Part 1 : Hello Lombok!



Assalamualaikum


Day 1

5/5/2017 - Jumaat


Tanggal 5 Mei 2017, pada pukul 6.30 pagi aku bergerak dari rumah menuju ke airport. Perjalanan dari Kota Bharu menuju ke airport yang terletak di Pengkalan Chepa memakan masa lebih kurang 20 minit. 


Sampai kat airport ingat ke dah lewat dah sebab kononya boarding pukul 7.20 am. Nak pergi check in beg lagi. Dok kelam kabut skali bila sampai kat atas tu xde orang pon! Huk alohhh! Kapal terbang pon tak sampai lagi. So mereput la dulu kat sini sorang2. 


Tepat pukul 8.00 pagi, aku bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) menaiki Air Asia. Harga tiket return RM181.24

Sampai kat KLIA2 dalam pukul 9 pagi pun mereput lagi tunggu geng2 yang dari KL tak gerak lagi dari rumah masing-masing. Aku pun isi dulu perut yang dah bergendang gendut dari pagi tadi sebab tak sempat nak breakfast! Makan la kat foodcourt kat KLIA2 tu. So what do you expect? Makan bihun goreng dengan milo ais je pun RM15 hengget! What the heck! hahaa. Kalau aku kena kerja kat KLIA ni memang pokai la kalau makan kat sini hari-hari! lol


Dalam pukul 12.00 baru la nampak batang hidung dorang nih! Adik aku Arief, Gogo Hafiq Hashim, Meon dan isterinya Fifa!


Perjalanan ni sudah ku nanti-nantikan sejak sekian lama. Impian yang tertangguh sejak tahun lepas dengan insiden tiket flight & pakej pendakian hangus atas sebab yang tidak dapat dielakkan bakal ditebus tahun ini! hahaaa

Rinjani kau tunggu aku datang!


Semua latihan pendakian tentunya sudah dipersiapkan kononnya, demi long trip ni. Mulai dari training mendaki di trek penyesalan di Bukit Taubat di Chemerong, Berembun dan Langsir sebagai pemanasan mendaki Rinjani. Kemudian ke Gunung Stong, Baha dan Ayam seminggu sebelum keberangkatan.

Aduhhh, sakit kaki & krem masa daki Stong pun tak baik lagi ni. Nak naik Rinjani pula! hahaa... Mampukah aku??


Ok tak pe, kita chill jer! Misi kali ni aku nak mencari Romeo Rinjani! Hahaaa... Mas Deva Mahendra, kapan lagi mau ketemu dong, tunggu aku ya! hehehh

Kencang jangan tak kencang!


Dari KLIA2 aku menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok juga menaiki Air Asia dengan penerbangan yang mengambil masa selama 3 jam. Harga tiket return RM285 kami beli masa promo.


Pukul 6 petang kami selamat mendarat di Lombok International Airport! Sebenarnya tiada perbezaan waktu antara Lombok dengan Kuala Lumpur. 

Hello Lombok!


Setibanya di Lombok barulah aku berjumpa dengan semua ahli ekspidisi group B88outdoors ni yang diketuai oleh Hafiq. Selain dari kami, trip ni juga disertai oleh Deen, Riff, Atoq dan Wan. So semuanya 9 orang. 

Kemudian kami dijemput oleh Pak Supir menuju ke Bandar Mataram iaitu ibu kota Lombok yang dikenali sebagai Pulau seribu masjid, seribu janda dan juga pulau sejuta maling. Fuhhh, banyak betul gelaran bagi Pulau Lombok ni!


Masjid-masjid megah dan mewah akan mudah dijumpai di setiap desa di sepanjang perjalanan di Pulau ni. Sebab tu lah ia digelar pulau seribu masjid!  Dipanggil Pulau Sejuta Maling pula bukan bermaksud di Lombok ni ramai pencuri dan tidak aman, tetapi ia berkait dengan cara perkahwinan bagi Suku Sasak yang harus dilakukan dengan cara melarikan anak gadis orang! 

Patut la ramai jer kes-kes gadis Malaysia yang dibawa lari ke Lombok! Rupanya ia adalah tradisi mereka. Mujur aku tidak diculik oleh Maling! hahaaa.. Kalau tak, tak pulang la aku ke Malaysia untuk update story kat Rinjani ni! kah3

Ia dipanggil pulau seribu janda pula kerana di sini, ia mempunyai kadar penceraian yang tinggi. Hal ini disebabkan para gadis berkahwin di usia yang terlalu muda dan masih mentah. Kebanyakannya di bawah usia 21 tahun. Itulah, dah culik anak orang tapi tak reti nak jaga! Muda2 dah menjanda! Aishhh...


Perjalanan dari airport untuk menuju ke Desa Senaru iaitu tempat menginap kami mengambil masa lebih kurang 3 jam. So kami singgah dulu di bandar Mataram untuk mengisi perut.


Pekena ayam taliwang sebelum perjalanan diteruskan semula.



Ayam taliwang - 45,000 rp
Nasi - 5.000 rp
Es Jeruk - 10,000 rp


Mahal juga ayam taliwang ni! Mungkin sebab kami ni pelancong, mak cik tu memang kaw2 cekik darah kasi harga mahal! Dah la muka ketat jer! Sakit pula hati kami dengan layanan dia masa nak kira tu! Ayam dia dah la kecik, xde isi pun! Rasa dia biasa-biasa je.


Bagi melegakan hati yang lara, kami pun singgah shopping barang outdoor di kedai Petualang kat bandar Mataram. Teruja pula tengok barang-barang hiking kat sini! Harga pun murah juga. Jangan baru hari pertama kat sini, dompet dah nipis! hahaa.. Dah la ni memang trip bajet ciput! Ada 9 hari lagi nak survive kat Indon ni. Tapi masa kami pergi ni pun dah lewat, banyak kedai outdoor dah nak tutup! 

Tengok geng yang lain sakan membeli belah! Beli topi, buff, glove dlln. Memang rambang mata!

Sempat juga aku grab :

Stokin tebal - 21,000rp
Gaiter - 79,000rp (ni semua gara-gara pengaruh Atoq!)

Total lost untuk first day di Lombok = 160,000rp, lebih kurang RM50.



Kami sampai homestay di Senaru lebih kurang pukul 1.00 pagi. Fuhhh letih giler seharian perjalanan! Esoknya kami akan mulakan pendakian ke Gunung Rinjani.


To be continued......












Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat