Posts

Showing posts from November, 2017

KB Water Run 2017

Image
Assalamualaikum 18 November 2017 Minggu lepas, aku berkesempatan untuk join KB Water Run yang diadakan di  Taman Perbandaran Tengku Anis , Kota Bharu, Kelantan. Category / Entry Fees: Individual Open - 5KM - RM50 Fun Run Open - 3KM - RM40 Family Fun Run (team of 4) - 3KM - RM200 Kami geng 10 orang join yang 5km. Lari santai-santai jer sambil main tembak-tembak pistol air! Yeahhh Entitlement: - T-Shirt - Medal - Water Gun Charlie's Angels! Muka-muka ceria & excited sebelum masing-masing basah lenjun dek penangan pistol air! hahaa Serangan hendap watergun! hahahhh Tembakan tepat ke hati awaaa..... ehh Water run ni macam ala-ala Songkran festival la di Thailand tu! Pesta perang air! Beronok-ronok eh hampa main tembak-tembak air! Lagi best dorang letak air sirap la, air gas la! Memang pedih mata kalau terkena, merecik hawau weh! hampeh betol! The Sharpsh

LATA BELATAN, BESUT GANU!

Image
Assalamualaikum Baru-baru ni aku berkesempatan pergi piknik di Lata Belatan.  Hutan Lipur Lata Belatan ialah sebuah hutan lipur yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu, daerah Besut, Terengganu. Lokasinya berada 40 kilometer dari bandar Besut, iaitu lebih kurang 103 kilometer jika dari Kuala Terengganu dan 78 kilometer dari Kota Bharu.  Ia merupakan pintu masuk utama kepada para pendaki ke Gunung Tebu.  Pelbagai kemudahan asas disediakan seperti gerai, tapak perkhemahan, dan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.  Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian Gunung Tebu, bermalam, dan lain-lain aktiviti, anda boleh berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibu pejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk adalah dikenakan kepada pengunjung. Hutan lipur ni telah dimajukan secara berperingkat semenjak tahun 1985 bagi menawarkan kemudahan bagi pengunjung. Pembangunan