La Kitty Cafe




Kafe animasi 'Hello Kitty' pertama di Kelantan





Karakter Hello Kitty yang comel dan berwarna merah jambu sinonim dengan golongan kanak-kanak dan gadis. Minat mendalam terhadap karakter Hello Kitty, mendorong seorang doktor membuka kafe berkonsepkan animasi watak popular dari Jepun itu di Kota Bharu.




Restoran La Kitty Cafe ni menyajikan menu seimbang dan berkhasiat terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan.



Restoran ini mengetengahkan makanan berkonsepkan Barat dan Asia. Thai Souce Chicken Chop, Mushroom Risseto (herbs), Black Pepper Chicken Chop dan Kitty Salmon Filled dan tomyam antara signature dish di sini. 


Semua makanan dan minuman boleh didapati pada harga RM5.90 hingga RM19.90.



Kafe ini juga menyediakan pelbagai pilihan minuman panas atau sejuk yang disediakan bersama aiskrim. Biasanya aneka kopi seperti Hazelnut, Mocca dan Cappucino menjadi tarikan pelanggan di sini.


Terdapat juga board game seperti dam ular, chess, congkak, saidina, karom dan lain-lain untuk bermain dan lepak bersama rakan-rakan sambil tunggu makanan dihidangkan.






Hampir 99 peratus hiasan dalaman kafe berunsurkan Hello Kitty seperti bantal, jam, beg galas dan anak patung malah premis turut diwarnakan merah jambu lambang watak berkenaan.




Selain menggunakan logo Hello Kitty sebagai lambang utama kafe ni, dekorasi serta peralatan termasuk meja, pinggan dan bekas tisu juga menggunakan watak kartun seekor kucing putih yang memakai aksesori reben merah jambu di atas kepala! 

Cute betol!



 Teruja apabila dapat bergambar bersama koleksi patung hello kitty yang comels!



Selain dapat menikmati juadah enak dengan variasi menu masakan panas dan Western, pengunjung dapat merasai suasana ceria dan bersahaja dikelilingi Hello Kitty di setiap sudut kafe.




Hiasan Hello Kitty yang diletakkan di dalam kafe ini adalah koleksi peribadi pemilik restoran ini yang didapati dari dalam dan luar negara seperti Taiwan, Thailand dan Indonesia dengan harga paling mahal mencecah ratusan ringgit.

Pemiliknya Dr Lam Kok Haur, 29, yang sebelum ini berkhidmat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, kini berkhidmat di Hospital Lundu, Sarawak.



Sebelum ini, kafe dibuka di Kubang Kerian selama lapan bulan namun sambutan menggalakkan menyebabkan kami berpindah ke Jalan Sultanah Zainab kerana ruang yang lebih selesa dan luas. Kafe juga diubah suai menjadi lebih santai dan menarik, malah Dr Lam membelanjakan kira-kira RM100,000 untuk hiasan Hello Kitty, menurut kata penyelia kafe ini.


Gadis-gadis Kitty, Naziha, Aisya & Rosmawar. Nak kenai leh pm tepi deh! ehh :p




Minuman kopi diukir dengan muka Hello Kitty! Owh omeyy angat!

Tempat untuk mengecas segala gadjet 

Meja yang telah ditempah untuk event birthday party!



La Kitty Cafe turut menerima tempahan untuk mengadakan majlis seperti sambutan hari lahir dengan pakej semurah RM50 hingga RM200. 





Hari jadi saya pun nak dekat dah awaaa... Sebulan jer lagi! ehhh.. hihii




Grill chicken chop

Nasi & tomyam



Teruja menikmati makanan di La Kitty Cafe.





Kafe ini dibuka pada setiap hari bermula jam 4 petang hingga 11 malam. 


Untuk update terbaru mengenai cafe ni boleh klik sini :





In a nutshell, deco cafe ni memang sangat cute dengan hidangan makanan yang sedap. So bubye Kitty!


See yuolls in next trip jale-jale cari make boh!



Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat