Kutub Utara VS Kutub Selatan





5 Perbezaan Antara Kutub Utara dan Kutub Selatan Yang Ramai Tidak Tahu


Kita biasa melihat di kaca televisyen dan media massa mengenai pemandangan di Kutub Utara dan Kutub Selatan. Kedua-duanya diperlihatkan sebagai kawasan luas yang sejuk dan diliputi penuh dengan salji. Sementara itu, binatang comel seperti penguin dilihat hidup bebas secara berkelompok.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kutub Utara dan Kutub Selatan mempunyai beberapa perbezaan yang ketara antaranya dari segi cuaca, habitat bagi binatang, penempatan manusia dan lain-lain. Mungkin juga ada segelintir yang tahu tapi masih terkeliru.

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa perbezaan antara Kutub Utara dan Selatan.


1. Artik atau Antartika?


Ramai yang terkeliru antara penggunaan isitilah Artik dan Antartika bagi merujuk kepada Kutub Utara dan Kutub Selatan. Kutub Utara terletak di kawasan paling utara di muka bumi dan kawasan ini juga dirujuk sebagai kawasan Artik. Sementara itu, Kutub Selatan merupakan kawasan paling selatan di muka bumi dan kawasan ini juga digelar sebagai kawasan Antartika.

Kawasan Kutub Utara terletak di tengah kawasan Lautan Artik yang dikelilingi oleh beberapa benua atau daratan. Sementara itu, Kutub Selatan pula meliputi kawasan benua atau daratan Antartika yang luas, dikelilingi oleh lautan.


2. Cuaca? Kutub Selatan lebih sejuk


Secara umumnya, Kutub Selatan mempunyai cuaca yang lebih sejuk daripada Kutub Utara. Cuaca di Kutub Selatan sangat rendah sehingga dikatakan terdapat beberapa kawasan di sini dimana ais tidak pernah cair sepanjang tahun.

Secara purata, suhu di Kutub Selatan adalaah sekitar -49˚ Celsius, menjadikannya tempat paling sejuk di muka bumi. Mengikut rekod, suhu paling rendah di dunia yang pernah di catatkan adalah -89.6 ˚Celsius yang direkodkan di kawasan Vostok Base, yang terletak di kawasan Kutub Selatan. Sementara itu, di Kutub Utara pula purata suhu dicatatkan sekitar -34˚ Celsius. Suhu ini akan meningkat sedikit pada musim panas.


3. Habitat Penguin dan Beruang Kutub


Ini merupakan perbezaan paling ketara tetapi ramai yang beranggapan penguin dan beruang kutub hidup di lokasi yang sama. Tanggapan itu salah sama sekali. Salah faham ini juga berpunca daripada gambar-gambar di internet dan poskad yang memaparkan penguin dan beruang kutub hidup di kawasan bersalji, seolah-olah keduanya hidup di kawasan yang sama.

Walau bagaimanapun, realitinya penguin hanya hidup di Kutub Selatan atau kawasan Antartika sahaja. Sementara itu, beruang kutub pula merupakan haiwan darat dan pemangsa terbesar yang hidup di Kutub Utara sahaja. Beruang kutub menguasai kawasan daratan di Kutub Utara dimana makanan utama mereka adalah anjing laut, dugong dan juga ikan paus yang terdampar di daratan.


4. Penempatan manusia


Walaupun banyak eksplorasi yang telah dilakukan di kawasan Kutub Selatan atau kawasan Antartika, tidak ramai tahu bahawa ianya adalah satu-satunya kawasan di dunia yang tidak mempunyai penduduk. Tiada kesan peninggalan penempatan zaman dahulu yang pernah dijumpai dan kawasan ini terletak di bawah jagaan Treaty of the Antarctic yang menetapkan bahawa kawasan ini dan juga sumber semulajadi yang terdapat padanya hanya boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja.

Berbanding Kutub Selatan, di Kutub Utara atau kawasan Artik dianggarkan 4 juta penduduk tinggal disini. Kebanyakan penduduk tinggal di bandar-bandar kecil disini antaranya Barrow (Alaska), Tromso (Norway), Murmansk (Rusia) dan Salekhard (Russia).


5. Kawasan daratan vs lautan


Dari segi rekabentuk muka bumi, terdapat perbezaan yang ketara antara keduanya. Kawasan Artik (Kutub Utara) sebenarnya hanyalah kawasan lautan yang membeku. Sementara itu, kawasan Antartika (Kutub Selatan) adalah kawasan daratan yang membeku. Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan gunung-ganang, sungai dan kawasan lembah di Antartika. Selain itu, di Antartika juga terdapat sebuah gunung berapi yang masih aktif.

Walaupun kawasan Artik hanyalah sebuah lautan beku, ianya menarik minat banyak negara untuk menguasainya antaranya Amerika Syarikat, Kanada, Rusia, Iceland, Norway, Sweden dan Finland. Hal ini disebabkan terdapat menunjukkan bahawa kawasan ini mampunyai sumber minyak yang banyak untuk diterokai.



P/s : Dah ready ke untuk misi Ratu Ais ke Antartika?? Ehh eh... #Aweeta2018



Kredit:





Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS