Stone di Stong!



Assalamualaikum...


Aku nak tanya sape orang Kelantan yang tau makna perkataan “STONG” ? Aku berani gerenti xda sorang pon yang boleh cerita. hahaa.. Nih Pendekar Panji Alam nak ceritakan ASAL USUL GUNUNG STONG…

Alkisahnya dolu2.. Masa belum ada siapa lagi yang menjumpai Gunung ni, ada la sorang mat Salleh ni. Biasa la. Kalu uolls nak tau, Geng2 mat salleh ni memang suka mendaki gunung. Kalu x caya, pegi la daki gunung mana2.. mesti jumpa mat salleh. Okeh, aku sambung cerita. Mat Salleh tu tak pastilah dari mana. Naik la keretapi. Kebetulan lalu ikut Stesen Dabong. Maka terlihatlah akan ia satu air terjun yang cantik dan menawan itu. Lalu dia pun turun dari keretapi di Stesen Dabong. Kemudian dia bertanya orang kampung..

“Adakah gunung yang chanteks di sini?” (Pelat oreng puteyh lah)

“Ado..” jawab orang kampung.

“Apakah nama gunung itu?” tanya mat salleh..

“Dok tau la gunung gapo namo dio..” jawab orang kampung..

Lalu mat salleh tadi pun meminta orang kampung tersebut menunjukkan jalan ke kaki gunung. Tanpa membuang masa, Mat Salleh pun mulakan pendakian. Sesampai di puncak, beliau merasakan amat nyaman dan sejuk. Beliau berehat seketika sambil memikirkan nama bagi gunung tersebut. Memandangkan di atas puncak Gunung itu tidak terdapat sesuatu yang pelik dan ganjil melainkan sebuah batu yang besar. Maka, beliau menamakan gunung itu sebagai Mount Stone kerana terdapat sebuah batu yang besar diatasnya.

Selesai berehat dan menghirup udara segar, di Mount Stone, mat salleh tu pun turun la jumpa dengan orang kampung tadi. Orang kampung pun tanya mat salleh..

“Ado gapo2 kat atas gunung tu?”

Mat salleh tadi dengan selamba menjawab “STONE”..

Tidak lama kemudian, datang lagi seorang Mat Salleh juga nak mendaki gunung tersebut..

Beliau bertanya kepada orang kampung yang sama berada di Stesen Keretapi Dabong..

“What is the name of this mountain?”

Kerana tidak faham dengan pertanyaan tersebut..beliau terdiam seketika..

Lalu beliau teringat pertemuannya dengan mat salleh yang terdahulu..

akhirnya beliau menjawab…STONE dalam dialek kelantan yang berbunyi sengau sedikit maka terbitlah perkataan “STONG”…

Sehingga ke hari ini batu tersebut masih lagi terdapat di puncak Gunung Stong..sape2 nak tengok..jom mulakan Ekspidisi Gunung Stong.. Yeahhh….


Let's the Journey begin!


Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS