Cafe Harry Potter!



Assalamualaikum



Ada peminat tegar Harry Potter di sini? 


Baru-baru ni aku telah singgah ke 'Hedwig Books & Cafe' yang baru sahaja dibuka di Kota Bharu, Kelantan. 

Maju doh loni klate boh! Gomo Klate gomo deh!


I solemnly swear that i am up to no good ~ Harry Potter



Hedwig Books & Cafe ialah Harry Potter-themed cafe diinspirasikan daripada fantasy series oleh penulis British, J.K Rowling. Kafe ini dihias mengikut tema siri Harry Potter persis di Hogwarts.

Abracadabra!

Pengunjung yang datang makan disini, dibenarkan untuk bergambar dengan perhiasan seperti cermin mata, mufflers, kayu sihir, jubah Hogwarts dan peralatan-peralatan lain yang berkait dengan cerita terkenal itu. Molek dah!


Platform and 9 ¾ signage


Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry!


Mini library dengan lebih 1,000 buah buku dari koleksi pemilik cafe ini iaitu Puan Nur Raiha Hanafi. Kalau nak pinjam buku kat sini pun boleh.



Harry Porter, Ron Weasley & Hermione Granger!


Dari segi menu pula, kafe ini menyediakan pelbagai jenis kopi dan minuman-minuman lain yang memenuhi citarasa orang ramai. Tidak dilupakan kafe ini turut menyajikan pelbagai kek dan juga hidangan pasta.

Image Credit: Hedwig Books & Cafe

Image Credit: Hedwig Books & Cafe

Minuman yang ditawarkan berharga di antara RM4 – RM9. Makanan pula berharga di antara RM2 – RM18. Ada juga Hedwig-themed chocolate cake dan di masa akan datang akan menambah menu special seperti Butterbeer.

Harga standard cafe hipsturrr boh!

Sambil-sambil menikmati hidangan di Hedwig Books & Cafe ini, anda juga boleh membaca pelbagai buku termasuk buku Novel Harry Potter dalam Bahasa Malaysia atau bermain permainan Scrabble edisi Harry Potter, Uno Stacko, Chess dan lain-lain board game yang mereka sediakan.

Image Credit: Hedwig Books & Cafe

 Hufflepuff badger VS Ravenclaw eagle

Hogwarts student wannabe!

 Pelbagai jenis buku yang tersedia di rak kafe ini untuk dibaca sambil anda minum kopi.


Gryffindor lion & Slytherin serpent


Untuk update terbaru mengenai cafe ni, boleh tengok di FB page :



Satu kafe yang boleh ditambah dalam senarai tempat yang anda boleh lawati sekiranya berada di Kelantan.

Landmark kalau nak pergi cafe ni, dekat dengan Mydin Kubang Kerian, sederet dengan Pizza Hut, di tingkat atas kedai Amway. Ni alamat dia : 

Hedwig Books & Cafe
PT 1667 Tingkat 1, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kota Bharu
Open Daily, 10am – 10pm

011 5151 613 80 



In a nutshell, die hard fans Harry Porter tu mai la datang sini! 
Naik penyapu terbang, check-in di Hogwarts school! hehee



Comments

Popular posts from this blog

Bukit Larut Taiping

Bukit Gasing 2.0

Snowalk i-City

Hiking Gunung Datuk!

DENAI TIGA PUTERI

Hiking Bukit Kutu

Javatrip part 2 : Muzium Angkut

HIKING KE PINE TREE HILL & TWIN PEAK!