Gunung Tebu



Assalamualaikum




3-5/5/2018

Khamis - Sabtu 




Ekspedisi Santai pendakian ke Gunung Tebu aka Sugarcane Mountain, selama 2 hari 2 malam ni disertai seramai 30 orang termasuk 5 orang krew. Ekspedisi ni dianjurkan oleh Farid Amri & team dari kelab United Mountaineer.


Disebabkan line up trip kali ni aku dan Aishah dari Kelantan, kami telah bertolak ke Besut lebih awal iaitu pada hari Khamis lepas habis kerja pada pukul 5.00 petang. Yang lain semua tak pasti lagi dari mana.


Khamis - 3/5/2018, 7.00 pm

Dalam pukul 7.00 petang kami sampai di Hutan Lipur Lata Belatan. Yang ada masa tu Farid, Mior dan Syasya tengah memasak. Kami berkenalan seketika dan kemudian aku & Ecah bersiap untuk solat maghrib di surau berhampiran.


Lepas tu aktiviti santai je sambil tunggu peserta yang lain sampai. Dalam pukul 10 lebih peserta dari (Universiti Malaysia Kelantan) UMK pun sampai. Dorang semua ni student. Pendakian ke gunung tebu ni sebenarnya assingment dorang! Ni hakak dah tolong buat hiking log untuk assingmnet korang! Nak kopipes mohon izin dulu ye! hahaa


Dinner is ready! Menu simple jer malam ni. Nasi, sayur dan telur dadar. Ada salad roll special yang dibuat oleh Farid. Nice juga untuk orang yang nak diet!


Lepas makan, ada sesi ice breaking kejap & briefing dari Farid untuk pendakian esok. Berkenalan dengan adik-adik dari UMK dan krew-krew untuk ekspedisi ni iaitu Abe Mio, Mirul, Wani dan Syasya yang diketuai oleh Farid. 

Aku & Ecah kalau acah-acah student pun tak sape perasan an ann! Muka baby face katekan! hahaaaa :p Ada juga sorang photoghrapher nama Mizan. Tq bagi gambar yang cantik & awesome dari kamera DSLR!


Lepas briefing, dalam pukul 1.00 pagi semua pun dah boleh tidur kat hammock ataupun kat ground yang telah dibentang tu. Tapi krew-krew semua tak tidur sebab nak siapkan breakfast untuk kami esok pagi. Waaa, memang salute la kat dorang! Lepas tu datang lagi satu group student juga, dari ADTEC. Tak sempat pun nak berkenalan sebab semua dah tidur masa tu! hahaa


Jumaat - 4/5/2018, 8.00 am

Mereka yang ingin mendaki Gunung Tebu perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari Pejabat Hutan Negeri Terengganu dan melaporkan diri di balai polis terdekat sebelum memulakan pendakian. Pendakian akan bermula di Hutan Lipur Lata Belatan dan bayaran masuk sebanyak RM5 akan dikenakan di pintu masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas. Tapi ni semua pihak penganjur dah uruskan.


Pagi tu, menu breakfast nasi lemak. Lepas tu boleh la siap berkemas dan kami bahagikan ration untuk sorang sikit bawa ke puncak. Kemudian ada sesi warm up dulu, kasi panaskan dulu otot-otot dan juga bacaan doa sebelum start mendaki.


Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian 1,039 meter (3,408 kaki). Ia terletak di Hutan Simpan Gunung Tebu dalam daerah Besut di negeri Terengganu. Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.


So, are you ready gais?? 

Gunung Tebu kami datang! hehee



First, lemme take a selfie!


Pelbagai kemudahan asas disediakan disini seperti gerai, tapak perkhemahan, surau dan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 


Perjalanan bermula dari pondok Jabatan hutan dan melintasi sebuah jambatan gantung.


Tempat menarik sepanjang mendaki ke puncak Gunung Tebu adalah Hutan Lipur Lata Belatan, Batu Mat Hasan, Jendela Pandang, Batu Mahkamah, Batu Pelana Kuda, dan Batu Madrasah. 


Semua teruja nak start mendaki!


Pendakian Gunung Tebu bermula pada jam 8.30 pagi dari starting point air terjun Lata Belatan. Trek pendakian ialah sejauh 7.088 km dari starting point ke puncak Gunung Tebu. Dari permulaan trek semua pendaki akan melalui laluan air terjun yang sejuk dan cantik. 


Keadaan sungai yang berbatu besar serta berpasir halus adalah sangat bersih dan mempunyai air yang berwarna hijau seperti air tebu. Macam sedap jer air tu! hahaa


Di kaki Gunung Tebu ini terletak Hutan Lipur Lata Belantan yang merupakan tempat perkelahan yang popular dikalangan penduduk setempat dan para pelancong. Memang jernih betul air kat sini!


Throwback :

Lata Belatan, Besut Ganu!



Sungguh indah permandangan air terjun dengan bunyi deruan air yang begitu mengasyikkan.


Kat sini trek ok lagi, mendatar boleh jalan santai-santai sambil sepak daun!


Check point pertama ialah Sungai Chakah 2. Trek dari permulaan agak landai dan sedikit meninggi. 


Air yang tenang, jernih dan sejuk! Syok kalau dapat terjun tiruk kat sini woi! hahaa


Kat sini dah start trek mencanak!


6000 meter lagi nak sampai puncak! Bertabahlah anak muda! hahaa



Rehat dulu 10 minit kat sini! Dah start pewai dah weh! 


Air kemenangan '100 plus' yang tak sempat sampai kat puncak dah habis masa separuh jalan! hahaa. Haus punya pasal!


Dari check point satu, perjalanan diterukan sehingga ke check point ke 2 yang dikenali sebagai Batu Mat Hassan. Dari permulaan hingga ke check point Batu Mat Hassan peserta telah mendaki sejauh 4.106 Km. Nak sampai kat sini pun dah rasa penyeksaan dia! hahaa

Ada pula student UMK yang dah injurt kaki. Tapi Farid suruh juga dia naik sampai ke atas! Naik slow-slow jer. Kata pun trip santai kan. Takkan nak patah balik pula! Dah jauh ni perjalanan lebih kurang 3 jam!


Bermula dari check point Batu Mat Hassan, trek pendakian mula mencanak tinggi dengan kecerunan 70 hingga 80 darjah ketinggian dan betul-betul menguji ketahanan mental dan fizikal pendaki. 


Terdapat banyak flora dan fauna di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.


Lepak berhenti untuk solat dan makan tengahari dulu kat sini.


Sampai di tempat mengambil air (punca air), kena turun bawah 120 meter. Rasa macam curam giler nak turun ambil air untuk minum! Dah sampai kat sungai tu memang best! Air gunung kan, memang sejuk dan segar! Tapi kena hati-hati sebab batu sungai tu licin dengan lumut. Aku pun hampir tergolek! kah3

Tapi, nak naik balik pulak satu kerja! Bersepai nak daki balik dengan kecuraman trek hampir lutut bertemu dagu dengan tangan sebelah pegang water bag & sebelah pegang botol air! Assudahhh... hahaa



Kat sini dah start trek yang mengerah keringat! Memang bersepai sedara! Teringat pula macam kat bukit taubat! Memang taubat la aku takkan repeat naik gunung tebu nih! hahahh


Pendakian diteruskan sehingga ke check point ke 3 yang dikenali sebagai Jendela Pandang. Kat sini boleh la menikmati pemandangan Gunung Tebu. Sebab keseluruhan kawasan gunung ni dikelililngi hutan yang tebal. So ni je view yang ada kat Jendela Pandang.




Mental agak down sebab selalu rehat dan dah mula fikir penat. Makin hampir kami nak sampai ke puncak, makin susah jalan trek yang kena redah. Jalan dia mencanak dan tenaga dah hampir habis tapi ku gagahkan jua. Hehehe. Adik-adik ni pun masih steady! 


Sampai di kawasan lapang atau mana-mana tempat yang boleh berhenti, kami rehat dan cas semula tenaga sambil menikmati kehijauan tumbuhan di sekeliling dan angin sejuk. Tenang dan nyaman berada disini, walaupun berada di tengah hutan ditemani bunyi cengkerik! 

krik krik krik


Lagi 1500m nak sampai! Tapi macam tak sampai-sampai! Adehhh...


Perjalanan masa ni lebih mencabar kerana struktur gunung yang semakin curam! Seksa betul rasa pewai namatey! Mental koyak sebab beg berat! hahaa.. 


Padahal aku tak de la bawa apa sangat! Tapi dah macam almari kan sebab beg tu memang dah besar & menggelebeh skit! hahaaa.. Beg aku yang lain sume ade kat KL, ni jer yang ada. Ni pun beg pinjam member masa p backpack haritu! Jahanam pula bawa masuk hutan! kah3

 Last-last, gogo Mirul tolong bawa beg aku! Tengok aku dah bersepai giler! hahaa.. Lepas tu abe Mio pula bawa sampai ke kemsite! Thanks uolls! Rasa terharu pula! hehee


Sikit lagi Ecah! kemon! hahaa


Tahniah, sampai sudah!


Finally, tercapai juga hajat nak naik Gunung Tebu yang setinggi 7088 meter iaitu bersamaan 3041 kaki dari aras laut. Fuhhhh!



Akhirnya semua peserta berjaya sampai ke puncak Gunung Tebu pada jam 6.00 petang iaitu kira-kira 10 jam pendakian. Bagi aku, Gunung Tebu ni bukan biasa-biasa! Macam naik Gunung Nuang & CBL susahnya! Lagi sebab bawa load! Saia ta kuadddd awaaa! hahaaa


Kepenatan setelah mengerah kudrat bagaikan hilang apabila tiba di puncak! Suasana sejuk dan berkabus selain tumbuhan renek seakan bonsai menggamit memori semua pendaki!

Yeah, we did it!


Cian adik ni, penat terok! hahaa

Aloloo comeinya dik Syasa! hehee


Puncak gunung Tebu checked! Tapi tak de pula pokok tebu kat sini! hahaa.. Dulu katanya kat puncak ni memang banyak tebu, tapi sekarang dah tak de! Baru ingat nak minum air tebu kat atas ni bagi meraikan kejayaan kami. hehee


With abam gogo Mirul aka sweeper yang setia menemani kami yang pewai nih! hahaaa


 Selepas bergambar kenang-kenangan di singboard gunung tebu, kami pergi ke puncak yang lain bagi melihat batu bersurat dan batu silat. Ia juga dikenali sebagai tempat pesilat-pesilat untuk bertapa.



Batu bersurat


Penyeksaan belum berakhir nampaknya! Nak ke kem site kena trekking dalam setengah jam lagi! Trek dia menurun jer. Adehhhh, lutut dah goyang nih! hahaaa


Terus turun je lagi sehingga berjumpa dengan satu batu tongkol yang sangat besar. Batu tersebut seperti bola yang telah dikerat dua. Dari batu tersebut jarak tapak perkhemahan hanya 300 meter sahaja. So kami naik kat atas batu ni kejap!


Jika cuaca yang cerah dan awan yang kurang, kami akan dapat melihat dua pulau yang terkenal di Negeri Terengganu iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian dari puncak Gunung Tebu ni. Tapi kabus tebal pula! tak nampak view.


Dab pose!


Lepas solat dan makan malam, kami pun nak tido. Malam tu, angin kuat giler kat puncak ni! Memang sejuk mencengkam sampai ke tulang! Aku nak tido tapi tak boleh tido! So dok pusing kiri, pusing kanan kat dalam hammock! Dah selubung dengan tuala, kain batik pon masih lagi sejuk! Tapi pejam je la mata sampai siang!


Good morning! Ni la banglo tempat kami berteduh malam tadi! hahaa


Sabtu - 5/5/2018, 8.00 am

Pagi tu, lepas solat subuh, kami just relaks2 jer kat kawasan kem.


Pagi yang mendamaikan di Puncak Gunung Tebu!


Sumber air ada di puncak gunung Tebu tapi jauh sikit ada sungai kecik. So sape yang nak pergi mandi tu kena la trekking dalam setengah jam kot! Tapi memang sejuk giler kat atas puncak ni. Mandi lap-lap jer! hahaaa



Waaa best gler Abu ni tido sorang-sorang kat sini! Sebab dia sorang jer peserta lelaki dari UMK! Yang lain semua gadis-gadis! hahaa




Yang lain pergi layan sunrise kat tempat view!

Flying kick 1 kali! Dushhhh... Nice shot!


Krew-krew tengah masak breakfast! Aku pun tolong la sikit-sikit apa yang boleh.


Menu pagi tu breakfast selera patta timo makan pulut ikan masin, bubur pulut hitam dan air milo! Tq krew-krew yang bertungkus lumus masak untuk kami!


Masa untuk mengemas kemsite!


Warming up dulu sebelum bergerak turun ke bawah semula!



Pagi ni baru la nampak pemandangan kat sini.


Group photo dulu.


Baby, model wannabe!


Permandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat kat belakang tu!



Gayat juga nak naik batu yang besar ni sebab dia curam!


Semalam berkabus tak nampak view! Cuaca baik harini dan cerah! 



Turun semula kat kawasan signboard untuk ke taman bonzai.


Nak ke taman bonzai, boleh tahan penat juga trek dia naik turun. Aishah tak ikut sebab kaki dia krem. Dalam setengah jam juga kena trekking nak ke sini! hahaa



Mata terpaku melihat keindahan hutan bonzai di puncak gunung ni. Teringat pengalaman semasa di CBL pon ada taman bonzai macam ni.


Throwback :









Cantik kan pokok bonzai kat sini! Rasa macam kat dalam hutan 'Lord of the Rings'! hahaa


With students dari UMK & Adtec


Into the woods!



Tq abe Mio bawa kami kat sini! Farid pula dah turun dulu sebab nak setting hammock kat bawah tu.

Adik manis, Wani


Dah trekking kat bawah sampai kat punca air, ada hammock yang cantik nih! Teruja bak ang!


Hammock partayyy!




Tq Farid tolong pasang hammock nih! Kagum gila macam mana dia pasang semua ni sorang-sorang! Aku nak naik ke tingkat 3 hammock ni pun dah gayat terok! Sebabnya hammock ni bergoyang-goyang! hahaa


Perjalanan sejauh 14.2 Km pergi dan balik untuk menakluk puncak Gunung Tebu amat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta. Kami selamat keluar dan sampai di tapak perkhemahan di bawah semula lebih kurang pukul 6 petang! 

Memang pakej betul dengan hujan lebat masa turun gunung, kena gigit pacat & lintah! Fuhhh, macam tumpah darah dah tangan aku kena gigit lintah! hahaaa.. Penangan lintah ni memang dahsyat juga! Tangan bengkak dua minggu & berparut. Agak-agak hantaran berkurang tak awaaa?? hahaa..  Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan!



In a nutshell, perasaan yang amat bangga melihat ketabahan dan semangat semua peserta, terutama sekali adik-adik dari UMK yang baru pertama kali mendaki gunung!  TAHNIAH semua! Terima kasih kepada penganjur program, Farid, Mirul & semua krew yang banyak membantu kami!


See ya in a next trip! 















Comments

  1. terkenang kisah 14 tahun nan lalu naik gunung tebu...

    ReplyDelete
  2. terima kasih penulis. teringat hiking gunung tebu tahun 1999 dulu. malam dilanda ribut. view redang & perhentian amat-amatlah cantik.

    ReplyDelete
  3. Kalau ikut strava perjlnan pegi balik 22km. Terbaru pegi bulan lepas. Naik gunung sana tak bermlm pun. Cukup menguji. Sesuai utk pendaki yg mahu buat latihan ke gunung kinabalu dsbg.nya.�

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh thanks for info.. Maknanya lagi jauh la jarak dia dari jangkaan saya.. hehee

      Delete
  4. wow best nyerr... mcm mana nk join ni

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. pacat ada lintah pun ada. Sbb musim hujan.. Trauma sis kena gigit lintah! hahaa

      Delete
  6. Assalamualaikum kak,mintak izin buat rujukan ya :)

    ReplyDelete
  7. Dah naik tu tolong bwk keluar sgala apa yg di bawa masuk. Penat tau nk kutip semua botol2 air yg ditggalkn lepas minum smsa dlm perjalanan. Cintai kebersihan alam dan hutan kita. Baru bulan lepas Kami bersihkn,hrp hr kedepan masing2 jaga sama2.

    ReplyDelete
  8. Takde buat trip lagi ke? Nak join...

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah