Kelantan Street Art




Assalamualaikum



Sekarang ni dah banyak dah tempat yang ada memaparkan Street Art. Ianya menjadi salah satu tarikan pelancong samada dalam negara ataupun luar negara.


Satu lagi tarikan di bandar kota Bharu yang tidak wajar dilepaskan peluang oleh pelancong luar Kelantan ialah Kota Bharu Street Art. Mungkin ada dalam kalangan warga Kelantan sendiri yang belum menjejakkan kaki ke sini. 


Lokasinya adalah di celah-celah bangunan di Medan Ilmu Kota Bharu berhampiran bulatan besar di bandar Kota Bharu. Boleh juga waze / maps : Jalan Dato Pati .


Sampai jer sini terus terpukau dengan hasil seni kat sini. 



Kelantan Darul Naim


Rice to wednesday aka nasi kerabu boh! hahaa



Palestine Street Alley Art, Kota Bharu Kelantan



Tidak ketinggalan juga terdapat mural kebudayaan dan kesenian negara timur tengah. Termasuklah unta, pokok tamar, permaidani dan sebagainya. 


Ya habibi ya maulana



Mana orang mana dinding ni... ehhhh.. hahaaa



Selain tu, art dekat sini agak menusuk hati dimana lukisan mengambarkan suasana di Palestine. 



Tok Guru, Nik Abdul Aziz Nik Mat



Setiap lukisan mempunyai mesej-mesej yang tertentu terutama gambaran suasana yang sedang menimpa rakyat Palestin sekarang.




Graffiti never die!




Jika datang bercuti di Kota Bharu, Kelantan, bolehlah singah sambil rakamkan gambar korang di Street Art ini. 





Comments

Popular posts from this blog

Hiking Gunung Datuk!

HIKING KE PINE TREE HILL & TWIN PEAK!

Bukit Keluang, Besut

Hiking Bukit Kutu

Ada Apa dengan Tadom Hill, Banting?

Trip rumah bot di Royal Belum!

Bukit Larut Taiping

Castella Cafe, Gerik, Perak!