Posts

Showing posts from September, 2017

Part 2 : CANYONEERING, Kawasan Falls!

Image
Assalamualaikum Mandang Umaga!  (Good Morning in Tagalog) Day 2 8 Julai 2017, Sabtu, 7.00 am Alegria - Badian - Dalaguete - Oslob Previous entry : Part 1 : Mabuhay Pilipinas! Bergambar depan hotel kami! D'Alegre Travellers Inn di Alegria, cebu! Pagi tu kami terus checkout hotel sebabnya lepas habis aktiviti kami akan terus menuju ke Oslob. Dari hotel, kami menuju ke Badian untuk memulakan aktiviti pertama! Naik motorcycle taxi! Kreatif juga orang Filipino nih! Pandai mengubahsuai motosikal! Tapi bayangkanlah kapasiti motor dua orang tapi boleh sumbat sampai empat orang dan dengan backpack yang berat! Memang macam siput la motor ni gerak! hahaa Aktiviti pertama kami adalah Canyoneering Adventure di Kawasan Falls. Pakej aktiviti ni berharga  2400 peso  seorang termasuk transport dari Alegria ke Badian, Osmena Peak & Oslob,  helmet, life jacket, habal-habal to the starting point, entrance fees