Stadium Qu Puteh



Assalamualaikum


Baru-baru ni, aku berkesempatan menyaksikan perlawanan bola persahabatan tempatan antara The Red Warriors (TRW) Kelantan dan Terengganu. 


Kali terakhir aku tengok bola kat stadium di Bukit Jalil rasa 5 tahun dulu kot. hahaaaa.. Sementara aku masih lagi berkhidmat di Negeri Cik Siti Wan Kembang ni, so aku pun teringin lah nak tengok bola kat stadium ni.



Ni first time aku masuk ke dalam Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu yang berwarna pink putih ni ataupun dikenali sebagai stadium Qu Puteh. Tiket masuk RM5 riyal ja boh! Tiket akan dijual pada hari perlawanan sahaja. Boleh beli masa petang sebelum start perlawanan.




Tiket terbuka RM5


Apa yang menarik kalau tengok bola di stadium ni, kita boleh merasakan aura perlawanan tu! Memang meriah dengan sorakan penyokong pasukan masing-masing. Nak tau aku sokong pasukan mana?? 

Haaaa... aku sokong mana pasukan yang menang jer! Agak-agak team mana yang menang?? :p

kah kah....


GOMO KELATE GOMO!


Dan saat yang paling ditunggu-tunggu sudah semestinya saat pemain dapat menjaringkan gol. Tapi malangnya percubaan semua tersasar jer! 

Adehhh...


Kedua pasukan memperagakan aksi bertenaga dengan berbalas serangan, namun buntu menembusi kubu lawan hingga wisel penamat. Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.




Keputusan perlawanan menyaksikan Terengganu dan Kelantan sekadar seri meskipun ada beberapa peluang gol. 



Dato Vida memperuntukkan sejumlah RM1 juta dana dengan tujuan mengubahsuai gelanggang keramat TRW ni termasuk dicat semula dengan warna pink. 

Ashukk bohh.....





In a nutshell, bubye & jumpa lagi Stadium Pink dalam perlawanan yang akan datang!







Comments

Popular posts from this blog

Snowalk i-City

Bukit Larut Taiping

Bukit Gasing 2.0

DENAI TIGA PUTERI

Hiking Gunung Datuk!

Hiking Bukit Kutu

Trip rumah bot di Royal Belum!

Ada Apa dengan Tadom Hill, Banting?