Episod 3 : D-Day Kerinci



Assalamualaikum



15 Ogos 2017, Selasa 7.00am




Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu datang juga, hari di mana kami akan melakukan pendakian ke Gunung Kerinci.


D-Day!


(Decision Day, adalah hari keputusan atau hari berlakunya operasi dalam istilah military. Dulu aku selalu guna term ni masa study kat Uni. Al maklumlah study kat tempat asykar! hahaa)


Sebelum tu, kami dengar sedikit briefing mengenai pendakian kami untuk hari ini dari ketua ekspedisi iaitu Abam Apis! Berdebar pula rasa untuk misi pendakian kali ni! Rasa macam nak pergi berjuang di medan perang! hahaa.. Mampukah aku untuk menakluk Gunung tertinggi di Indonesia ini? Mampukah Farah menawan Puncak Kerinci ni yang merupakan gunung pertama yang beliau akan daki?? Fuhhh... sama-sama kita nantikan....


Pendakian kami akan mengambil masa selama 2 hari 1 malam. Kami dijangka akan mendirikan tenda dan bermalam di shelter 2. Katanya seramai 50 orang pendaki dah naik pada pagi ni & terus ke shelter 3. Tak tahulah macam mana keadaan di tapak perkhemahan tu nanti! Mesti sesak dan padat dengan pendaki!

Abam Fizin lanje selfie satu kali! hahaa


Bergambar dulu depan homestay.


Bila keluar dari homestay, kami dapat lihat view yang sangat indah di pagi hari! Pemandangan Gunung Kerinci ni memang awesome!

Zura & Roza


Lompatan kegumbiraan! Takpe kita bagi peluang happy-happy dulu sebelum masing-masing bakal dilanda kemurungan masa ontrek kejap lagi! hahaa

Hoyeahhh! ho ho liaw...

Panda eyes! T__T


Sebelum bergerak, kami breakfast dulu kat rumah makan sebelah homestay kami. 

Karbo loading katanyer!


Makan soto yang super pedas level dewa tahap menangis! hahaa.. Aku boleh makan sikit jer lepas tu dah surrender, aku order mee goreng! Harap-harap perut tak meragam lah masa nak mendaki nanti! Takut aku makan makanan pedas-pedas pepagi nih!


Kat sini mee goreng dia macam maggi goreng la kalau kat Malaysia. Memang sedap! 

Total makan breakfast = IDR 17,000.00


'Mai secawan', kata Fizin, sambil acah-acah menikmati secangkir teh Kayu Aro!

why so serious bang? hahaa


Team adik beradik sehati sejiwa! Teman sependakian, sepergunungan, gandingan padu Kak Aimi & adik kesayangannya, Apis! 

Ehh... tetiba Zek photobomb!

Farah & Aku


Are you ready guys? Let's hit the road! 

Owh yeahhh....



Singgah sebentar di kedai runcit untuk beli air mineral 1 botol = IDR 6,000.00

Total hangus day 2 = IDR 23,000.00





Suasana Kerinci yang aku rindukan!



Lebih kurang 30 minit perjalanan daripada homestay, sepanjang jalan kami dihidangkan dengan pemandangan indah ladang teh yang seluas mata memandang!


Welcome everybadeh!

Taman Nasional Kerinci Seblat, adalah salah satu taman nasional terkemuka di Indonesia yang sebahagian besar wilayahnya berada di Kerinci.



Orang Jambi boleh berbangga! Mereka mempunyai ladang Teh Kayu Aro, yang disebut tertua di Indonesia dan tertinggi kedua di dunia iaitu berada di ketinggian 1,600 mdpl setelah ladang teh Darjeling di Himalaya India yang berada di ketinggian 4,000 mdpl!

Ladang Teh Kayu Aro tetap hijau sepanjang tahun, berbeza dengan di Himalaya sana yang sering tertutup salji.


Selain dikenali sebagai ladang teh tertua di Indonesia, ladang seluas 3,020 hektar ni juga merupakan perkebunan teh dalam satu hamparan terluas di dunia!

Hampir seluruh hamparan di lereng gunung ni ditumbuhi teh beraroma segar.


Layan panorama Perkebunan Teh Kayu Aro yang indah di sepanjang jalan!

 Jiwa penjelajah rimba! #acahacahikers


Bersemangat abang gogo kita bergambar berlatar belakangkan pemandangan gunung Kerinci tu! Hati-hati bang oi!



Izinkan aku berlama-lama bersamamu
Biar tulisanku penuh tentangmu
Izinkan aku menjelajahi alammu
Biar kuceritakan pada teman-temanku
Tentang syurga yang dititipkan Tuhan untukku, untuk kita


Hijau, sejuk nan mempesona
kita belajar tentang dinginnya udara dan segarnya warna hamparan
Sebab itulah kita mengerti dan paham tentang hidup yang pernah Ia janjikan


Biru langit Kerinci ku!

I'm coming Kerinci!


“I’ll be there! 

Because it's there, it just there!”


Angin, sebarkan rasa syukur yang kusampaikan pada Tuhan
Agar semesta mendengar eloknya Kerinci di hatimu, di hati kita


Hamparan teh dengan Gunung Kerinci yang menjulang biru di belakangnya sungguh menyejukan mata ditambah dengan udara dingin di pagi hari.


Muahhh ciked!

Wak kenapa sedih wak? 



Sebahagian Kayu Aro menjadi hamparan ladang sayuran yang subur. Di sisi kiri-kanan jalan terlihat hamparan ladang sayuran para petani.


I want to explore the world with two things on my hands. Camera on my left and HIS hand on my right! :p

All the best guys! 


Dalam takdir Tuhan kita berjalan
Bersama dalam ikatan persaudaraan dalam pendakian
Letih dan lelah kita rasakan bersama
Dengan senyuman semua seolah terlupakan....


Selamat Datang ke Wisata Alam Gunung Kerinci di Taman Nasional Kerinci Seblat!


So let's the journey begins!........






Comments

Popular posts from this blog

Snowalk i-City

Genting Snoworld

Bukit Larut Taiping

Asykar Pencen!

Bukit Gasing 2.0

DENAI TIGA PUTERI

Bukit wawasan

Hiking Bukit Kutu