Preparation ke ABC!


Assalamualaikum



Mendaki gunung di Banjaran Himalaya terutamanya ke Annapurna Base Camp (ABC) yang terletak di Nepal adalah impian kebanyakan para pendaki termasuklah aku. Dah lama dah perap dalam aku punya bucket list, 100 things to do before i die! hahaa


Senarai Baldi Saya!



Pendakian aku menuju ke ABC melalui Poonhill yang berada di ketinggian 4,130 meter dari paras laut mengambil masa selama 9 hari berjalan kaki dengan jarak sejauh 183km! Dah boleh join geng Ultra Marathon kot lepas ni? hahaa

Bersepai sedaree! (amik ayat Zek :p)


Ia adalah suatu perjalanan indah yang sangat menakjubkan merentasi dari gunung ke gunung, mencabar kekuatan fizikal dan mental, penuh berliku dengan tawa dan airmata. Kembara diri mencari erti hidup dari Malaya ke Himalaya, ku temui cinta di Annapurna!

Waduhhh Asyiknyaaa! hahaa


Aku telah merancang sendiri segala perjalanan dan perbelanjaan untuk trip ini. Aku cari agen melalui pelbagai sumber. Berpuluh agensi juga aku survey dan tanya quotation melalui email untuk bajet trip ABC ni. 

Lastly, aku berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Deepak Aryal iaitu pengurus bagi Agensi ‘Eagle Eye Trekking’. Dia menjawab segala pertanyaan aku dalam email tu dengan baik dan details. Daripada agen yang lain-lain, jawapan dorang dalam email tu sangat ringkas dengan tawaran pakej yang agak mahal. 

Aku pun cuba deal dengan harga yang paling murah. Terbaik servis yang diberikan dari segi porter, transport, logistik dan sewaktu pendakian! Thanks kepada Mr Zek yang banyak bantu aku masa deal! Very recommended lah kalau korang nak datang sini, boleh deal dengan Deepak!

Zek &  porter, Aswin

Korang boleh usha kat sini trip yang dibuat oleh Deepak:


Mr Deepak yang murah dengan senyuman! hahaaa

Plan asal aku adalah trekking selama 8 hari. Tapi disebabkan ia terlalu pack dan kami pun dah pewai teruk giler masa hari ke 7 tu, terpaksa tambah satu hari lagi! Nasib baik masa beli tiket haritu dah decide ada 1 lagi extra sehari. hahaaa.. Ni itinerary perjalanan kami selama 9 hari trekking.


Sehari kami berjalan dalam 7 ke 8 jam. Paling teruk kena daki naik turun beribu-ribu anak tangga sampai goyang lutut woi! hahahh... Mental pun dah koyak! Trek dia pula rasa macam dah lalu kat 4 musim. Ada yang cuaca panas terik, mendung, berkabus, lalu taman bunga yang indah, hutan mossy forrest, hujan lebat, salji turun masa trekking dan jalan atas ais! Memang sangat cantik view sepanjang jalan! 

Hutan taman bunga Rhododendron


Draft map yang aku conteng

Insurans perjalanan adalah sangat penting, setiap kali travel! Jadi sebelum berlepas ke Nepal, kami telah beli insurans dari MSIG Sports yang berharga RM106 yang ada cover untuk Helicopter evacuation jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini semasa pendakian. Insurans aku beli dengan kawan aku. Insurans ni boleh digunakan juga kalau nak pergi trip lain sebab ianya valid untuk setahun.

Visa pula dibuat di kedutaan Nepal yang terletak di Jalan Ampang dengan harga RM95 untuk 15 hari. Tq Zek tolong buatkan visa kami!

Tiket flight pula kami beli asing-asing. Tiket aku berharga RM1246.38 untuk pergi balik. Harga range tiket dari KL-Kathmandu dalam RM1200-1600. Rafi yang join last minute, sauk je harga tiket paling mahal! hahaaa.. Thanks Kak Aimi yang uruskan pasal tiket!


Aimi


Jumlah perbelanjaan kasar untuk trip ni :



Pilih musim terbaik

Musim terbaik untuk mendaki ABC adalah pada bulan Mac-May dan September-November. Pada musim tersebut, udara tidak terlalu dingin dan langit cukup cerah untuk menikmati pergunungan tanpa diliputi awan tebal atau kabus ribut. Hindari musim hujan disekitar akhir bulan May. 

Aku memilih akhir bulan Mac sebab nak main salji. Waktu ni salji tidak terlalu tebal. Bulan Jan-Feb selalunya off season disebabkan oleh salji yang lebat.


Snow!

Di Machapuchare Base Camp

Thank you kepada Monsieur Hafizzuddin yang tempah t-shirt yang comey ni.


Acah-acah kacak! :p


'Walking the Himalaya' inspired by Levison Wood!




Bergambar kenangan di Poonhill




Line Up Trip :

Line up trip ni adalah seramai 10 orang iaitu disertai oleh Hafizzuddin (Apis) selaku ketua group 'Acah-acah Hikers' aka Gogo, dibantu oleh Wan Hadi (Zek), Suhari (Wak), Rafi, Shauqi, Aimi, Roza, Fuzah (big nurse), Rabi (lil nurse) dan aku. Thank you for support each other. Korang semua memang awesome guys! I heart you all!

Acah-acah sopan jer nih! hahaa


Makanan


Boleh bawa extra chocolate atau gula-gula/lollipop untuk diberikan kepada anak-anak kecik yang korang akan jumpa sepanjang trekking. Aku kasi coklat sekeping & sebiji gula-gula pun dorang dah cukup happy. Mereka duduk kat atas gunung, so memang satu nikmat jugalah bila dapat something yang bukan mudah mereka boleh dapat.

Boleh bawa juga extra sambal hijau, sambal hitam, sambal ikan bilis & yang sewaktu dengannya untuk keperluan makan sepanjang trekking sebab percayalah korang memang sangat perlukan extra sambal ni untuk lebih menikmati makanan. Makanan kat sini macam tak de rasa. Tasteless! hahaaa

 Kami ada juga bawa makanan segera jenama Sharifah. Rasa dia better sikit dari Brahims. So kalau dah jemu dengan makanan kat sini, kami makan Sharifah jer. Tapi jangan bawa banyak sangat sebab boleh tahan berat juga beg nanti. Boleh jer suruh orang kat kitchen tu panaskan pek ni. Tapi kena charge la air panas! hahaa.. Kami dah bawa dapur kecik tapi tak sempat nak cari gas kat Thamel Road haritu. 


Kalau nak bawa serunding or makanan berdaging tu just make sure cover sikit sebab nak menghormati some of them yang tak makan daging. Dekat Sinuwa and above ada signboard yang warning hikers not to eat meat. Tapi yang makanan berdaging macam nasi goreng daging, nasi briyani ayam kami tinggalkan dekat Sinuwa jer sebab balik nanti kami akan stay guesthouse yang sama. 



Aktifkan Debit Kad Maybank Untuk Transaksi Online & Luar Negara

Ni jangan lupa bila dah syok sakan shopping kat Nepal tu, lepas tu tak cukup duit! Sila aktifkan dulu kad atm sebelum fly! Ia membolehkan kad maybank anda digunakan di luar negara untuk tujuan seperti pengeluaran duit daripada mana-mana mesin atm atau transaksi jual beli. Senang je. Tak payah pergi kaunter pun boleh buat. Tak sampai 2 minit dah siap. Untuk kad atm bank lain boleh google ye. hahaa


Boleh refer sini :





IMMIGRESEN

In a nutshell, sebelum fly tu, check dulu status anda. Jangan blacklist sudah... Kang menangis tak berlagu kat airport tak dapat fly! hehee






So, let the journey begin guys!
















Comments

  1. Awesome sgt ya Allah! hebatnya hiking back to back tiap2 hari for that 9 days!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh.. namatey rasa terutamanya trekking masa nak balik tu! Sebab dah penat giler. Masa pergi semua excited! hahaa

      Delete
  2. Replies
    1. Best! tak leh move on lagi nih! hahaaa

      Delete
  3. powernya sis! teringin jugak ni nak ke ABC

    ReplyDelete
  4. sis nak follow socmed sis kat mana yaa? suka sgt baca cerita in a nutshell

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Hiking Gunung Datuk!

Bukit Keluang, Besut

HIKING KE PINE TREE HILL & TWIN PEAK!

Hiking Bukit Kutu

Trip rumah bot di Royal Belum!

ABC Trip Part 2 : Bersepai hari 1st trekking!

ABC Trip Part 3 : Antara Cinta & Airmata, Hidup & Mati!

Bukit Larut Taiping