Bukit Larut Taiping



Assalamualaikum



Baru-baru ni aku telah pulang ke kampung sempena Hari Raya Haji. So sempat la singgah ke Bukit Larut.


Aku memang lahir kat sini tapi membesar di Selangor. Ni sebenarnya first time nak naik Bukit Larut! Sadis betul! hahaa


Semangat ni datang pagi-pagi pukul 8.00 dah beratur kat kaunter nak beli tiket naik jeep. Tapi disebabkan ni musim cuti, takut juga tiket habis! 


Tapi memang betul pun seperti yang dijangka! Ada 4 sesi untuk naik jeep macam gambar kat atas tu. Walaupun dah datang awal, tapi tiket untuk naik jeep yang sesi pagi dah habis! Tinggal yang petang je. So beli je la. Mereput juga nak tunggu 4 jam semata nak naik Jeep! Nak rasa juga kan pengalaman naik Jeep naik sampai atas bukit ni! Nak hiking macam malas! hahaa


Kami dapat tiket untuk naik Jeep pukul 12.30pm dan turun pukul 3.00pm. Harga tiket RM10 seorang. Untuk satu hari, memang sangat limited tiket yang dijual. Ramai juga yang datang lepas tu balik dengan perasaan hampa bila tengok kaunter tiket dah tutup sebab tiket dah habis! So next time kalau nak naik jeep paling awal, kena la beratur nak beli tiket lepas subuh macam tu! hahaa


So sementara nak tunggu Jeep, pi la dulu breakfast menambah lemak! Tapi kalau hiking sampai atas ni, maybe dah sampai puncak bukit larut kot dalam dalam masa 4 jam tu! hahaa



Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak, dengan ketinggian 1,200 meter. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.


Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. 


Jalan menuju ke trek hutan kalau nak hiking. Tapi pagi ni, memang ramai giler orang yang mendaki ikut jalan tar tu! Lagi senang rasanya tapi agak jauh laluannya! Dalam 3-4 jam baru sampai puncak!


 Ini adalah pertama kali aku berjalan ke Bukit Larut walaupun dah banyak kali ke Taiping tapi tak naik sampai atas pun.


Sambil-sambil menunggu Jeep, baca sikit sejarah pasal latar belakang Bukit Larut ni.



Hati-hati juga disini banyak monyet! Kalau ada bawa makanan nanti dia datang dekat sebab lapar!



 Land Rover ni disediakan oleh Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut.


Inilah Jeep yang kami naik. Kami naik yang kecik ngam-ngam untuk 4 orang! Tapi seboleh-boleh dia nak sumbat lagi sorang kat belakang ni sebab Jeep yang lain dah tak muat! Hare betol!


Perjalanan ke atas Bukit Larut mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.


Naik Jeep ke puncak sangat mengerikan dan mencabar. Jeep punya laju depa bawak. Risau juga kalau jatuh dalam gaung, tapi pemandu Jeep ni memang cekap dan berpengalaman.


 Penjalanan ke puncak dengan menaiki Jeep kira-kira setengah jam tapi rasa macam lama gila. Peringatan keras kalau hampa jenis tak tahan pening dan tak suka jalan berpusing sila sediakan ubat pening dan plastik takut muntah pulak dalam Jeep!


Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.




Fuhhhh, kalau aku tau macam ni rasanya baik aku hiking je weh! Hahaaa


Serius aku rasa nak tercampak ke luar jeep dah ni bila dia buat lap maut kat selekoh! Lepas tu terus aku simpan gopro, dah nanti tak pasal je aku melayang, gopro pun melayang sekali! hahaa


Phewww lega bila dah sampai atas ni! Kepala pun dah weng, pusing, pening! Mabuk weh! hahaaa. Mujur tak terkeluar balik nasi lemak yang aku makan tadi!


Tea Garden (Kebun Teh) - dibina pada 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands.


Lepak kat tea house sambil usha marka sat! hahaa.. Padahal jeng kreng tak abis lagi! 


Ok back to normal dah! hahaaa


Yeahhhh, Bukit Larut checked!



Ini antara pemandangan kat Bukit Larut. Kalau nak tengok sendiri keindahan panorama kat puncak bukit ni kena datanglah ke sini. 


Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang sini pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga. So nice!




Kat atas ni boleh nampak seluruh bandar taiping. Udara sangat nyaman dan tenang. Tengah hari pun tak rasa panas. Biasalah kan Bukit Larut merupakan tempat paling banyak menerima air hujan di Malaysia sebab tu rasa sejuk.



Come live in my heart and pay no rent.


Laju-laju, buaiku laju..... Aku nak kawen dengan anak raja! Lalaaa~
Ok nak p mengorat Prince Mateen! haha


Taman permainan


Bukit Larut sesuai ni sesuai sebagai tempat nak cari ketenangan, sebab udara disini nyaman. Boleh la mencari ilham kat atas ni! hahaa


#foreverlone! hahaa



"The best and most beautiful things in this world cannot be seen or even heard, but must be felt with the heart." 

— Helen Keller



Disebabkan mak aku & adik-adik yang lain semua dah balik ke KL, aku pun angkut la mak ngah & sepupu2 aku naik sampai atas ni! hahaa


Azlin, mak ngah, Ekin & aku


Ada jambatan gantung!




Bukit Larut telah dibuka sebagai pusat peranginan pada tahun 1884 dan merupakan resort bukit yang tertua di Malaysia. Ketinggian Bukit Larut adalah kira-kira 1250 meter di atas aras laut. Pusat peranginan Bukit Larut masih mengekalkan alam semulajadinya dan tidak dibangunkan seperti bukit peranginan yang lain. 



Menara tinjau


Kat atas ni dah gelap dah awan!





Layan view dari atas ni.


Sebelum turun tangkap gambar dulu. Banyak pokok-pokok dan bunga-bunga cantik disini. Sayangnya Bukit Larut ni banyak terbiar, macam rumah-rumah tumpangan kat sini macam terbiar je, kalau malam mesti seram.


 Bukit Larut berpontensi dimajukan sebagai pusat pelancongan tapi mungkin kereta kabel pun tak de dan hanya ada beberapa biji Jeep untuk naik ke atas. Jadi tempat ni tidak diuruskan dengan baik.  






Masa nak turun, tetiba kabus tebal datang! Memang nak hujan dah kat atas bukit ni!


Sejuk bak ang! Rasa macam kat oversea pula! hahaa



In a nutshell, memang best suasana dan pemandangan kat Bukit Larut ni! Tapi kalau next time nak datang lagi, aku lebih rela hiking sampai atas ni daripada naik Jeep! hahaa


Sekian!




Comments

  1. Salam Nad. 2 kali pergi baru dapat naik. Tiket habis. Kali ke 2 pukul 7 dah sampai. tupun tiket trip yg ke 2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa... kalau macam tu pukul 6 pagi kot kene start beratur beli tiket utk trip 1st tu. hahaa

      Delete
  2. Ada plan nak hiking sini nanti :D
    Pernah naik 2 kali Bukit Larut masa zaman belajar kat sekolah area2 situ. Haha mmg betul pun, petang je selalunya hujan. Nak sidai baju kat asrama pun fikir panjang. :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa mesti skolah kat Mrsm Taiping ye! hehee.. next time nak dtg lagi, nk hiking je.. serik naik jeep! hahaa

      Delete
  3. Boleh saya tahu nama chalet kat situ? Atau harga dia per night

    ReplyDelete
  4. nk tanya .. kalau hiking kt sini ad trail ke?? or hiking guna jalan tar tu....bapa lama masa kalau nk hiking ke atas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada trail hutan. nak ikut jalan tar pun boleh. Dalam 2-3 jam juga nk smpi atas

      Delete
  5. gambar cantik. tuan gambar pun cantik.

    ReplyDelete
  6. Nmpk mcm depa tk bagi bawak kenderaan seniri. Moto pon tk bole ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kereta macam tak lepas nak naik atas ni melainkan naik 4x4. tapi rasa x dibenarkan bawa kenderaan sendiri, moto pon tak boleh..

      Delete
  7. Pemandangan ja la kat atas bukit larut tu. .

    ReplyDelete
  8. boleh booking awal ke tix nak naik landrover tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh rasanya. First come first served. kena datang beli tiket kat kaunter

      Delete
  9. ada tulip garden tak??? klu ada... yang tu macam nursery ke atau betul betul tulip garden?

    ReplyDelete
  10. tak ada ker contact number jeep tu

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum.. Nak Tanya.. hiking kena bayar x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kalau hiking tak yah bayar pun.. boleh naik macam tu je

      Delete
  12. Ada chalet ka klu nak tidoq kt sana...bp rm semalam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat atas tu xde rsnya sbb mcm terbiar je chalet dia. Nmpk seram. Hahaa.. Kalau kat sekitar tasik taiping ada hotel & nak ke bukit larut dekat jer. Boleh google..

      Delete
  13. Salam, jika nak dapat tiket dengan mudah, boleh booking di buffskit.com. Kami ada package tiket jeep + picnic + tour.

    Untuk owner blog, you can claim your Free picnic at Bukit Larut. Thanks.

    ReplyDelete
  14. Semalam pergi tapi tutup sebab tanah runtuh

    Baru tau jugak ceritanya semalam

    Teringin naik tengok tulip

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke. maybe sekarang selalu hujan kot tu tanah runtuh.

      Delete
  15. Semalam pergi tapi tutup sebab tanah runtuh

    Baru tau jugak ceritanya semalam

    Teringin naik tengok tulip

    ReplyDelete
  16. 9hb ni saya cadang nak hiking ke sana. Masih tutup ke?

    ReplyDelete
  17. Atas tu ada hotel atau chalet dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi macam dah lama terbiar tak dijaga. nampak macam seram jer.. hihii.. Better tido hotel yang berhampiran dengan taman tasik taiping

      Delete
  18. Assalamualaikum... Nk tnya, klau hiking tu free kan? And klau hiking tu dia guide ke nk ke peak? Sbb nk dtg brsama rakan2 dgn pensyarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup klu hiking free jer. xde guide, naik sendiri jer ikut jalan tar tu sampai puncak. Memang selalu ramai jer org hiking masa hujung minggu.

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS