Javatrip Part 3 : Mahameru Part 1


Assalamualaikum



8 September 2018, Sabtu, 8.00 am

Ranupani - Ranu Kumbolo (5jam)

Hari ni kami akan start hiking ke Gunung Semeru! Yeayyy... *Excited

Adrenaline mengalir dengan kencang! :p


Cintaku tertinggal di Ranu Kumbolo
Malaysia & Indonesia bergabung! Meletops uolls

Mahameru, kau tunggu kami datang!

Ready Angkat sauh!

Depan homestay kami


Sebelum gerak, makan dulu. Enak banget breakfast kami yang disediakan oleh ibu! Nasi, kuah ayam, tempe goreng. Paling terangkat, pecal dengan kuah kacang memang thorbaekk!


Perjalanan menuju ke pintu masuk Gunung Semeru mengambil masa lebih kurang sejam dari homestay kami yang terletak di Kampung Tumpang.



Semakin jauh perjalanan menuju ke atas akan melalui kawasan dipenuhi dengan ladang-ladang sayur milik penduduk tempatan yang cukup indah seluas saujana memandang. Di lereng-lereng bukit turut kelihatan hutan Pine tree di kiri dan kanan cukup indah dan mempesonakan! 


Cantik betul pemandangan lembah gunung sepanjang perjalanan!


Abi, Lan, Fuzah, Nadz


Dengan Mas Irvan, guide kami yang sangat penyabar orangnya! hahaaa.. Dan sahabat yang bawa mobil, Mas Anas yang memandu dengan sangat berhemah. Makasih banyak! 2 lagi pendaki dari Indonesia bergabung dengan team kami iaitu Mas Aji dan Mas Tio. Mereka dari Jakarta.

Nice to meet all of you guys!


Tasik Ranu Pani


Kami sampai ke Balai Besar Taman National Bromo Tengger Semeru di mana wajib para pendaki mendaftarkan diri sebelum memulakan pendakian.


Disebabkan kami pakai T-Shirt Malaysia, menjadi tumpuan ramai pula! hehee.. Mungkin nampak menyerlah dari team lain. Team lain semuanya dalam group yang besar dan ramai. Kami ada jumpa ramai juga team dari Malaysia. Sempat la bertegur sapa sebelum start mendaki.


Aku beli T-shirt ni online jer. Sempena bulan merdeka banyak seller keluarkan design T-Shirt Malaysia. Printing full sublimation harga RM70-80 sehelai. Bagi sehelai kat Mas Irvan as a souvenier! 


Are you a camera? 

Because, when i look at you, i cannot stop to smile! :) cia cia..


Masa ni, lama gila menunggu sementara Mas Irvan tengah register nama-nama pendaki. Agak bosan jugak nak dekat sejam lebih. Sampai dah tak tau nak posing ape dalam kamera. Tak start hiking lagi, gambar dah nak berpuluh2 keping snap! hahaa..


Agak strict juga protokol nak hiking kat sini, kena dengar briefing dulu dari renjer Semeru. Ramai juga yang datang briefing pagi tu. And most of them pendaki tempatan.

Briefing dalam Bahasa Indonesia, so kitaorang buat-buat faham je la mana yang tak paham tu! hahaa

Basically, briefing lebih kepada safety dan peringatan kepada para pendaki. Apa yang boleh… apa yang tak… Siapa yang bawa wet tissue kena tinggalkan kat bilik ni. Tak boleh bawa naik. Sebabnya masalah sampah la kat atas gunung tu.


Semua pendaki dikehendaki mengisi borang insurance, tapi insurance tu hanya cover sampai di Kalimati sahaja ok! Kalau berlaku kecelakaan semasa kat puncak, ermm pandai-pandai la... So before nak mendaki gunung ni, better la korang beli insurance travel & nyawa siap-siap! 


Cuak juga nak naik gunung berapi yang masih aktif kan! Bila-bila je boleh bergegar.. Baru-baru ni pun Lombok baru bergegar. So ramai yang beralih mendaki ke Gunung Semeru.


Syarat nak mendaki Gunung Semeru ni kena ada medical certificate yang menyatakan kita fit for outdoor/ physical activities. No need for full medical check-up. Buat yang basic jer. Kami buat kat klinik sini masa otw nak ke homestay. Senang dan lebih murah. IDR 15,000 lebih kurang RM4.

Selain itu, copy of passport juga diperlukan untuk trekking. Guide perlu register nama pendaki lebih awal sebulan secara online sebabnya, ada quota untuk masuk ke Taman Negara Semeru ni. Sehari dalam 600 orang pendaki sahaja. Kalau quota dah penuh, kena pilih date yang lain la.


Kalau korang nak beli souvenier barang-barang cenderahati Gunung Semeru, kat kedai ni jer yang ada. Macam keychain ke, fridge magnet, Semeru patch, t-shirt etc. Kitaorang confident je nak beli souvenier Semeru kat pekan kononnya. Sekali tak de langsung! hahaaa.. Masa sampai tu xde pon nak beli apa-apa sebab takut beg berat nak pikul naik gunung.

Dah pewai teruk masa turun gunung tu, tak kuasa dah nak shopping! hahahh.. Finally, nasib baik ada juga jumpa satu-satunya kedai outdoor yang ada juga jual T-Shirt Semeru kat bandar Surabaya!


Pusat Oleh-oleh Gunung Semeru


Aji, Nadz, Tio, Fuza, Abi & Lan


4 dari Malaysia dan 2 dari Indonesia dalam cubaan untuk menakluk Puncak Tertinggi di Pulau Jawa! Sahabat petualangan dengan muka ceria sebelum memulakan langkah untuk mendaki.

Mahameru kan ku seru namamu!



 Permulaan trekking akan melalui kawasan jalan di ladang-ladang sayur kehijauan yang cukup menyegarkan mata.


Jalur awal landai, menyusuri lereng bukit yang didominasi dengan lalang. Tidak ada tanda penunjuk arah jalan, tetapi terdapat tanda ukuran jarak pada setiap 100 m. Banyak terdapat pohon tumbang, dan ranting-ranting di atas kepala.


Disebabkan ni trip memang santai giler, kitaorang ambil personal porter. Tak gigih sangat nak bawa beg yang besar & berat! Kitaorang ni tak de la hikers kental pon! hahaa.. Personal porter ni untuk bawa baju kami & barang-barang hiking kami yang lain. Banyak bawa baju sejuk jer. Lebih kurang macam kat Annapurna dia punya sejuk beb! Angin kat basecamp dia kencang giler macam nak tercabut khemah! hahahh.. 

Kami share 1 porter 2 orang. Porter sehari IDR250k/day. Darab 3 hari then bahagi 2 orang, sorang bayar lebih kurang RM100++. So kami bawa beg kecik je. Lenggang mak jemah! Tu pon pewai namati juga! Kah kahh.. Memang respek la dekat semua pendaki yang bawa beg sendiri! Memang kental!



Permulaan pendakian ni aku gerak tak terlalu laju. Tapi aku akui mana-mana pendakian pun, memang enjin aku lambat panas sikit. Santai-santai jer.. Tak lari gunung dikejar! hahaa


Cuaca memang agak panas sebab kami start trekking lambat dalam pukul 10.00 pagi. Ni semua sebab masa kat pos register tu stuck tah kenapa lambat sangat. Semua pendaki pun start lewat. 

So Mas Irvan decided hari ni kami trekking sampai ke Ranu Kumbolo jer. Plan asal kami perlu mendaki sampai ke Kalimati hari first, tapi takut kami yang mati nanti! kah kahh.. Bersepai sampai malam pula nanti.

Sawitnyaaaa!


Hampir satu jam lebih juga nak sampai ke Pos 1 Semeru. Energy drink seperti Pocari Sweat & Isotonic ada dijual di setiap pos selain Mineral water. So, tak perlu risau sangat tak cukup air ke apa sebab supply boleh dikatakan ada kat setiap Pos Pendakian. Cuma perlu sediakan duit yang cukup saja. Standby siap-siap duit kat pocket seluar, senang nanti nak membeli. 


 Kami terus nampak Semangka (buah tembikai). Dengan cuaca panas terik, fuhh meleleh ayaq liuq! 


Bagi aku, harga semangka yang dijual berbaloi dengan kudrat orang yang nak angkut Semangka tu panjat Jalur pandakian Semeru. Berat weh sebiji tembikai tu dah berapa kilo! Semangka 1 slice berharga IDR 2500. Amik 2 potong bersamaan 5k. Lebih kurang 60 sen sepotong.


Signboard suda roboh!


Setelah berjalan sekitar 5 km menyusuri lereng bukit yang banyak ditumbuhi bunga edelweis,  kami sampai di Watu Rejeng. Pemandangan sangat indah ke arah lembah dan bukit-bukit, yang ditumbuhi hutan cemara dan pinus. Untuk menuju Ranu Kumbolo masih harus menempuh jarak sekitar 4,5 km.


Masih lagi ceria untuk meneruskan perjalanan.


Rehat lagi


Awaa saia nak jam!

Jam apa awaa? Suunto, Garmin, G-shock?

Jambatan ke hati awaa... Cia3

Dab pose!


Jambatan merah ni agak angker menurut cerita penduduk tempatan. Jadi elakkan untuk lalu pada waktu sore.



Semangka lagi! Enak banget!


Terdapat lebih kurang 3 pos yang perlu dilalui sebelum sampai ke Ranu Kumbolo. Menariknya di pos-pos tersebut terdapat peniaga kecil yang menjual kuih muih dan minuman panas. 

Kopi hitam & kuih muih yang cukup simple tapi rasanya cukup padu berharga 5000 rupiah yang dijual sepanjang trek menjadi peneman untuk melepaskan lelah sebentar setelah penat mendaki.

Pos 3



Ni Lan dah macam artis gunung gittew! Hot stuff idola gadis-gadis ibaratnya seperti Fedi Nuril aka Mas Genta! Ramai betul pendaki local yang teruja sakan bergambar dengan dia. Mesti sebab pakai t-shirt Malaysia! hahaa


Ni trek dia memang pacak skit! Terus aku teringat bukit penyesalan macam kat Gunung Rinjani! Pewai siot!


Teruja dah nampak puncak Mahameru di kejauhan! Lepas tu kawah dia meletus dan keluarkan asap setiap 15-20 minit sekali! Berkobar-kobar rasa! hehee



Lagi semangat untuk meneruskan pendakian setelah nampak tasik yang indah ni!



Jarak dari tempat permulaan tadi, Ranu Pani ke Danau Ranu Kumbolo sekitar 10 km dengan medan pendakian sedikit naik turun. Setiap pendaki yang akan menggapai Mahameru pasti melewati tempat ini, saat pergi ataupun pulang. 


Danau ini memiliki luas sekitar 15 hektar dengan ketinggian 2.390 meter di atas permukaan laut. 


Look deep into nature, and then you will understand everything better.


Pemandangan alam Ranu Kumbolo adalah contoh sempurna tempat yang begitu romantis. Tempat ini tak henti membuat aku kagum, mengucap syukur, dan menggariskan senyum di wajah!


Peak season mendaki Semeru selalunya pada bulan Ogos iaitu semasa Hari Kemerdekaan Indonesia, tanggal 17 Agustus. Memang quota selalu full bulan ni. Kalau nak musim yang cantik, boleh datang pada bulan APRIL hingga MEI, musim bunga Lavender sedang mekar di Oro-Oro Ombo.

Gunung Semeru akan tutup pada bulan Januari sehingga Mac sebab musim hujan. Trek akan jadi licin dan merbahaya kalau hike pada musim ni. 


Ohh ya... FYI Kami masuk Taman Negara ni 3 hari 2 malam iaitu hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Ada extra fee yang dikenakan hanya untuk hari Ahad je/weekend. Harganya IDR 310k/day/person. Isnin sampai Sabtu normal fee IDR 210k/day/person. So total IDR 730k bersamaan dengan RM200++.

Dah la weekend memang pack giler kat Ranu Kumbolo tu, dah macam Broga! hahaa.. Hari biasa lengang je.

That's why harga pakej untuk mendaki ke Semeru ni agak mahal skit berbanding gunung lain kat Indon ni. So kalau korang ambil pakej, make sure tanya siap-siap kalau murah tu maybe dia tak include entrance fee. So nanti korang kena tambah extra money.




Kedengaran 4-5 jam perjalanan itu jauh dan cukup membebankan untuk dilalui. Walaupun treknya tidak begitu pacak serta agak santai tapi masih memerlukan kudrat untuk mendaki.

 Tapi perjalanan yang dilalui tidak begitu terasa kerana di sepanjang perjalanan dibelanja pemandangan indah di kiri & kanan sepanjang pendakian. 


Tasik Ranu Kumbolo yang terletak di pertengahan jalan sememangnya memukau pandangan setiap pendaki membuatkan perjalanan menuju ke sini rasa sangat berbaloi.





Mas Irvan yang gagah! Sosoknya kecil tapi padu!




Lebih kurang pukul 3.30pm kami sampai di Ranu Kumbolo. Jam ni aku tak setting waktu Indonesia. Waktu kat sini awal sejam dari Malaysia. Kalau nak teruskan ke Kalimati memang jauh lagi & kami tak sempat berehat nak summit attack pula pagi tu. So first day memang santai giler! Tapi get ready la compress last day nanti! hahaa



Antara pantang larang di Ranu Kumbolo yang perlu dipatuhi ialah para pendaki dilarang membasuh tangan, air yang hendak diambil terlebih dahulu menggunakan botol atau baldi. Air tasik yang bersih ini boleh diisi terus untuk diminum seperti diberitahu oleh porter.


Santai tepi tasik! Walaupun cuaca terik tapi anginya sangat sejuk! Menggigil lepak tepi tasik ni ohoiii!




Porter memang dah provided sekali pakej untuk bawa barang-barang mendaki macam khemah, sleeping bag, karrimet & makanan sume. Layanan porter & guide kat sini memang A+++.. Lagi best dari Rinjani! 

Sebabnya dorang semua memang sangat baik! Terharu betul weh! Layan kami macam raja! hahaa.. Makanan, air minum, khemah, semua dorang prepare kan untuk kami!



Jemput makan!





Makan sambil menikmati view! Keren!


Tak sempat lapar, malam makan lagi! Menu nasi goreng pula. Semuanya dah siap terhidang dengan kopi panas! Tengokla presentation nasi dia macam makan kat gerai pula! Terbaek weh!

Kat gunung mana lagi yang ada service ini macam?? hehee


Disebabkan cuaca kat luar tu sejuk giler, kami makan kat dalam khemah ni! Syok juga khemah ni, luas & rasa warm sebab lapik dia! Mas Aji pon pewai bawa beg dia yang besar tu. Padanlah nak bawa pon berat! hehee


Eskimo mana ni sesat? hahaa... 

Sesat ke hati awaa mungkin! :p

Game on!

Milky way di Langit Kumbolo!

Nadz

In a Nutshell


Acah-acah hikarimoji light graffiti! Bese la hasil karya seorang amatur.. Tah hape-hape jadinya! hahaa


Di pagi hari, kami bisa lihat pemandangan matahari terbit di antara dua bukit yang mengelilingi Ranu Kumbolo. Sedangkan di malam hari, ada pemandangan gugusan bintang yang sinarnya sangat cantik. Setiap saat ada pemandangan yang memesona di Ranu Kumbolo.


Masyarakat setempat percaya air danau Ranu Kumbolo adalah air yang suci. Sampai saat ini air danau masih digunakan untuk ritual suci keagamaan masyarakat. Para pendaki dilarang untuk mandi, mencuci, hingga buang air di danau. Kegiatan di sekitar Ranu Kumbolo juga harus dilakukan dengan jarak 10 meter dari tepi danau.

Danau air tawar seluas 15 hektar dan tinggi 3.676 di atas permukaan laut ini memiliki keindahan yang mempesona mata. Airnya bersih Danau Ranu Kumbolo ini tergolong masih perawan. 


Sedikit misteri, ada mitos tentang ikan emas yang ada di danau Ranu Kumbolo. Ikan emas tersebut diyakini warga setempat sebagai jelmaan dewi penunggu Ranu Kumbolo. Konon katanya saat sedang wujud dewi itu, terdapat penampakan wanita yang mengenakan kebaya berwarna kuning.

Penampakan dewi penunggu ini ditandai dengan adanya kepulan asap saat bulan purnama. Adanya mitos ini juga menyebabkan warga setempat melarang para pendaki untuk memancing di Ranu Kumbolo.



Good morning!


Dingin betul suasana di hening pagi!






Mai secawan!


Kopiku tak lagi pekat, 
sepertinya hati kita tak lagi dekat!

Air kemenangan!


Beautiful sunrise!


Seronoknya menghirup secawan kopi panas yang enak sambil bersantai menikmati pemandangan indah matahari terbit dan hutan menghijau yang dikelilingi oleh tasik! 

Asyik banget!



Percikan air tasik di tepian danau Ranu kumbolo,
Serpihan syurga di atas bumi Mahameru...


Spot yang paling banyak orang bergambar! Siap kena beratur lagi nak pose kat akar kayu tepi tasik ni! hahaaa


Ranu Kumbolo dan cinta sejuta hati diantaranya, sajak sepi oleh Mas Aji.


Team Malaysia!



Layan video dulu!



To be continued.......




Previous Episode :








Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat