jer! hahaa



Next, kami nak ke Air Terjun Sungai Kooi. Kena naik speed bot meredah tasik. Yuhuuuu



Hutan Belum ni dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. 


Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan.


Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan!


Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.

Dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.

Belum, belum, beluuuummm! Merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum.


Di Hutan Belum ini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu keras hutan hujan tropika yang semakin pupus. Antaranya adalah seperti spesis meranti, cengal, keruing dan merbau yang besar. 

Disini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit. 


Jungle trekking lebih kurang 30 minit untuk sampai ke kawasan air terjun ni! Trek dia santai jer, main sepak-sepak daun!


Hati-hati kalau nak naik sampai kat atas batu tu sebab licin giler. Aku pun hampir tergolek! hahaa




Air Terjun Sg Kooi sangat-sangat cantik!



Lebih kurang sejam lepak-lepak main air terjun, so balik semula ke boathouse.


Next aktiviti, berkayak dan main rakit buluh dekat tasik! Jika nak terjun pastikan pakai life vest. Tasik ni sangat dalam! Korang boleh la nak melompat dari rumah bot ke dalam tasik pun lompat lah. Seronok main air! hahaa




Rakit nak tenggelam! hahaa


Berakit-rakit ke hulu... Berenang-renang ke tepian!




Malam tu dinner bbq ayam panggang!


Wajah-wajah kebuluran lepas penat main air! haha


 Ada sesi perkongsian mengenai Royal Belum oleh abang ni. Royal Belum, boleh dikatakan hutan belum terusik, masih suci dan dipercayai berusia lebih 130 juta tahun, lebih tua daripada hutan hujan Amazon di Amerika Selatan dan hutan Congo di Afrika Tengah. 


Lepas tu ada sesi ice breaking dengan semua peserta. Kebanyakan dorang ni daripada KL.

Mamat baju kuning ni macam crush lama aku! Crush dah jadi crash! Sekian! hahaa


Lepas ice breaking tadi, boleh la buat aktiviti bebas. 


Seronok tengok dorang ni main terup! hahaa


Ada yang karok sampai pukul 2 pagi, ada yang memancing. Malam-malam memang sejuk kawasan hutan ni!


Hari kedua di Royal Belum!


Pagi tu breakfast nasi lemak.


Perjalanan nak ke satu-satu tempat mengambil masa 2 hingga 3 jam. Sambil-sambil tu bersantai dan tangkap gambar puas-puas!


Best dapat menikmati keindahan alam semulajadi 130 juta tahun yang dikelilingi air tasik berwarna hijau.


Terbentang dengan permukaan air meliputi 15,200 hektar, tasik buatan terbesar di Perak ni, yang berlatar belakangkan Kompleks Hutan Belum-Temengor, sememangnya mendamaikan dengan suasana nyaman dan udara segar. 


Berdasarkan sejarah, tasik yang mengelilingi sekitar hutan Belum dan Temengor pada awalnya adalah perkampungan orang Melayu dan Orang Asli.

Mungkin tidak ramai menyedari tasik yang diwujudkan untuk projek Empangan Temengor pada tahun 70-an ni, menyimpan khazanah alam amat berharga buat negara. Ini kerana, di sinilah 'pintu masuk' Taman Negeri Royal Belum yang menjadi antara permata hati negeri Perak yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.





Hutan Belum satu ketika dulu pernah menjadi lokasi panas pertempuran pengganas komunis dengan tentera, terutama selepas Jepun menyerah kalah. Malah, difahamkan, Hutan Belum juga pernah menjadi laluan masuk tentera Jepun dari Thailand ketika Perang Dunia Kedua.


Sejak tahun 1948 hingga tahun 1989, Hutan Belum dilabelkan sebagai kawasan hitam berikutan aktiviti Parti Komunis Malaya (PKM). Malah, pengganas komunis menjadikan hutan tebal itu sebagai tempat persembunyian mereka.


Komunis juga membina banyak laluan bawah tanah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Malah, laluan bawah tanah juga dikatakan menghubungkan dengan Thailand. Kerana itulah Empangan Temenggor dibina. Selain menjadi penjana hidroeletrik, ia juga untuk menenggelamkan laluan bawah tanah komunis.


will miss you, hutan hijau yang cantik dan menenangkan.



Hari kedua ni kami ke Air Terjun Sungai Ruok. Kat sini ada kawasan ala2 kolam untuk mandi manda. Air terjun pun tak setinggi yang semalam. Tapi bagi yang nak ke kawasan air yang dalam skit, kena pakai life jacket. Kali ni jalan nak ke air terjun tu tak jauh sangat macam kat air terjun Kooi.





Sebenarnya kat sini kawasan ikan kelah. Tapi disebabkan kami dok serbu ramai-ramai tempat ni, ikan semua dah lari! hahaa








Beronok-ronok semua!



Ramai yang ingat bunga terbesar di dunia, bunga Rafflesia atau juga dikenali sebagai pakma hanya boleh didapati di hutan pergunungan di Sabah mahupun Sarawak sedangkan Royal Belum juga menjadi platform terbaik melihat bunga ni. 

Untuk ke kawasan Bunga Rafflesia kena daki atas lagi sikit dari Air Terjun ni. 
Bunga Rafflesia ni ambil masa 9 bulan untuk berkembang dan jangka hayat hidup dia lepas kembang tu hanya 7 hari. Aku & the geng tak hiking pon sebab bunga dia tak kembang lagi.




Makan, makan & makan!




Kata-kata terakhir sebelum berangkat pulang.



Bersama kak intan, admin Cravan Serai!

Geng abam-abam rumah bot sebelah

My bucket list no. 26 done!

Senarai Baldi Saya!

In a nutshell, keindahan Royal Belum memang tiada tandingannya. Suasana aman damai, tasik yang tenang dan kehijauan rimba di sekeliling menjadikannya tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara. So kalau korang yang sukakan nature & adventure, wajib datang ke Royal Belum!


Comments

  1. Replies
    1. Skrg thn 2019 ni ad buat lg dr caravanserai jgk g deepavali nt..rm339..nk join jom la..whtsup 011-26468092

      Delete
  2. dari mula org tanya harga tak berjawab...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..nak tanya dekat sana ada sedia seterika untuk ayen baju tak???

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS