Posts

Showing posts from July, 2018

Memburu sunrise di Bukit Panau!

Image
Assalamualaikum Bukit Panau adalah salah satu tempat tarikan bagi pengunjung yang inginkan panorama pemadangan indah dari puncaknya.  Misi mengejar matahari terbit di Bukit Panau on!  Trying to kiss the sun! Kami bergerak dari Kota Bharu lebih kurang pukul 5.00 pagi. Sejam juga perjalanan nak sampai ke sini. Bukit panau terletak 20 km daripada Bandar Tanah Merah. Kedudukannya yang berada di tengah yang menghubungkan Jajahan Tanah Merah dengan Jajahan Pasir Mas memberikan kemudahan bagi mereka yang ingin mengunjunginya.      Lepas solat subuh di masjid berdekatan, kami start hiking lebih kurang pukul 7.00 pagi. Trek dia melalui jalan tar.  Jalan tar ni dibuat oleh syarikat telekomunikasi untuk ke puncak Bukit Panau. Mungkin untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan di menara pencawang kat atas bukit ni. Gapo dio Fiq tu pewai bersepai! hahaa Walaupun trek dia jalan tar jer, tapi pacak dia boleh tahan curam! Semput juga nak nai