DENAI TIGA PUTERI



Assalamualaikum


Sebelum pulang semula menjalankan tugas di Kota Bharu, sempat la aku singgah mendaki ke tempat yang tengah 'up' sekarang ni, iaitu Denai Tiga Puteri!

So let's check it out gais!



Nak datang kat sini, aku waze je Sekolah Seksyen 10. Ataupun boleh cari 'Kota Damansara Community Forest Reserve'. Jarak dari PJ lebih kurang setengah jam jer. 


Testing lu kasut yang baru beli semalam! Memang parop juga poket kawe dok pergi shopping barang-barang hiking untuk next trip! hahaaa


Tak perlu parking kereta jauh sangat untuk menapak ke starting point. Tapi pagi tu agak penuh dengan kereta di sepanjang bahu jalan. Hiking spot ni pun dah semakin popular!


Signage ke pintu masuk Hutan Simpan Kota Damansara


Ada proper signboard di permulaan trek


Trek ni sesuai untuk famili trip dan beginner hikers. Anda boleh memilih samada hendak walking, cycling, jogging, hiking atau ke semuanya sekali kat taman ni.


Trail kat sini memang sangat leisure cuma agak panjang. So, depend trail mana yang korang pilih. No wonder lah trail kat sini sangat popular dikalangan trail runners & cyclist. Sepanjang kami trekking pun ada saja yang lalu lalang.


Laluan dia 45 minit pertama santai tapi tidak landai. Trek lebih kurang 30 darjah turun naik tetapi masih sesuai untuk jogging dan cycling. Pastikan anda melalui trail TEMUAN dan SAHABAT untuk ke trek hiking. 


Acah-acah rajin pulak dok menyapu dalam hutan ni! Buat aktiviti CSR di hujung minggu katanya! hahahh


Dari trek Sahabat menuju Denai Tiga Puteri, barulah terasa mencabar sikit. So, kalau first timer yang decide nak trek sampai ke Denai Tiga Puteri tu, please make sure bawa air yang cukup sebab macam pancit jugak! hahaa


Singboard kat sini banyak membantu, so, no problem for 1st timer. Tapi kena alert juga dengan setiap signboard dan tanda arah seperti benang atau sticker berwarna pada pokok.


Terserempak dengan geng gadis-gadis yang sado lagi paduik berdesup masa naik ke Gunung Stong tahun lepas! hehee. Aku baru nak naik ke puncak dorang dah otw turun.


Ain & Shima!


This magnificent tree could be seen along Sahabat Trail


Besar giler pokok nih!



Ada tali untuk ke puncak. Kemudian anda akan berjumpa trail DENAI 3 PUTERI dan disinilah bermula laluan sekitar 60 ke 90 darjah dalam 20 minit. Jalan agak licin dan curam so kena hati-hati.


Dah jumpa longkang besar ni, dah nak sampai ke Denai Tiga Puteri


Ke Unity Peak



Trek ada lecak sikit. Kasut pun dah kotor! uhukkk


Sampai sudaaaa! Pemandangan Lebuhraya NKVE & Kota Damansara dari puncak Denai Tiga Puteri


Ehh eh.. ado gewe lalu sat! hahaa




Puncak Denai Tiga Puteri


Ada sorang ja puteri kat sini! ehhh :p


Delicious banana muffin! Thanks Mr Chef! Sedap giler weh! Moga bisnes kek makin bertambah maju lepas nih! 


Muffin kemenangan tanda dah sampai puncak! hahaaa





Dab pose!


Lepak dalam sejam atas ni lepas tu turun balik ikut laluan yang sama.







Ok, terima kasut! Jenuh nak dobi balik kasut baru dah berselut! hahahh


Jarak hiking untuk hari ni, 7.4 km.. Patutlah pewai bersepai jugak! :p


Tapi kalori yang dibakar untuk harini ialah 200.6 sahaja! hahaaa... 

In a nutshell, see ya in a next hiking trip!





Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. best uhhh..insha Allah nk try esok p

    ReplyDelete
  3. perghhh best tu lama tak hiking...muffin tu win..Pose tanda kemenangan berjaya sampai puncak hihihi

    ReplyDelete
  4. Baru naik skali..next time nk naik lg..mmg best.penat tp ade kepuasan bl spi ats.

    ReplyDelete
  5. Total berapa jam untuk trip ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik sejam setengah
      Balik pun Sama sejam setengah.. sampai kat Puncak Tu memang best tak sedar rupanya dah sejam kat atas Tu tengok pemandangan

      Delete
  6. Dah naik 2 kali. Next time nk hwk tikar tido atas. Best angin byk

    ReplyDelete
  7. wak pon dh smpi sini.. x jumpa puteri pom :p

    ReplyDelete
  8. Jom ramai2 siapa nak join pergi ABC Nepal.

    ReplyDelete
  9. Agak sesuai tak untuk bawa budak 5 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer rmi juga parents bawa budak2 naik time weekend. Trek dia ok tak curam sangat.

      Delete
  10. bukit gasing dgn denai puteri mana lagi susah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 trek ok je xsusah mana cuma denai trek dia panjang & jauh skit. Xpe naik slow jer santai2

      Delete
    2. Alhamdulillah..dah pegi sabtu lepas..mmg trek panjang tapi santai..tapi nak sampai puncak denai tiga puteri tu agak mencabar jugak...energy loss pancit teruk haha..last bukit tu curam dia sabo je la������

      Delete
  11. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete
  12. nk p esk....ritu p ujan lebat, xberani nk naik
    tq info n penerangan...

    ReplyDelete
  13. baru nak belajar hiking,nak sukan beratx dah tak leh,

    ReplyDelete
  14. Tak mungkin hanya 200 Kalori

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS