ABC Trip Part 6 : Terbang ke Sinuwa


Assalamualaikum



24 Mac 2018 (Sabtu) 

Hari Keempat Trekking 

Tadapani – Chuile - Chomrong (checkpoint) -Lower Sinuwa


10.00 am - 5.00 pm


Fly high to ABC & touch the sky with tongkat sakti! yuhuuuuu


Harini kami start trekking pada pukul 10.00 pagi. Dari Tadapani 2680M nak ke ke Sinuwa 2300M, kami perlu melalui jalan yang menurun hampir 300 meter. 


Pagi yang mendamaikan di Tadapani. Pepagi lagi dorang ni dah lepak kat luar layan sunrise. Aku tak tahan kat sejuk kat luar ni. Nak kemas-kemas beg dulu lepas tu baru aku keluar.


Seperti biasa lepas sarapan, bersiap untuk meneruskan perjalanan ke Sinuwa pada pagi ini. 


Cantiknya view snowcapped mountains depan bilik nih! 


Rhododendron, bunga kebangsaan Nepal!

Cover macho ke tuh bro?? :p


Because dating at shopping mall is too mainstream, so we decided to walking the Himalaya! Baru la adventurous together kan... hahaaa :p

Gunung ais


Awaa ni ais ke?? 
Sebab aisee my future with you.... 


ok pickupline hambar.. hahaa



Posing depan teahouse sebelum mulakan perjalanan.


Porter & guide tido kat dalam khemah ni malam semalam. Fuhhh mesti sejuk giler nak mati! Kami yang duduk dalam bilik pon dok selubung dalam selimut masih terasa bergetar sampai ke tulang sebab sejuk! hahaa


Cuaca agak terang, dan sinaran matahari memang diperlukan saat ini selepas hampir 3 hari kami diselimuti dengan kesejukkan yang amat sangat sampai kami hampir-hampir demam. Alhamdullilah masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk kami meneruskan perjalanan hari ni.



This way menuju ke hati awaaa.... ehh ke Chomrong!


Untuk perjalanan pagi ini gambar-gambar banyak dirakam oleh Kekmi menggunakan telefon paling canggih diabad ini iaitu Samsung dan juga Iphone gogo. Nice juga kalau ada personal photoghrapher nih tak payah susah-susah aku nak suh amikkan gambar! Thanks Fizue! hahaaa... 

So aku & Kekmi posing je la kan! Kamera Lumix aku tak guna pon untuk hari ni! Sebab nak jimat bateri. hehee.. Tapi sampai ke sudah masih tak dapat lagi gambar dari Iphone gogo tu... Tak pe lah u simpan je la sampai berabuk gambar-gambar tuh!  blerghhhh...




Are you a camera?
Because every time I look at you, I smile... 

Chiaa chia



Di Nepal, orang-orang memanggil Porter dengan panggilan etnik 'Sherpa'. Khabarnya mereka mememiliki kemampuan membawa barang paling efisien di dunia. Seorang Porter mampu mengangkat barang yang hampir seberat dirinya. Kekuatan yang sungguh luar biasa!


Mereka membawa barang-barang pendaki sejauh beratus kilometer dan berminggu-minggu. Kita biasa membawa barang menggunakan beg mahal dengan gaya terkini sedangkan kebanyakan dari mereka menggunakan selendang untuk membungkus barang lalu di tumpu di kepala dan belakang mereka sebagai sandaran. 

Untuk trip ni, porter pakai beg kami sendiri untuk angkat barang. Aku cuba membawa barang bawaan mereka dan tidak perlu dijelaskan lagi beratnya! Jasa mereka biasanya di hargai dengan harga 15 - 20 USD sehari. Dah habis trip ni memang aku kasi tips banyak sikit sebagai tanda terima kasih kat mereka yang banyak membantu kami sepanjang perjalanan! Jasamu dikenang!



Lepas 2 jam berjalan layan trek hutan tadi, kami tiba di Chuile. Kat sini view gunung ganang dia memang mengancam! So kami berehat kat sini dalam setengah jam juga sambil posing sakan. Ada la juga modal untuk dimuat naik ke dalam medial sosial seperti Instagram! hahaa


Photographer in position! 

Ok korang lompat kene sama jer suma.. Baru la jadi gambar acah-acah terbang! 

Bebelan abam gogo.


Ready to flyyyyyy.....


Abe Rapi tertinggal kapal nih! Tak terbang! hahaaa


Watchaaaaa!

Tendangan maut kat abam gogo! Don't say, that I did not say, that I did not warn you.  I'll kick you down bro! hahaaaaah

Lompat tak cukup tinggi lagi tu Wak! 

Sherpa Zek on action! hahaa


Jauh termenung, awaa tenung apa tu?
Masa depan kita... hahaa


Dab pose!

Cik Pujah!


Lompatan kegumbiraan dari Kekmi & Roja sebelum kemurungan jap lagi melayan ribuan tangga kat Chomrong! hahaa 

Fly to the moon!

Selfie with Kekmi






Sawah padi atas gunung bak ang!


Banyak-banyak hero, hero apa yang selalu tersangkut??

Entah, siapa? Awaa tersangkut kat saia ke??


Bukanlah, Tony Stuck la.. Iron Man tu.. :p


Ok hambar lagi... hahaaa







Bagi laluan kat keldai nak lalu




Harini adalah hari yang paling best sebab cross banyak jambatan gantung. Macam dalam cerita Everest tu. Tapi ini kat Annapurna trail. 


Teruja cross jambatan!


Awaa saia nak pinjam jam..
Jam apa?
Jambatan ke hati awaa... Cia cia cia





Bersepai naik tangga sedara! hahaa



Anak-anak Nepal



Chhomrong ada kat sebalik gunung sane. Perghhhh!


Lepak dulu kat sini untuk makan tengahari


Yang ni dorang bagi free jer. Sebab aku tanya momo tu nate gapo? hahaa.. Kang kalau order semua tak lalu nak makan pula. Membazir.

Try momo sayur. Momo daging @ ayam tak berani makan sebab tak halal. Rasa macam aneh sikit, dia macam ala-ala dimsum. Cicah dengan sos ape tah tu.. Tapi macam tak de rasa sangat. 


Tengok porter ni makan memang semangat betul! Sepinggan memang penuh betul nasi. Kalau kami sepinggan tu boleh share 2-3 orang, sebab memang banyak giler! Tu pun dorang makan siap tambah sepinggan lagi. Memang padan la dengan tenaga yang dorang kerah untuk angkat barang-barang yang berat tuh!


Kami makan simple-simple je. Rasa macam tak lalu dah. hehee


Lunch kat guest house :

Gurung bread with honey : 280
Hot chocolate : 100

Total : 380 NPR / RM15


Sedap madu dia! 


Kagum macam mana dorang boleh tinggal kat kawasan pergunungan camni. Dok laa borak dengan yang lain, macam mana laa kalau dorg ni nak balik kampung time raya. Boleh bergadoh! hahaa sebab kene trekking berjam-jam untuk sampai ke rumah. Kalau nak ajak orang datang beraya pun jenuh wehh. Boleh bertumbuk. tak kelakar weh! hahaa


Pewai ke tu Abi? hehee.. Nasib bek ada abam Wak teman!





Kat sini kami perlu menuruni lereng bukit dan melalui ladang-ladang penduduk kampung yang menanam kobis, kobis bunga dan bermacam lagi jenis sayuran. 


From mountain to another mountain! Fuhhh



Another jambatan gantung!






Perjalanan hari memang ini tidak terlalu stress berbanding hari-hari lepas… memang santai habis, sebab banyak menurun. So boleh layan view dan bergurau senda sambil berjalan..


 Pekan Chomrong boleh dikatakan pekan termaju di kawasan pergunungan itu di mana terdapat sekolah, rumah tumpangan, kedai-kedai cenderahati dan juga akses Internet.


Laluan pada hari ni, kami akan menempuh lagi ribuan anak tangga secara menurun di Chomrong. Goyang lutut woi! Sepanjang perjalanan, kami dapat menyaksikan dengan lebih dekat kehidupan seharian penduduk kampung di sini. 


Chomrong ni agak besar tempat dia. Banyak guest house. Kawasan lereng tepi bukit cenggini.


Tangga turun dari Chomrong... see u again in a next 3 days! Hazabbb nak naik balik weh! Ready mental la nanti ye!



ABC, I'm coming!



Ni la Kuba Guling! hehee






Jambatan lagi!





Dalam perjalanan terserempak dengan penduduk tempatan tengah nak susun batu untuk dijadikan tangga! Memang kagum sungguh dengan dorang ni angkut batu yang besar dan berat dari bawah untuk naik sampai kat atas ni. 

Lepas tu batu tu dorang akan pecahkan jadi keping-keping dan diratakan untuk disusun jadi tangga macam ni! Memang respect betul dengan dorang! Bayangkan ribuan anak tangga disusun bagi memudahkan pendakian! Memang kegigihan yang tak dapat disangkal! 



Lepas tu dorang bagi kami rasmikan batu yang dah siap dipotong dan disusun! Happy jer tengok dorang nih sebab walaupun kerja dorang sangat susah tapi macam tu la kehidupan dorang kat sini. Bila nampak pendaki dorang akan tegur dan beramah mesra. 

Kalau fikir hidup kita ni susah, kehidupan mereka kat sini jauh lebih susah! Insof pula kami! Jadi, bersyukur lah selalu.


Jarak perjalanan pada hari niadalah sejauh 16.7km. Kami tiba di Lower Sinuwa pada pukul 5.00 petang setelah 7 jam trekking. Kami menginap di Himal Guesthouse dan Restaurant yang berada di ketinggian 2300m.


Dalam banyak-banyak mee, mee apa yang manis??

Meekirkan mu... 

Lagi sekali hambar.. hahaa #pickupline#siscuba#mudahterhibur


Perbelanjaan kat guesthouse :

Bilik hotel : 530/3 = 176
Hot shower : 200
Charging power bank : 200
Isi air minum dalam botol : 220 

Total : 796 npr


Hot shower kat Upper Sinuwa Guesthouse ni agak mahal compare dengan yang sebelum ni, NPR200. Ini memang standard, lagi tinggi lagi mahal lah semua kos perbelanjaan kat sini. Semua perlu dibayar seperti charging telefon/power bank/kamera, wifi, air minum untuk diisi di dalam botol dan sebagainya.


Lepas ni kebarangkalian tak mandi dah kat Deurali & ABC agak tinggi, so, mandilah puas-puas kat sini. Actually, kami akan balik ke sini juga selepas 2 hari so guide dah minta kami tinggalkan benda-benda yang tak berapa nak guna untuk perjalanan 2 hari yang berikutnya. Especially makanan yang berdaging macam serunding ke ape ke. Bekalan Sharipah yang kami bawa tu tinggal je kat sini.


Tu khas untuk peminat liverfool! hahaa.. Kemon la menentang Real Madrid kot! Salam 3-1 ye! :p


Dinner kami order benda yang sama je sampai dah tak tahu & tak lalu nak makan apa. Macam biasa sebagai langkah penjimatan, sepinggan nasi boleh share dengan 2-3 orang.


Dinner :

Hot water : 50

Plain rice : 300/2
Potato soup : 300/2
Vege Omellete : 240/2

Total : 470 npr



Wifi kat sini 200 NPR. Tapi bila Aswin dapat je password, so sharing2 la! hahaaa.. Kata bloodbrother kan! Demi free wifi terus mengaku kito sedara demo nih! kah3


Malam tu, lepas dinner & briefing terus masuk tidur. Esok akan ke Deurali. Another long journey to go. Hari yang paling tough esok!


Breakfast esok pagi :

Hot water : 50

Toast with jam : 280

Total : 330





Total lost day 4 trekking : 

Lunch : 380

Guesthouse : 796
Dinner : 470
Breakfast : 330

Total lost : 1970 npr / RM 76








Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS