Posts

Showing posts from June, 2018

ABC Trip part 11 : Pewai layan tangga di Chomrong!

Image
Assalamualaikum 28 Mac 2018 (Rabu)  Hari Kelapan Trekking  Lower Sinuwa – Upper Sinuwa - Chomrong - Jhinudanda - Jhinu - New Bridge –Kyumi 9.00 am - 4.00 pm 'You rocked my world' Hari kelapan trekking, tenaga pun dah semakin berkurang! Kami meninggalkan Sinuwa pada pukul 9.00 pagi. Kami perlu melalui sehari lagi yang penuh penyiksaan! Kami perlu mendaki pula tangga di Chomrong yang menjadi igauan sehingga goyang lutut semasa kami turun tempoh hari!  Fuhhh.. Bukan setakat cedera hati dan mental koyak, kasut pon koyak juga! Kasut koyak boleh ditampal, tapi kalau hati yang koyak macam mana??  uhukkk Topi kami sama! Bukan buy one free one ye! hahaaa Masa otw balik ni baru la jumpa ramai rakyat Malaysia sepanjang jalan! Teruja la jumpa sek-sek kito kat Nepal nih! hehee.. Sempat la bertegur sapa dan wish gud luck kat dorang yang sedang berjuang menuju ke ABC! Jambatan gantung! Abe Qi steady ye!