Episod 1 : Kerinci kami datang!


Assalamualaikum



13 Ogos 2017, Ahad 10.00pm



Let's the journey begins! Aku keluar dari rumah pada pukul 9.00 malam menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu yang mengambil masa selama 15 minit. Sebelum tu singgah untuk mengisi perut dulu di gerai makan berhampiran airport. Thanks abam Tee Jay lanje kami semua! Terima kasih juga kepada my lovely housemate, Ecah & Ros yang sudi hantar aku ke airport setiap kali trip. Jasamu dikenang babe!


Mereput di airport KB

Sampai di airport, terus check in bagpack. Flight aku sebenarnya pukul 11.00 malam. Tapi delay ke 11.40 malam. Pukul 10.00 tadi aku dah kalut-kalut check in beg tapi tengok-tengok flight ke KL delay pulak! Adehhh... Sejam lebih jugak la menunggu. Sempat juga sembang-sembang dengan orang sebelah. Dia lagi kesian sebab flight yang sepatutnya pukul 6.00 petang tapi delay sampai ke 11.45 malam. Bertabah je lah sis!

Pemandangan udara di malam hari
 
Aku touchdown KLIA2 lebih kurang pukul 1.00 pagi. Kat sini aku jumpa dengan Kak Aimi, Farah, Fatin, dan pasangan suami isteri yang sweet Nazzura dan Fizin. Next flight kami pada pukul 7.00 pagi. So ape lagi, mereput la kat KLIA2. 

Gigih tiup bantal angin tak kembung2! Pipi aku yang kembung! Adehhh



Kami tidur kat kaki lima. Memang backpackers kental sangat kan! Hahaaa.. Walaupun mengantuk terok, tapi aku tak boleh tidur pun. Ye la balik-balik jer kerja terus bersiap-siap, kemas & packing barang! Aku mungkin terlelap kejap, lepas tu sekadar baring jer tengok dorang yang lain tidur!


Nyenyak jer dorang ni tido! 
Tido bergelimpangan


Lepas tu selai-selai datang member trip yang lain. Abang organizer trip, Hafizzuddin aka gogo, Wak dan Zek. Join the crowd tidur di kaki lima. Lebih kurang pukul 5.00 pagi kami pergi check in bag. Tapi sorang lagi geng tak sampai. Dimanakah Roza??

Selfie dulu sementara tunggu Roza

Lebih kurang pukul 5.30 pagi barulah kelibat Roza kelihatan! Fuh masing-masing dah tak senang duduk time tu sebab dah beratur kat kaunter. Hahaa. So bagi je orang lain potong que kami dulu. 

Lepas dah selesai urusan check in bag, kami pun pergi la isi perut yang berkencorong irama dangdut sejak tadi! Pepagi ni perut memang lapar terok! Lepak kat Subway breakfast sambil dengar briefing abam gogo. Lepas tu bergegas untuk solat subuh.


Wajah-wajah ceria bila dapat makanan! haha
 


Breakfast RM14.34.

Be a hero!


Tengok masing-masing ada gopro! Fuhh hebat la dorang nih! Bukan biasa-biasa geng nih! Dorang semua ni hikers kental! Dah pernah naik semua gunung-gunung tertinggi kat semenanjung Malaysia ataupun orang panggil G7. Kira dah grad la tujuh-tujuh gunung G7 ni. Semua dalam tangan depa jer! hahaa...

 Aku tak pernah pun naik mana-mana G7. Kiranya aku ni yang paling nubis kubis la kot. Tapi rupa-rupanya, Farah ni lagi power! Gunung Kerinci ni merupakan gunung pertama yang dia akan naik sepanjang hidup! Fuhhhhhh! Wa tabik spring la sama lu! Nak tau Farah berjaya sampai ke puncak Kerinci atau tidak?? haaa stay tuned guys!....


Acah-acah hikers!

Gud bye Malaysia! Till we meet again!

Me with Abang gogo, Hafizzuddin (ketua rombongan)


Roza, Wak, aku (Fara aku tak sailang wak k, jgn risau :p)

Fatin, Farah & kak Aimi

Aerial view Kerinci! Fuhhh cantik giler! Amazing!






In a Nutshell, here we go! 

Kerinci kami datang!..... Yuhuuuu













Comments

Popular posts from this blog

Bukit Larut Taiping

Bukit Gasing 2.0

Snowalk i-City

Hiking Gunung Datuk!

DENAI TIGA PUTERI

Hiking Bukit Kutu

Javatrip part 2 : Muzium Angkut

HIKING KE PINE TREE HILL & TWIN PEAK!