Warkah Cinta Terakhir





Setelah sekian lama aku mencari CINTA hakiki, buat pertama kali aku bertemu kau, hatiku terpaut. Demi Tuhan, aku tidak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.


Aku telah menolak kau, tapi kau mencabar aku dengan kejujuranmu, kau tahu yang kau tidak bertepuk sebelah tangan. Dan, kau telah berjanji aku bukanlah hanya sekadar persinggahan dihatimu. 


Aku tidak dapat membohongi perasaan  bahawa aku menyayangimu. Dan disaat aku menCINTAImu, aku telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang dan seribu impian.


Bagai merpati putih CINTA, aku mencari singahsana dihatimu. Nyata aku tak menemuinya. Tapi akhirnya, bila kau telah memiliki CINTAku, kau campakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu untuk aku selami. Disana aku tidak mampu melihat cahaya. Kau berikan harapan dan akhirnya kau juga yang menyalakan api dan membakarku dalam diam. 


Terasa sedih dihati ini bila kau sendiri kata tak tahu apa yang kau nak. Kau katakan berilah masa ruang untuk berfikir dan menyelesaikan apa yang lebih penting dalam hidup kau. Adakah selama ini aku tidak penting bagi kau? Jadi, selama ini siapakah aku di hatimu?


Siapa yang pernah mengajar aku bahawa CINTA itu perlukan pengorbanan?

Siapa yang memberitahu aku agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?


KAU..


Aku percaya dalam hidup ini hanya ada satu lelaki, satu CINTA dan satu perkahwinan. Melangkah pergi meninggalkanmu, telah mengambil separuh nyawaku dan kekuatan yang ada. Jangan anggap aku tinggalkan kau kerana aku bencikan kau. Jangan. 

Bagaimana aku harus bencikan kau, sedangkan setiap hari aku selalu merinduimu, biarpun kau tiada disisiku. Di setiap saat aku mengingatimu. Seumur hidup ini, aku amat menCINTAImu.


Seseorang pernah berkata:

"if you really LOVE someone, then let the person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place"


KAU

Kerana aku menCINTAImu, aku melangkah pergi, demi kebahagianmu. Aku berdoa semoga di suatu hari nanti, kau akan temui apa yang kau cari. Aku percaya pada Tuhan yang pertemukan kita, aku tahu ada hikmah disebalik semua ini dan aku tidak akan menyoal. Aku tidak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenalimu, aku telah bersikap ikhlas dengan perasaanku terhadap mu.


Aku juga percaya, andai benar kita punya jodoh, kau akan kembali padaku. Itu bukan harapan tapi aku ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Illahi dan seandainya kau tidak akan pernah kembali padaku, aku percaya, mungkin itu adalah yang terbaik. 





Comments

Popular posts from this blog

Bukit Larut Taiping

Bukit Gasing 2.0

Snowalk i-City

Hiking Gunung Datuk!

DENAI TIGA PUTERI

Hiking Bukit Kutu

Javatrip part 2 : Muzium Angkut

HIKING KE PINE TREE HILL & TWIN PEAK!