Part 2 : Rinjani aku datang!


Assalamualaikum


Day 2


6/5/2017 - Sabtu


Hari kedua di Lombok adalah hari kami mula mendaki. Excited!


Checkout dari homestay pukul 6.30 menuju ke tempat persinggahan untuk meletak barang dan sarapan pagi.

Selfie dulu!


Pagi tu kami breakfast makan nasi goreng sambil dengar briefing mengenai pendakian melalui jalur Sembalun. Pakej mendaki kami telah menggunakan khidmat Bas Rinjani Summit. Harga RM550 untuk pendakian 3 hari 2 malam termasuk transport dari airport ke basecamp Senaru dan homestay.



Boleh contact dengan gogo kami, jika ada pertanyaan lebih lanjut untuk deal mengenai pendakian ni. Hot line, Hafiq Hashim (B88outdoors) - 013-2032341

Aku & Fifa


Disebabkan kami jer ladies dalam group ni, kami duduk kat depan trak dengan abam supir! hahaa




Beronok-ronok la dorang semua dok kat belakang tu masa awal-awal. Perjalanan nak ke kaki gunung lebih kurang sejam juga dengan jalan yang bengkak bengkok masuk di kawasan perkampungan Sembalun! Lepas turun jer trak semua dah mabuk, pening! hahaa


View sepanjang perjalanan memang cantik giler! Boleh nampak Rinjani dari kejauhan.


Nama Rinjani sudah lama terngiang di telingaku. Gunung Berapi Rinjani ni terletak di Pulau Lombok. Banyak yang mengatakan gunung tersebut sebagai gunung terindah di Indonesia. Gunung yang juga menjadi gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia selepas Gunung Kerinchi di Sumatera ini mempunyai banyak keistimewaan. 

Mulai dari keindahan savana Sembalun yang dimilikinya yang selalu saja membuat mata terpesona, disamping sejarah panjangnya hingga terbentuk Danau Segara Anak yang begitu cantik, keramahan porter-porter Rinjani yang punya langkah seperti kuda serta kekuatan seperti badang. Akhirnya terlaksana juga impianku untuk mendaki gunung dengan sejuta pesona ini!


Singgah dulu di pos pengawal untuk daftar nama semua pendaki.


Pada tarikh ni terdapat acara tahunan ‘Rinjani 100’ iaitu larian marathon merentasi Taman Nasional Gunung Rinjani. Teruja pula kami sambil mendaki nanti, dapat menyaksikan peserta sedang berlari kat Rinjani ni!


Din, Atoq, Hafiq & Aku

My bro, Arief


Starting point lalu di kawasan kebun.



 Pendakian kami ditemani oleh dua orang guide iaitu Ali dan Hasan. Manakala porter pula akan membawa barang untuk kami seperti khemah, sleeping bag, carry mat, makanan, air, periuk, pinggan, cawan, dapur dan juga tong gas! Bayangkan beban yang harus dipikul dibahu mereka seberat 30kg sehingga 40kg menaiki gunung demi kelangsungan hidup!

Aku sangat kagum dengan kekuatan fizikal mereka dan juga berasa sedikit sedih dan insaf kerana ada yang berkaki ayam sahaja, berbaju koyak, lusuh dan ada pak cik yang sudah berusia lebih separuh abad masih lagi melakukan kerja berat dan memerah keringat demi sesuap nasi! 

Rinjani masih menjulang tinggi, menunggu untuk didaki dan para porter telah siap menanti! Terima kasih porter! Jasamu dikenang!


Kami memulakan pendakian pada pukul 10 pagi. Dari basecamp Sembalun sampai ke Pos 1 mengambil masa 3 jam dengan berjalan santai. Pesona Rinjani sudah mula kelihatan dari awalnya dengan pemandangan indah ladang lembu di kaki gunung.




 Cuaca memang amat terik namun menyejukkan mata dengan padang rumput yang luas dan jangan lupa sapu sunblock dan pakai topi! Kat sini aku dah start pewai dah! hahaa. Tak terkejar dah aku dengan geng2 Atoq, Wan, Din & Riff yang kemain laju kat depan tu!




Guide Ali dan gogo Hafiq


So aku pun jalan jer pelan-pelan ditemani oleh guide Ali dan Hafiq. Tak lari gunung dikejar! hahaa... Sambil tu menikmati kehijauan alam dan tangkap gambar banyak-banyak. Jauh lagi ni perjalanan yang harus ditempuhi!


Sementara kami sedang bergelut untuk mendaki, bertembung pula dengan ramai peserta yang sedang menuruni gunung dengan begitu pantas untuk ke garisan penamat untuk acara 'Rinjani 100'! Ramai mat salleh jer yang masuk ni. Setiap kali bertembung kena bagi laluan la kat dorang sebabnya dorang turun dengan laju!

Terdapat 13 check point dan tempat berhenti yang harus dilewati peserta untuk tamat dalam cut oftime dalam tempoh 36 jam. Bermula dari Desa Senaru ke Pelawangan Senaru, Danau Segera Anak, puncak Gunung Rinjani dan seterusnya ke Desa Sembalun!


 Fuhhh! Nak mendaki ke puncak pun kami sudah habis separuh nyawa apatah lagi mahu berlari naik gunung! Memang hebat! Bukang calang-calang peserta yang menyertai pertandingan ini! Salute!

Terdapat juga wakil peserta dari Malaysia yang tegur masa kami tengah nak naik. Mungkin sebab aku pakai baju jersey Malaysia kot. Dia tengah nak turun. Laju giler berdesup-desup! Aku tengah blur2 time tu mungkin sebab pewai! Sempat wish goodluck je la dekat beliau! hahaa


Kawasan rumput di sini mudah terbakar. Terdapat papan tanda amaran. Jangan cuba bermain api! Kalau merokok pun, kalau dah habis kasi padam dulu puntung rokok dan jangan buang bersepah-sepah.



Take 5 dulu kat pos 1.


Kemudian kami sambung berjalan di padang savana indah nan panas menuju ke Pos 2. Akhirnya, 40 minit dari Pos 1 kami tiba di Pos 2.



Sampai kat pos 2 dorang ni tengah syok tidur! Sebabnya makanan pun tak siap masak lagi time tu. Mesti dah lama dorang ni sampai! Huntunglarrrr.... Bila aku sampai jer ngam-ngam makanan dah siap! hahaa


 Kami beristirehat disini sambil makan tengahari dengan hidangan yang dimasak oleh porter iaitu nasi berlauk ayam goreng, buah nenas, sayur beserta air teh panas! Layanan yang diberikan oleh porter dan guide sangat baik kepada kami para pendaki persis seorang tetamu! Semuanya telah siap terhidang!


Tapi makanan dorang style tak de kuah! Aku jenis yang suka makan nasi, kuah mesti melimpah! Aku rasa macam nak tercekik skit makan! hahaa.. So letak kicap & sos banyak2! hehee



Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan. Efek luasnya savana Sembalun membuat semua yang jauh kelihatan dekat. Iyelah, dekat di mata jer, tapi jauhhhh di kaki!


Awan teduh sesekali bergerak menghiasi langit di atas kepala kami.




 Jam 3.00 petang, kami tiba di Pos 3 Rinjani. Kat sini kami berehat sebentar dan melepaskan lelah sebelum melalui jalur yang ditunggu-tunggu iaitu Bukit Penyesalan!


Batu-batu curam yang perlu didaki!

Penuh sesak kat pondok terakhir ni. So aku dok kat bawah je lah! hahaa


Lebih kurang tujuh bukit harus didaki di Bukit Penyesalan ni sebelum sampai di Pelawangan Sembalun, iaitu base camp di Gunung Rinjani. 


Saat pendakian di bukit penyesalan bermulalah trek tanah padat dan batu besar yang curam dan mencanak tanpa bonus sedikit pun! Disini kami merasakan pendakian yang panjang seperti tiada kesudahan dengan bukit yang sentiasa diselubungi kabus tebal! 


Trek ini benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan fizikal kami! Inilah fatamorgana kecil yang biasanya di alami sang pendaki. Dan dengan keluh kesah, ketika ni memang terbit sedikit penyesalan yang memang bertepatan dengan namanya bukit penyesalan dengan sisa sisa tenaga yang masih berbaki sedikit!



Trek yang mencanak dan pacak!



Meon pun dah pewai terokk! pa cita! hahaa



Lek lu! Kitaorang bertiga memang dah lunyai dah! hahaa.. Abang guide Ali tolong bawak beg aku & Pipah sebab kitaorang dah tak larat! Mental koyak! hahaa



Porter yang masih lagi tersenyum riang bila ajak selfie!


Aku tengok dah macam cerita Day After Tomorrow! Semua orang sedang berhijrah beramai-ramai ke atas gunung dengan membawa muatan berat untuk memulakan kehidupan baru di puncak gunung! Ni dah start berhalusinasi dah ni! hahaa... Huk aloh parok nise doh! (dialek klate) 




Haaa tu la. Sesal dulu pendapatan! Sesal kemudian... memang jangan menyesal lah naik bukit ni! Lutut pun dah longgar. hahaa



Dah nampak dah puncak Anjani kat sana tu!


Akhirnya pukul 6 petang kami semua selamat sampai di Pelawangan Sembalun pada ketinggian 2700Mdpl! Yeayhhh!



Majestic view of Rinjani!






View tasik yang diselubungi awan tebal!




Rasa lelah setelah melewati bukit penyesalan dibayar dengan pemandangan gunung Rinjani yang tersergam indah dari lereng tapak perkhemahan kami!






Our 5 stars billion hotel!


Khemah kami telah disediakan carry mat dan sleeping bag.


We did it yeahhh!



Bagi penumbok se das kat adik sebab tinggalkan aku! Tak boleh diharap! Puihhh! hahaaa



Layan sunset di pelawangan sembalun!


Lompatan kegumbiraan!


Model of the day! Deen dong!


Selepas makan malam, kami semua masuk ke dalam khemah masing-masing untuk tidur. Malam tu terasa begitu sejuk sekali walaupun telah diselubungi sleeping bag, baju sejuk tebal dan sarung tangan! Bolehlah lelap seketika sebelum dikejutkan pada pukul 1 pagi, bersiap sedia untuk summit attack!



To be continued.....




Comments

Popular posts from this blog

Sunset di Bukit Batu Putih, PD

Singapore Day Trip bersama Percutian Jimat Saya

Hiking Gunung Datuk!