RATU AIS, Aweeta 2018!


Assalamualaikum


Aku sebenarnya tahu pasal pemilihan Ratu Ais ni melalui Facebook. Ada juga la beberapa rakan yang tag di FB suruh aku cuba. Sebab dia nak wanita je kan.. Ehh.... semangat betul dorang! hahaa... Aku pun macam teruja la juga kalau dapat pergi ekspidisi menjelajah ke Kutub Selatan, Benua Ais! Benua Antartika ni, ia lebih luas dari Greenland di kutub utara dan jauh lebih besar dari Alaska di Amerika Utara.


Selalunya ahli sains dan penyelidik berbilang bangsa sahaja yang berpeluang mengembara dan menjejakkan kaki ke sini untuk tujuan penyelidikan dan eksperimen sains. Orang awam tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke benua ini tanpa sebarang tujuan yang dibenarkan. Kerana ia terikat dengan Perjanjian Antartika (Antarctic Treaty), kawasan ini dikawal oleh pasukan militari dari pelbagai negara termasuk Amerika, Perancis, Jepun, New Zealand, Norway, Russia dan British. 


Aku pun saja la nak pergi cuba try test memandangkan Dr Sharifah Mazlina dan warga team Aweta (All Women's Expedition To Antartica) datang ke bumi Kelantan kan. Tarikh dia pun cun, kebetulan pula lepas aku habis acara larian kat USM Kubang Kerian. Aku pun heret sekali housemate aku, Aisyah. hahaa

Semangat tak tanggal bib larian lagi! hahaa

Sebelum tu, aku ada la juga search pasal AWETA ni :


AWETA ialah misi untuk mencari pelapis atau protege kepada Ekspeditor Negara iaitu (Dr) Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir. Tujuan misi ini adalah untuk pergi ke Antartika bagi mengambil dan membawa balik kapsul masa (time capsule) yang ditanam oleh (Dr) Sharifah Mazlina pada tahun 2004 dan menanam kapsul masa yang baru TN50.

Proses pencarian ini akan menghasilkan wanita-wanita kental, bersemangat tinggi, bermotivasi, icon yang boleh dicontohi generasi akan datang dan sebagainya. Ini dengan secara tidak langsung dapat membantu negara menjana modal insan yang “world class” yang dapat menyumbang kepada negara dalam mencapai status negara maju pada masa yang akan datang. “Women Empowerment” adalah tujuan sebenar disebalik misi ini!


Test yang perlu dilalui :

Push up
Sit up
Squat test
Quadrant Jump
Bleep test


Buat seberapa banyak yang termampu lah untuk setiap test tu. Dia tak bagi tahu pun berapa kali minimum yang kena buat untuk layak ke peringkat seterusnya. Maybe mereka nak tengok sejauh yang mana kita boleh buat tanpa putus asa.

So just push yourself to the max! hehehh


Video kompilasi 5 ujian saringan yang dilakukan :



Aweta fist!

Tahniah Fana!

Tahniah Nadz!

Tahniah Aisyah!


Bagi anda yang ingin melihat calon-calon yang terpilih ke peringkat separuh akhir di setiap negeri :




Bila tengok calon-calon yang lain aku rasa tercabar dan gerun sebenarnya. Bukan calang-calang weh! Semua kebanyakannya sangat fit dan aktif bersukan sebab bekerja sebagai fitness instructor, coach, trainer, ultra marathon, hikers kental dan datang dari pelbagai latar belakang yang hebat-hebat! Iron lady! Tapi aku akan cuba berusaha sedaya upaya dengan segala kudrat yang ada dan buat yang terbaik untuk ke peringkat separuh akhir dan seterusnya final top 5! 

Teruja, berdebar & tak sabar pula rasanya nak main ais salji, jumpa singa laut & penguin kat Kutub Selatan tu! hahaa.. 

Berkobar-kobar pula aku nak start tulis journey pasal Ratu Ais ni! heheee... #Aweeta2018. Wish me luck guys! 



Menurut Datuk Noorizah Abd Hamid selaku Pengarah Projek AWETA 2018, pemilihan peringkat awal Ratu Ais telah berakhir pada pertengahan Januari 2018 dan pemilihan peringkat separuh akhir akan di jalankan pada bulan Mac dimana 30 peserta akan dipilih.




SHAH ALAM - Lebih kurang 20 ujian perlu dilepasi dalam melayakkan individu disenarai pendek ke program realiti Ratu Ais All Women Expedition to Antarctica 2018 (Aweta 2018).

Ekspeditor Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkata, antara elemen yang diberi penekanan melibatkan ujian rasa, kemahiran, kekuatan otot, kardio, stamina dan ujian kesukaran yang seterusnya melayakkan diri mereka ke peringkat top 30.

Menurutnya, nama peserta yang berjaya ke top 30, akan diumumkan pada 3 Mac 2018 (peringkat separuh akhir) selepas selesai menjalani ujian-ujian tersebut.

“Program realiti ini akan akan berlangsung selama lapan siri.

“Separuh peserta akan dibuang pada minggu pertama, dan selebihnya akan disingkirkan secara berperingkat sebagaimana format yang dijalankan program realiti lain,”katanya ketika sesi tea and tips bersama protege di sini, hari ini.

Katanya selepas berlakunya beberapa penyingkiran, hanya tujuh yang akan dipilih untuk meneruskan misi ke Antartika.

Beliau berkata, bagi peserta yang layak, mereka terpilih untuk menjalani latihan intensif selama empat bulan.

Program ini dianjurkan oleh All Women Empowerment To Accelerat (Aweta), yang sedang mencari lima calon ikon ke Antartika untuk misi mencari ‘kapsul masa’ yang ditanam oleh Sharifah Mazlina pada 2004 lalu.

Untuk misi kali ini, kumpulan wanita tersebut akan menanamkan ‘kapsul masa’ yang baru iaitu TN50.

Dalam menjayakan misi ini, pertubuhan ini turut mengalu-alukan sumbangan dana daripada pelbagai agensi dan badan korporat.

Kumpulan wanita ini dijangka akan berlepas ke Antartika pada November 2018.


In a nutshell, see you guys at Cross Fit Pahlawan!







Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Hiking Gunung Datuk!

DENAI TIGA PUTERI

Bukit Gasing 2.0

Bukit Larut Taiping

Hiking Bukit Kutu

Trip rumah bot di Royal Belum!

Bukit Keluang, Besut

Ada Apa dengan Tadom Hill, Banting?