Namaste India!


Simpan dulu iti ni for future! Next bucket list!


02.08.2017- 13.08.2017

✅DELHI
✅SRINAGAR, KASHMIR
✅SONAMARG
✅GULMARG
✅LEH,LADAKH
- Diskit
- Hunder
- Nubra Valley
- Pangong Tso Lake
✅AGRA
✅PAHALGANJ,DELHI


Mulakan kembara dgn niat yg betul, jgn lupa doa2 seorg musafir, dan amalkan bacaan rabbiyassir sekerap yg mgkin. Alhmdulillah spnjang perjalanan kami ke India dipermudahkan, xda di tipu, tertipu & penipu yg cuba ambik kesempatan..
Sumpahan ceri beri (diarrhea)pun alhamdulillah dijauhkan...
*Awas klu terkena sumpahan ceri beri sila beristiqarah dlu sblm kesini sbb perjalanan di Leh yang agak jauh dan kondisi tandas a.k.a jamban😷 yg ada disini susah nk dpt air.


ITINERARI KE INDIA

02.08.2017

6.00 ptg- Flight Malindo Kl ke Delhi 
9.00 mlm- Smpai di Delhi, tidoq airport😴
*jgn risau airport besaq & byk port boleh 😴, tp konsepnya sapa cpt dia dpt🙈

03.08.2017

7.30pg- Flight ke Srinagar
8.30pg-Smpai di Srinagar 
- Srinagar sightseeing
Ambik pakej dr Gulshan rose house boat 3 mlm+breakfast+dinner+transport Rs6500 seorg
*Masakan ats houseboat memang mabeles
*Di srinagar majoriti beragama islam, jd makanan halal mudah nk cari terutama kari😇

04.08.2017

Hari ke2: Sonamarg
View disini sangat superb cantik, antara lokasi penggambaran cerita ayaq mata Bajranji Bhaijaan hero pujaan ambo bersama Syahida @ munni...
- Horse riding hampir selama 3 jam berbaloi-baloi....
- Shikara (naik sampan di Dal lake)

05.08.2017

Pahalgam
- Horse riding
- Cadangan saya, klau dah berkuda di Sonamarg, jadi disini lebih baik jalan kaki sahaja panjat bukit sikit dpt tgk 'mini swiss' di Baisaran tp awas!!! nak masuk kesini perlu bayar lagi huhu....tp terpulanglah pada selera anda, jika nak berkuda disini pun takda masalah sbb sini vely2 adventures kudanya memanjat bukit, lepas tu hampa boleh round pekan pahalgam ni ada jual souvenir, byk pilihan...

06.08.2017

Srinagar to Leh
-Share jeep 2100rupee seorg, share dgn local people 7 org 1 jeep
*perjlnan lbih kurang 12-15 jam😰

5.30 pagi 
- Bertolak dr Srinagar
Fuhhh......spnjang perjlan ke Leh, view memang superb cantik👍🏻👍🏻kami dpt tgk pnempatan nomad di Drass(kg local, tnam gandum)-kargoo village- Namik la (ala2 RnR brenti mkn, kami bawak magie cup jd mtk air panas ja-jimat😉), kmdian akn melalui Lamayuru (tourist spot-boleh tgk moonland), magnetic hill (klu nk tgk rupa magnetic hill rujuk dlm gambar)- Monastry Parasu- npk parashu army camp besar, 
Kmudian akn lalui jln yg boleh npk pertemuan sg indus dgn sungai Zhaskar,(refer gambar)
*ada 1 check point, perlu isi borang 2 ms for foreigner shj
*2nd check point di Khaltsi

5.30 ptg 
-Sampai di stesen taxi Leh
-Sewa kereta ke 4 guest house di kwsn main bazaar Rs300

7/8/2017

-1 mlm di 4 guesthouse Rs1200/share 2org
-2 mlm di Rainbow guest house Rs2000 share ber2
-Charter eco van Rs15000 share 3 org
-Permit seorg Rs600 utk cover khardung la, nubra valley, turtuk, pangong tso)4 hari 4 mlm. Kitorg ambik dgn Mr.Mustafa
-10 pg mustafa siapkan permit
-11 pagi bertolak ke khardung La( highest motorable) teruskan perjlnan ke Turtuk 250km, singgah mkn di diskit pkl 4 ptg, penduduk kg sgt ramah & berbudi bahasa, kami dijemput oleh kawan tahir utk singgah dirumahnya & dijamu chai (tea) yg superb sedap baq hang😍, dah teh sedap cawan kecik pulak, doogaan betui😬
-7.30 ptg smpai turtuk, check in guest house 800 sebilik/2 org

Tarikan utama di Turtuk adalah air sungai yg berwarna biru. Ya Biru!!!!!! bkn biru mcm air laut tp biru firus yg susah nk digambarkan dgn kata2. (rujuk gambar)Subhanallah memang cantik, slain tu ada Masjid berusia lbih 100 thn, ada muzium kecil & pnduduk kg yg sangat ramah. Penduduk di Turtuk 100% islam (Sunni), muka org2 sini cantik2 sbb mix pakistan & tibet, asalnya dlu Turtuk adalah milik pakistan, kedudukannya di sempadan pakistan lbih kurang dlm 12-20 km shj. Klu abik pakej dr hotel 3h2m diorg boleh bawa pergi ke border, hiking dan mcm2 aktiviti.

8/8/2017

6:00-8:30 pg.
- Ronda2 turtuk village, kitorg terpaksa kluar melalui tingkap sbb owner guesthouse kunci pintu kluar & owner pun xstay kat guesthouse tu, maka mcm penyamun tarbus jgk la kitorg merangkak kluar ikut tingkap 🙈
- Pengalaman manis berjumpa Makcik bernama Rahima Begum penduduk kg Turtuk, langkah kanan kami pagi ni beliau pelawa kami minum chai (tea), so apa tgu lagi inilah santapan utk sarapan kami pagi ni, dihidangkan chai warna pink + capati cicah yogurt masam...sedap, unik & free,alhmdulillah...😊
- Teruskan berjalan lg, kiri kanan ada pokok2 aprikot yg sedang elok masaknya (ogos adalah masa yg sesuai utk mkn aprikot fresh sbb buah aprikot slps diambik dr pokok hanya boleh tahan dlm 1-2 jam, sbb itu susah nak jmpa aprikot segar dijual dikedai, yg dijual semua dh dikeringkan. Nak dijadikan cerita lagi kami berjumpa pulak si cantik Hameeda yg fasih berbahasa inggeris, byk info yg dia share tntg kg turtuk dan rezeki kami skli lgi rupanya2 bapak hameeda ada kebun aprikot, apple, cherry, dan peach, dia offer kitorang ambik je brapa kilo aprikot yg kitorg nak tp dia taknak duit😍😍wow! bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, dptla kami rasa aprikot segar petik sndri dr pokok. Uniknya aprikot bila dimakan sejuknya spt smalaman disimpan di dlm peti sejuk.
- Satu lagi keunikan di kg Turtuk ini adalah terdpt satu kawasan yg dipanggil "Local Fridge" dan digunakan oleh pnduduk utk menyimpan daging, cheese, dll.(rujuk gambar)Subhanallah memang ajaib, udara sejuk tu keluar dr tanah dan hnya ada di kwsn tersebut yg bersaiz lbih kurang 10-20 kaki.

9:00 pagi
- Bertolak dr Turtuk ke Hunder, Nubra valley. Naik unta 200 rupee utk 15 mnit. Tapi klu hampa nak naik lama hampa bayaq lebih la noh👌🏻
- Teruskan perjalanan ke leh, singgah skali lagi di khardung la (khardungla terletak ditepi jln sja menghala ke nubra valley) memandangkan batu penanda khardungla harini tak dikepong sesiapa maka kami sambung bergambar siri ke-2, hari ni khardung la kami yg punya sbb xda org dah nak naik sini ptg2, nk bergmbar posing kaki ke atas pun ikut suka hati hampalah, xdak org nk berebut dh
- 6.45 ptg 
- Sampai di Rainbow guest house check in & sblm tidoq mlm magie sepeket.

9/8/2017

7:00 pg bertolak ke Panggong Tso, entrance fee 10rs seorg,perjlnan ambik masa 5 jam, bangun menguap tidoq bangun menguap tidoq pkl 1 ptg kami smpai di Panggong tso... 
Singgah di shooting point film srk, kmudian lbh krg 7km dr lokasi ni ada tmpat utk tgk marmuk (lihat gmbar)
Bergambar di Panggong Tso Lake, sewa costum ala kareena kapoor 50rs
- 2:30 bertolak balik ke Leh, kami singgah Rancho 3 idiot school , tp dh tutup, waktu skolah buka 10 pg hingga 5 ptg
8:30 mlm smpai di Pekan Leh, driver kitorg yg budiman namanya Tahir bg masa sejam utk shoping2 sblm dia hantar kitorg ke hotel👍🏻👍🏻👍🏻 free lg, sbb tu kami gelar dia si tahir budiman

10/08/2017

9.20 pg - Flight ke Delhi
-Ambik metro dr airport ke Pahalganj - Check in Smiley inn hotel di Paharganj Rs1320/ room(1N-bilik besar)
*Di pahalganj agak sukar nak dapatkan makanan halal, tp alhmdulillah, Allah hadirkan Sonu, seorang pelajar universiti yg sedang menyambung pengajian di Delhi utk bantu kami dapatkan makanan halal disekitar main bazaar tersebut, malah sonu siap belanja kami kari kambing. Beliau temankan kami ke kedai tersebut dan hantar kami hingga ke depan pintu hotel utk pastikan kami slmat sampai sbb kwsn tersebut agak sibuk & byk jgk org suka ambik kesempatan.. Syukria Sonu!!!moga Allah membalas jasa baik kamu🌹

11.08.2017

-Train Delhi ke Agra (return) - 1775 rupee 
*Perjlnan lbih kurang 2-3 jam
-Sewa auto dr agra Cantt station ke hotel Taj plaza 75 rupee
-Check in Taj plaza hotel 600 rupee seorg

12.08.2017

-Teruja nk tgk taj mahal, 6 pg dh standby di kaunter tiket, seeloknya p awai2 pg sbb xrmai org & cuaca blm pnas.
-Taj mhal ticket Rs1000, free air mineral & free shuttle buggy ke pintu gate taj mahal lbh kurang 1km.(east gate)
12tgh 
-Check out hotel
-Sewa auto Rs500 seorg ronda2 Agra
* Agra fort
* Baby Taj
* Meghtab 
* Train station Agra Cantt
-Tiba di delhi check in smiley in Rs1000/room seorg ( bilik kecik)

13.08.2017

-Sewa auto Rs700 seorg ronda2 Delhi
* Jama' Masjid
* Chandni chowk
* Rad fort
* India Gate
* Humayun's tomb
* Qutub minar
* Hantar ke airport

Ground kos (x termasuk flight tix, mkn & entrance fee) adalah sekitar Rs21610@RM1443.00 (kadar tukaran 0.0668)

Total kos all in RM3000+- (termasuk flight tix,mkn, entrance fee dan segala2nya😁)




Comments

  1. Boleh sya dapatkan detail iti.. dan utk 10 hari kesana semoat tak sya nk cover kashmir dan leh

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Bukit Larut Taiping

Bukit Gasing 2.0

Snowalk i-City

Hiking Gunung Datuk!

DENAI TIGA PUTERI

Hiking Bukit Kutu

Javatrip part 2 : Muzium Angkut

HIKING KE PINE TREE HILL & TWIN PEAK!