Part 1 : Mabuhay Pilipinas!



Assalammualaikum 



Sini aku nak share itinerary dan aktiviti sepanjang trip ke Cebu dan Bohol, Filipina selama 8 Hari 7 Malam, pada 7- 14 Julai 2017.



Bendera


Republik Filipina ni merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Setahun juga kami plan untuk datang ke Filipino ni! Sebabnya sangat teruja tengok gambar-gambar aktiviti yang awesome dekat Cebu, Bohol, Oslob & Panglao! So, here we go, Forevermore! (Drama Filipina ni tengah hot kat tv masa ni).. hahaaaa


Dolce Amore! 

Maps


Day 1


7 Julai 2017, Jumaat, 7.00 am


Kota Bharu - KLIA2 - Mactan Cebu Airport - Alegria



Aku bertolak dari Kota Bharu dengan Atiqah pada pukul 8.00 pagi & sampai di KL pukul 9.00 pagi. Tiket pergi balik dari Kota Bharu ke KL kami beli dengan harga RM200 seorang termasuk luggage.


Sampai di KLIA2, jumpa dengan 3 orang lagi geng 'partner in crime' iaitu Mustakim, Zuliana dan Azelenda.

Breakfast di KLIA2 makan di McD. Chakoi set RM8.


Perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA2) menuju ke Mactan Cebu International Airport mengambil masa selama 4 jam. Tiket kapal terbang Air Asia kami beli dengan harga RM460 (return) termasuk luggage dan makanan. Sebenarnya boleh dapat harga murah lagi waktu sale. Tapi date dia tak kena pula dengan plan kami.


Flight depart dari KLIA2 jam 11.20 am dan mendarat dengan selamat di Mactan-Cebu airport pada jam 3.20 pm. Waktu di Filipina dan Malaysia adalah sama. Cuma di sini paginya awal dalam pukul 5.00 am hari dah cerah dan sekitar pukul 6.00 petang sudah gelap. Sama seperti di Sabah.


Some people are like clouds. When they disappear, it's a brighter day. 

~ Anonymous ~


Cantiknya awan karpet! Rindu awan!


Makan dulu dalam flight kenyang-kenyang sebelum kelaparan bila dah sampai nanti! hahaa... Disebabkan di Filipina agak sukar untuk mendapatkan makanan halal, kami telah membawa satu beg yang penuh dengan makanan dari Malaysia. Siap-siap bungkus ration untuk sorang sikit bawa!

Kami beli biskut, milo 3 in 1, tuna, maggi, pek makanan segera Brahims dengan pelbagai perisa seperti nasi goreng, nasi briani ayam & kambing, beserta lauk ikan bilis dan rendang segera sebagai bekalan selama seminggu. Harap tak muak la nanti! :p


 Olla Filipino!


Sampai di Mactan Cebu International Airport, anda boleh dapatkan simcard Globe dengan harga 400 peso untuk 7 hari & ada la call dan sms free. Internet 1 hari 1 gig. Boleh la yang penting ada internet sebab nak search info, tengok route melalui waze, book grab car @ uber & cannot tahan la dari menahan diri untuk upload pics cecantik kt sini! hahaa.. Since kami berlima, beli dua je simcard, then buka je hotspot untuk share internet, jimat!

Rate di sini, 50 Peso lebih kurang RM4.

Kemudian, dari airport kami mengambil van menuju ke Alegria yang mengambil masa 4 jam perjalanan. Ini adalah keputusan yang bagus daripada nak bersesak-sesak menuju ke South Terminal Bas! hahaa.. Tambang van 3100 peso. Walaupun agak mahal, tapi ia lebih menjimatkan masa daripada naik bas. Keadaan trafik di bandar Cebu agak jammed sebabnya waktu petang ni orang dah balik kerja. 


Pemanduan di sini adalah ' Left side driving'. Walaupun kami tidak memandu sendiri, tetapi terasa agak janggal dan menakutkan pemanduan di sebelah kiri ini! Memang scary weh dia drift van macam fast & furios lalu dekat selekoh tajam! Mau gugur jantung wa beb! Phewww... 


Pukul 9.00 malam kami sampai di Alegria. Kami telah memilih untuk check in di D 'Alegre Travellers Inn yang berdekatan dengan Badian iaitu tempat untuk aktiviti pertama kami esok pagi. Harga 1 malam 1300 peso kami share 4 orang ladies. Beli air mineral & pocari sweat, 235 peso.


Total lost day 1 : 1280 peso per pax.


 Ta zabarr nak start 'Canyoneering' esok!



Jom layan video dulu!





Mabuhay Ang Pilipinas!




Comments

  1. assalam.. sis. sy hidayah. nak tanya mcm mana ye nak dapatkan guide di sana kalau tak pergi dengan agency?
    dan boleh tak bagitahu nama inn/hotel yg sis stay setiap tempat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu kmi cri kat facebook je.. cuba tgk kt group backpackers kdg dorg slalu share contact tour agent sana. Dlm next entry blog sy ada bg link fb agent ni. Hotel sy cri kat airbnb

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat