ABC Trip Part 1 : Namaste, Nepal kami datang!




Assalamualaikum


20 Mac 2018 (Selasa) 
 Kota Bharu - Kuala Lumpur - Kathmandu



Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tiba jua. Hampir 5 bulan aku tak lena tidur dan termimpi-mimpi tengah main salji di Banjaran Himalaya. Hahaaa.. 



Aku bertolak dari Kota Bharu menuju KLIA menaiki pesawat Malaysia Airline pada pukul 6.45 pagi. Dalam hati perasaan bercampur baur, debar, gembira, teruja dan macam-macam lagi. Kawan-kawan yang lain dah tunggu aku di KLIA.


Pukul 5.00 pagi lagi aku dah keluar rumah. Thank you my lovely housemate, Ecah yang masih lagi sudi hantar aku pergi airport pepagi buta nih! Aku janji ni last trip dah ko kene hantar aku! Lepas ni aku dah pindah KL balik! yeayyyyhh (dengan nada konfiden) :p


Key el i'm coming yaw!


Yeahhh jumpa geng dah! Sebahagian dorang ni dari trip Kerinci yang lepas! Cuma yang aku first time jumpa ialah Shauqi & Rafi.


Maka bermulalah perjalanan kami dari Kuala Lumpur menuju ke Kathmandu dengan menaiki pesawat Malindo Air yang mengambil masa selama 4 jam 40 minit. Tiket kapal terbang dibeli dengan harga RM1,249.38 bagi perjalanan pergi dan balik. 


Macam kami jer yang group dari Malaysia. Yang lain sume Nepali yang nak balik ke kampung. Dalam flight memang macam-macam bau ada! hahaa


Aku ada baca dalam blog, kalau nak tengok view baekk nampak banjaran Himalaya kena duduk kat seat tingkap sebelah kanan. Nasib bek Nepal hujung tu sporting bagi aku duduk tepi tingkap ni! Thank you baiyaaaa! Yang sebelah aku tu bukan Nepal, tu Meleiss, Abam Rapi. hahahhh


Ready to take off. Good bye Malaysia, till we meet again in 13 days! hahaa


Favourite spot aku duduk sebelah tingkap!


Tangkap gambo wing!


Time for lunch! Chicken Masala!



Tq abam Rapi yang rajin layan aku tangkap gambo! Yang penting angle kena nampak kurus! Dah duduk sebelah aku kan! hahaa.. Bertabahlah!


Sempat aku khatamkan buku ni di saat semua orang sedang lena dibuai mimpi di awang-awangan! Best baca pengalaman Dr Razinah. Memang terbaek, semua gunung dalam Malaysia ni dia dah naik! Gunung Nuang, Rajah, G7, V1, V2, sebut jer apa suma dia dah tapau! Padu betul! Volcano kat Indon pun memang tak payah cerita lah, semua dah naik! hahaaa...


Paling teruja baca kisah pendakian ke ABC dan EBC! Buat kerja gila, pergi secara solo & kena serangan AMS pula kat dua-dua tempat nih. Kena balik naik heli tu! Macam mana dia bangkitkan semula semangat dia yang hilang. Memang kena la dengan caption buku ni, biar putus cinta, jangan putus asa! Ye la kalau bercinta dengan mamat yang acah-acah jer, suka mainkan perasaan orang, main tarik tali, rasa boleh berambus kot jantan tak guna macam tuh! Ehhh.. tetiba emo pula! hahaaaa

Memang respek lah dengan pengalaman hidup dia! Boleh jadi idola! Penceritaan dan gaya tulisan dia pun santai jer. Tunggu la buku aku keluar pulak. Dari Rajah mencari Deurali! Kenapa Deurali?? Tunggu entry episod 5 kot? Boleh buat novel bersiri nih! hahaaa


Ketika pesawat memasuki ruang udara Kathmandu, kami dihidangkan dengan pemandangan indah banjaran himalaya dengan gunung ganang yang diliputi ais! Cantik weh!


Pergunungan Himalaya juga adalah tempat bersemayamnya Gunung Tertinggi di Dunia iaitu, Gunung Everest! Phewww... What a view!


Demo sume sedap tido terrr! Kemon la Abe Pi! Dah mimpi sampai puncak ABC ke tu???

Wa baru nak hajak tengok puncak everest sama-sama! hahahh... So aku pun layan feel sorang-sorang je tepi tingkap sambil tengok pemandangan indah snowcap mountains! Asyikkkk.....


Zoom out, zoom in!



Adakah ini puncak cinta kita?? Ehhh


Machapuchare ke Annapurna ni? hahaaa


Amazing!


Mashaallah cantiknya!




Borang ni perlu diisi untuk semakan Immigresen di Kathmandu nanti.


Kami berlepas pada pukul 9.50am waktu Malaysia dan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu pada pukul 12.15pm waktu tempatan. Waktu di Nepal adalah lewat 2 jam setengah dari waktu Malaysia. Jadi hari terasa agak panjang ketika berada di Nepal. 


Satu perkara yang aku sangat-sangat bersyukur ialah airport kita lebih terurus berbanding banyak-banyak airport di Asia yang pernah aku kunjungi. Nampak uzur dah airport kat sini. Nepal adalah tempat tumpuan pelancong seluruh dunia sebab ada Banjaran Himalaya yang tersergam indah! Jadi sepatutnya airport dia perlu diupgrade dan bertaraf internasional!


Angin dingin langsung menyapa ketika kami melangkahkan kaki keluar dari pesawat. Sejuk weh cuaca kat sini!

Di balai ketibaan, kami disambut oleh Deepak Aryal iaitu agen yang telah aku deal untuk urusan pendakian kami di sini. Deepak adalah pengurus bagi Agensi ‘Eagle Eye Trekking’. 




Kami dibawa ke pejabatnya yang terletak di Thamel Road untuk urusan menukar duit Ringgit ke Nepali Rupee dan membuat permit mendaki. 


Tukar duit kat sini lagi murah berganda rate dia. Rate dia 26.00. Aku tukar RM2000 & dapat 52,000 Nepali Rupee. Agak pening juga dengan duit dia sebenarnya sebab currency dia murah dah macam duit indon. Bila nak bayar-bayar sume pening nak kira. Nasib baik Zek terer bab-bab duit nih! So dia jadi akauntan kami! hahaaa



Kena jalan kaki celah-celah lorong ni nak ke opis Deepak.


Kami perlu membuat 2 permit iaitu ‘Trekkers' Information Management System’ (TIMS) dan juga ‘Annapurna Conservation Area Project’ (ACAP) yang berharga 40USD iaitu 4260 NPR, lebih kurang RM165. So jangan lupa untuk bawa gambar ukuran passport!


Yeahhh, leh la tunjuk kat anak cucu nanti permit nih! hahaa



So di opis Deepak, kami setelkan semua bayaran. 

Van from Airport to Opis : 1200 NPR
Van from Kathmandu to Pokhara to Nayapul : 26400 NPR
Permit : 4260 NPR
Porter per 2 pax for 8 days : 5860 NPR

Total semua perbelanjaan nanti aku kira kat bawah.


Setelah selesai urusan permit dan lain-lain, kami berjalan di sekitar Thamel Road untuk mencari barang-barang trekking. Sini adalah syurga bagi penggemar barangan outdoor! Memang rambang mata melihat tebaran segala jenis backpack, downjacket, seluar hiking dan segala kelengkapan bagi pendakian di sini! 



Ade function pakai shawl panjang nih! hahaaa


Tapi keadaan disini walaupun suhunya dingin, tapi sangat sesak dengan kenderaan dan berdebu! Jangan lupa untuk menggunakan penutup muka atau Buff untuk melindungi daripada sedut habuk.




Mandala Street


Kami just cari barang yang penting dulu untuk dibawa trekking esok. Untuk shopping souvenier & yang lain-lain masa balik nanti kami akan stay kat sini lagi.

So barang yang aku sempat grab :

Sewa sleeping beg tebal : 200 NPR per day x 8 days = 1600 NPR
Beli stokin : 300 NPR
Bandana Key x 2 : 400 NPR
Snow cap x2 : 400 NPR



This way guys! Tetiba jadi polis traffic pulak dah kat sini! hahaa


Memandangkan Thamel Road ni merupakan kawasan tumpuan pelancong, tidaklah sukar untuk mencari makanan halal. Kami menikmati makan malam di Shafqat Halal Food Restaurant. 








Sambil makan, sambil usha mamat Nepal hensem yang tengah sopim kat bawah tu! bhahahaaa


Walaupun ini adalah restoran makanan arab, tetapi aroma rempah khas makanan Nepal–India sangat terasa di mulut! Boleh tahan sedap nasi brianinya! Boleh datang lagi bila dah balik dari trekking nanti! hehee


So kami lunch & tapau dinner sekali kat sini.

Nasi Beriyani Ayam 2x : 500 NPR
Mineral 2 botol : 200 NPR
Ice Lemon Tea : 130 NPR


Lepas makan boleh tumpang solat kat sini. Ada disediakan sejadah. Ok boleh pilih la calon bakal-bakal imam korang! hahaaa.. Nak kenal leh pm tepi! :p


Restoran ni memang terkenal dengan group pendaki dari Malaysia! Terjumpa pula sticker Nadi Sihat! Hi abam Fahisha & Kak Ina! 


Setelah tu, kami bersiap untuk bertolak dari Kathmandu menuju ke Pokhara untuk mengambil porter dan seterusnya ke Nayapul bagi memulakan pendakian. 

Kami hanya sempat melelapkan mata di dalam van sepanjang perjalanan malam yang mengambil masa selama 9 jam. Keadaan jalan disini agak teruk dan tidak rata. Memang pening duduk dalam van.Sebahagian besar perjalanan adalah melalui lereng bukit dan gunung yang curam! Mabuk! hahaaa

Deepak & Hafizzuddin

Total lost untuk day 1 :

Makan : RM32.00
Shopping : RM136.00
Van : RM106
Permit : RM165
Porter : RM226

Total : RM665


Jom layan video :



To be continued......



Previous entry :





Comments

  1. wowww... tunggu sambungan pulak..hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Nad, Video youTube tu you shoot guna camera apa eh? Apa tips you blh share kalau sejenis suka record video dan gambar masa hiking yg berhari2? Guna phone dan stand-by power bank atau guna goPro (atau yg sewaktu dgn nya). Share please :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kena standby power bank. yg video tu pakai phone jer.. Pakai Gopro & henfon pon memang cun dah utk video & gmbr

      Delete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Snowalk i-City

Bukit Larut Taiping

DENAI TIGA PUTERI

Bukit Gasing 2.0

Hiking Gunung Datuk!

Hiking Bukit Kutu

Trip rumah bot di Royal Belum!

Ada Apa dengan Tadom Hill, Banting?