ABC Trip Part 4 : Poonhill



Assalamualaikum


23 Mac 2018 (Jumaat) 

Hari Ketiga Trekking ( Chapter 1)


Ghorepani - Poonhill - Ghorepani 

5.00 am - 10.00 am


Pukul 5.00 am kami dah bangun untuk bersiap ke Poon Hill. Sejuk tak ingat, pakai jacket 3 lapis pun tak boleh nak lawan sejuk ni. Kami tak perlu bawa beg besar pun untuk ke Poon Hill, cukup untuk snack, chocolate dan air minuman sahaja (thermos), sebab kami akan kembali ke sini semula untuk breakfast selepas turun dari Poon Hill nanti.


Dalam kepekatan pagi yang dingin dan bertemankan lampu di kepala, kami terus melangkah untuk naik dan mendaki ke Poon Hill. Teringat pula kenangan macam nak mendaki ke puncak Kerinci dulu.



Ramai jugak yang turut serta pagi ni. Kami di jangka akan sampai ke poon hill lebih kurang pukul 7.00 am dan akan tengok sunrise serta view banjaran Himalaya, so siapa yang jalan laju akan sampai lebih cepat.


Untuk ke Poon Hill pada aku tak sesusah mana pun ..cewwaahh, lebih kurang macam korang naik ke Broga Hill jer pada awalnya. Tapi sebab sejuk dan altitude yang tinggi iaitu 3210m, maka pergerakkan korang akan jadi lebih lambat sebab oksigen semaikin menipis. 


Mula-mula tu aku ok jer naik tangga. Lepas tu aku dah rasa macam pening-pening sikit! Yang lain semua dah laju berdesup kat depan. Tinggal aku, Fuzah, Abi dan porter jer Dugra kat belakang. Rasa macam pewai giler dah nak naik tangga yang mencanak nih!

Kami jalan slow-slow jer & kerap berhenti untuk mengambil nafas. Pada waktu itu kami hanya berharap untuk sampai ke puncak sahaja tanpa memikirkan sama ada sempat atau tidak untuk melihat sunrise. Pendakian menjadi semakin mencabar apabila kami semakin menghampiri ke puncak. 


Tiket masuk Poon hill = 50 nepali rupee


Trek Poon Hill antara trek popular di Nepal kerana pemandangan dan "spot sunrise" yang cantik. Time ni geng-geng padu semua dah sampai sebelum matahari naik lagi! Memang laju betul dorang nih. Macam biasa, aku memang kat belakang la dengan geng sweeper! hahaa


We do not remember days, we remember moments.





Cara menyampaikan cinta pada alam sangat unik. Saranghaeyo!



From Annapurna with love!


Kekmi dikelilingi Prayer flags!


Finally dalam pukul 7.00 pagi aku sampai juga di Poon hill. Thank you kat Durga yang towing tarik tangan aku naik tangga sampai ke puncak! Kalau tak de Durga, aku rasa aku tak sampai kot kat sini. Serius tah kenapa aku rasa macam semput & mental down! Tanda-tanda AMS mungkin! Masa ni Fuza & Abi kat belakang lagi. 


Aku pun duduk bertenang kat kerusi dulu. Masa ni aku sorang-sorang jer layan perasaan, tetiba air mata aku jatuh menitik! Aku rasa sedih, gembira & touching pula bila sampai kat sini. Sebak weh! I need shoulder to cry on! uhukkk...

Lepas tu, Zek datang kat aku, tanya aku ok tak? Sebab tinggal kami bertiga jer yang tak sampai lagi. Aku terharu! Kemudian Soki pula datang bawa air milo panas untuk aku minum! Lagi terharu kuasa dua! Lepas tu pula, Aswin datang bawa bunga pink kat aku! Ok terharu kuasa tiga! hahahhhh... 

Kemudian, baru la aku nampak kelibat Fuzah & Abi sampai datang kat aku. Pastu aku dah ok dah! Tak sabar nak snap gambo banyak-banyak! hehe


Tq Zek!


Tq Aswin & Soki!


Tq Fuza & Abi!


Memang cantik sangat view sunrise pagi tu. Syukur Alhmadulillah! Epic Himalayan views, Poon Hill (3210m / 10,532 ft)


Machhapuchhre aka Fishtail (6,993m)



Berbaloi ke bangun pada pagi buta dan bersusah payah mendaki dalam gelap serta kesejukan hingga tidak cukup nafas?? Jawapannya biarlah gambar-gambar ini sahaja yang berbicara.. hehe


Banjaran yang diselaputi salji sepanjang tahun ini kelihatan putih bersinar seperti berlian ketika matahari terbit. 

Panoramic sunrise views of Himalayan giants Annapurna and Dhaulagiri.


Dari puncak Poon Hill kita dapat menyaksikan panorama gunung-gunung dilitupi salji yang terdiri daripada :

  1. Gunung Dhaulagiri I (8167m), 
  2. Tukche peak (6920m), 
  3. Nilgiri (6940m), 
  4. Annapurna South (7219m), 
  5. Annapurna I (8091m), 
  6. Hiunchuli (6441m), 
  7. Machhapuchhre (6997m), 
  8. Lamjung Himal 
  9. Manaslu
Zek tengah buat timelapse


As expected, masa kami sampai saja di Poon Hill, penuh gila dengan umat manusia. Nak cari port pun agak susah. Mana yang sempat aku capture dulu sebab sunrise ni sekejap jer. 


 Hilang terus penat lelah sebaik sahaja kami menjejak kaki di puncak Poon Hill. Bersyukur kerana diberi peluang olehNya untuk menikmati keindahan alam ciptaannya yang tidak terhingga ini. 


Di Poon Hill terdapat bangunan tinjau untuk melihat Annapurna Range. So aku pun naik atas ni sebab nak tangkap gambar dengan view yang lebih jelas & mengancam!



Ramai sangat orang kat bawah tuh!


people are enjoying the breathtaking mountains


In a nutshell, Poon Hill checked!


Walking the Himalaya!


Banjaran Annapurna yang indah!


Yes I was here! Dreams come true chapter 1! 
Chapter 2 tunggu sampai kat base camp Annapurna pula! hehee



Susah aku nak tulis mengenai keindahan di sini. Korang kena datang sendiri dan lihat sendiri kecantikkan di puncak Poon Hill. Memang cantik.. SubhanaAllah… 



Diatas puncak ni aku jadi tamak untuk ambil gambar pemandangan. Sini sana nak snap, atas nak snap, bawah nak snap, laki kacak, awek lawa pun aku nak snap. Macam-macam ah... hahaa



Pengalaman menyaksikan panorama ‘Annapurna range’ yang terbentang di depan mata memberikan sentuhan spiritual yang mendalam.


Purnama mengambang cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu rindu yang mencengkam
Di hatiku.....


Bulan pernama hampir menghilangkan diri!


Up close with nature. Kot-kot ternampak orang tengah mendaki ke puncak Annapurna ni ke? hehee


Bongkah Annapurna mengandungi enam puncak lebih 7,200 m (23,620 ft) elevation:
  1. Annapurna I (Utama)  - 8,091 m (26,545 ft)
  2. Annapurna II              - 7,937 m (26,040 ft) 
  3. Annapurna III             - 7,555 m (24,786 ft) 
  4. Annapurna IV              - 7,525 m (24,688 ft)
  5. Gangapurna                - 7,455 m (24,457 ft) 
  6. Annapurna Selatan      - 7,219 m (23,684 ft) 

Gunung Annapurna merupakan gunung yang ke-10 tertinggi didunia. Berjalan dan mendaki di sekitar Annapurna Base Camp merupakan cita-cita semua hikers didunia ini.


“jatuh cinta pada pandangan pertama”


Gunung ni dikatakan gunung yang paling banyak mengorbankan nyawa. Berdasarkan catatan, sejak pertama kali ia dibuka untuk pendakian umum pada tahun 1950, seramai 53 pendaki telah tewas untuk ke puncaknya.


Dari atas aku nampak Zek & Soki. Yang lain tak nampak kelibat langsung, batang hidong pun tak nampak! Sakan bergambar agaknya. hehee


The first time i saw you, my heart whispered 'That's the one'! 
Between Annapurna & Rhododendron, I will choose you! 


Only you....


Trekking ke Poon Hill boleh dilakukan sepanjang tahun tetapi tidak dicadangkan pada musim monsun iaitu pada bulan July dan August.



Bergambar bersama 'Tony Stark'! hehee


Iron Man ni orang kuat Mapim! hahaa





Malaysia dihatiku!


Hello, I'm a thief, and I'm here to steal your heart. hahaa




Happy dance! hahaa


Demi tidak menghampakan permintaan ramai, bila fans ajak selfie, kita layankan ajer! hehehh :p


Poonhill 3210m ni sikit lagi nak sama tinggi dengan Gunung Rinjani! hahaa


Annapurna yang dalam bahasa Sanskrit bererti ‘Goddess of the Harvests’


Major Tek Bahadur Pun, is the founder of Poon Hill.



Stylo la Manish!


Acah-acah Hikers since 2012


You jump, I jump!


Lompat tak ingat sampai berlaga lutut! hahaaa



Alhamdulillah, we did it 'Acah-acah Hikers'!


Coming together is a beginning; keeping together is progress; working together is success. 

Edward Everett Hale




Will you marry me?


 Muka terpaksa diblurrr sebab lamaran ditolak! ekekeeee


Semangat tu Roja tengah amik gambo shuben ke? hehee




Bila aku ajak fans bergambo! hahaa.. :p


In our world, we would always find a person, a perfect stranger, 
who would give much interest to us at first sight, 
even before words were spoken. Is it you?




Calon natu mok aok.. Ehhh


"Awak orang mana?"
 "Perak" 
"Tak nampak macam orang Perak pun"
 "Habistu macam orang apa?" 
"Macam orang rumah saya" 

 ~ Chia chia chia ~


For a better & greater Negaraku, Malaysia!


Setelah puas menikmati pemandangan, kami beransur meninggalkan puncak Poon Hill untuk turun semula ke guest house kami di Ghorepani. Perjalanan turun agak santai berbanding semasa kami naik pada awal paginya. 




Roses are red violets are blue, I can’t rhyme but can I date you?




Close up bunga Rhododendron!


"You can cut all the flowers but you cannot keep the Spring from coming." 

-Pablo Neruda-


Where flowers bloom so does hope.




Nature does not hurry, yet everything is accomplished.

Lao Tzu




Puncak Annapurna pertama kali ditakluki pada tahun 1950 oleh sebuah ekspedisi Perancis yang dipimpin oleh Maucie Herzog dan Louis Lachenal.


white snow capped peaks


Memang syahdu betol layan view kat sini!

tangga kejam! hahaa




A true friend is someone who is always there during the ups and downs! 

Thnaks buddies!




On the way turun dari Poon Hill tu banyak betul godaan view. Pagi tadi masa naik mana nak nampak, gelap jer. Dah siang ni, barulah nampak, memang cantik sungguh pemandangan sepanjang turun dari Poon Hill ni. Rasa macam nak berhenti kat semua tempat, stop, layan view & ambil gambar. 


Steep stone stairs on the way to Poonhill



Untuk segenap cinta yang tak terungkap dan rindu tak terucap! 
Kerna dinginnya kamu jangan tanya kenapa aku beku!



Sit quietly, doing nothing, spring comes, and the grass grows by itself.
—Zen saying


Spring: a lovely reminder of how beautiful change can truly be.



Cantik giler pemandangan kat sini! Dah macam kat Switzerland! hahahh.. Boleh la acah-acah kat Europe pula!


Ni macam kat Korea pulak!


Ni orang ke orang-orang?? hahaaa


Serenity!
Wak & Fizue


Thank you. Till we meet again Poon Hill!


Bubye!


Ticket Counter



Breakfast sambil layan view! Memang terboekk!






Sweetnyer gambar ni! Tapi jangan kunyit sudah ye Fizue & Rafi? hahaaaaa 

Acah-acah kacak! :p


Walking The Himalaya inspired by Levison Wood!

I'm the king of the world! hahaa


Puncak salju Himalaya!



In a Nutshell, Poonhill, I heart you! 

With love, Nadz



Kami turun semula ke guesthouse dan meneruskan perjalanan ke Tadapani.



To be continued.......





Previous entry :



















































Comments

  1. kalo nak buat trip Ke Poonhill saja (bukan ABC) trekking pi balik brp hari? cuti pyh nak boleh lama2. ABC next trip pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga dalam 4-5 hari je pergi balik jalan santai2.

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS