Posts

Showing posts from March, 2018

Gunung Ledang via Asahan

Image
Assalamualaikum Sempena cuti Chinese New Year baru-baru ni, aku berkesempatan untuk join trip mendaki ke Gunung Ledang melalui trail Asahan. Aku sebenarnya dah lama juga teringin nak naik Gunung Lagenda ni yang terkenal dengan mitos dan kisah Puteri Gunung Ledang yang cantik jelita yang menjadi penjaga gunung ini. Kami bergerak dari PJ pada pukul 11 malam menuju ke Tangkak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Lepas tu kami lepak di Masjid Tun Khalil di Asahan untuk melelapkan mata seketika dan solat subuh.  Lek jer budak laki dorang tidur bergelimpangan kat luar perkarangan masjid! hahaa.. Kami yang perempuan tidur kat dalam masjid. Pembahagian ration untuk daypack oleh Abam Gogo kepada semua peserta. Kemudian, kami semua bergerak ke Laman Tiga Budaya untuk pendaftaran pendaki. Borang yang perlu kami isi sebelum hiking. Barang yang kami bawa kena declaire dan kira satu persatu. Balik nanti perlu ada jumlah yang sama. K