Javatrip Part 3 : Mahameru Part 2


Assalamualaikum



9 September 2018, Ahad, 8.00 am

 Ranu Kumbolo - Kalimati (5jam)



Lepak depan tasik sambil layan sunrise!


Pagi yang indah di Ranu Kumbolo!


“You will never have this day again, so make it count!”

Good Morning!


Pagi tu bangun, penuh gila khemah kat sekeliling kami. Semalam tak penuh sangat macam ni. Mungkin ada yang baru sampai malam semalam. Pastu terus pacak khemah. Kalau dah ramai macam ni, haaa yang haru nya bila nak pergi toilet! Mau 2 jam beratur! Boleh buat gaduh weh! hahaa


Sementara menunggu angin kencang nak penuhkan dalam airbag! hahaa


“The sun is up, the sky is blue, it’s beautiful and so are you”


Pagi ni aktiviti santai depan tasik! 


Keep your face always toward the sunshine – and shadows will fall behind you. 
Walt Whitman


“Choose to Shine”



PEACE is seeing the sunrise or a sunset and knowing who to thank.
Anonymous



Apehal 'E' ko tu macam seram weh! kah kah kahh


Haa macam ni baru la jadi! hehehh

L.O.V.E


“Find a group of people who challenge and inspire you; spend a lot of time with them, and it will change your life.”


Partner in crime : 

Fuza, Nadz, Abi



Weh mata aku nak buta dah ni pandang matahari yang terik nih! 

Bebel si Abi yang lupa bawak spek mata hitam! hahaa



Syok lepak atas sofa angin yang empuk nih! Tak sia-sia aku bawa walaupon berat & penuh backpack! hahaa


Pantulan air tasik persis kaca


Lovely days don’t come to you, you should walk to them.

Rumi


I get up in the morning looking for an adventure.


Behind the scene. Model sedang beraksi!


Photographer sedang mencari angle paling cun! Kalau upload kat Instagram mau tak kurang 100 like juga ni! hahaaa


You make my dopamine levels go all silly.


I need you like a heart needs a beat



Ni tempat sembahyang dorang kot untuk dewi kumbolo




Breakfast yang disediakan oleh porter! Nak makan kat tepi tasik tak boleh sebab pagi-pagi ni angin kuat. So debu pasir berterbangan kat luar tu. So kami makan dalam khemah jer!


Muka-muka kebuluran!


Carbo loading dulu. Lepas ni nak kena layan trek pacak kat tanjakan cinta tu!


Makan nasi dengan maggi! hahaa... layan dengan ayam masak kicap, hotdog & bebola daging!


View tasik terhalang sebab banyak pula khemah  yang dorang pacak kat depan ni. Semalam boleh dapat view tasik straight je depan khemah kami. Haree betol! 



Maybe you're meant to climb trees, or hike hills, or just run really fast
Letting go is not easy
There's nothing quite like swimming in the ocean
Just like how it's natural for your feet to find gravity
It's natural for you to let go
And find your true purpose in life again
The sea is the sea
And you are just you
I have to let go
But sometimes I find myself waking up at the beach again




For as long as I can remember
Like oil and water
We collide
But you don't seem to want forever
This adventure
Was only real to my eyes




Hiking stick, bawa kami terbang ke puncak Mahameru! Abracadabraaaa.... Zasss!



Kami start trekking lebih kurang pukul 10.00 pagi

Team Malaysia!


7 sahabat petualang!


Di sebelah barat Ranu Kumbolo, ada sebuah tanjakan di bukit yang mengarah ke puncak gunung. Tanjakan ini menyimpan mitos iaitu siapa pun yang terus berjalan naik sambil memikirkan pasangannya tanpa melihat ke belakang, akan memiliki akhir cinta yang bahagia.

Mitos ini berkembang dari kisah pasangan yang pernah mendaki tanjakan ini. Saat sang lelaki sedang asyik berjalan sambil berfoto, pasangan perempuannya yang berjalan di belakangnya ternyata keletihan dan tiba-tiba pengsan. Akhirnya, perempuan tersebut jatuh terguling hingga akhirnya mati.


Kerana itu, banyak pendaki yang percaya pada mitos ini. Mendaki tanjakan ini juga benar-benar menguji ketahanan tubuh. Kecuraman yang mencapai 45 darjah akan cukup mengerah tenaga.


Disebabkan mitos yang agak popular ni, pendaki yang memikirkan pasangannya dan berjaya naik Tanjakan Cinta tanpa menoleh ke belakang, akan bertemu jodoh dan cintanya akan abadi. Sebaliknya, kalau di tengah jalan ia menoleh ke belakang, hubungan percintaan konon akan putus. Hahaha..


Porter yang gagah!


Gue sedang mikirin sama shiapa ya masa naik tanjakan cinta ni? 

Mungkinkah kamu?


Bagi aku, Tanjakan Cinta memang cukup menguji mental. Dari bawah nampak macam landai & tak berapa nak tinggi tapi bila dah merasainya, baru tahu azabnya. Tapi memang rugi lah kalau naik Tanjakan cinta tak toleh ke belakang sebab Ranu Kumbolo terbentang indah di belakang sana. hahaaa





Selepas Tanjakan Cinta, akan melalui jalan yang agak rata sebelum turun bukit menuju ke Oro-oro Ombo.



Masa ni cuaca agak panas terik! So shades on bebeh!









“To love is nothing. To be loved is something. But to love and be loved, that’s everything” – T. Tolis


Oro-oro Ombo adalah padang savana di Gunung Semeru yang berada di balik Bukit Cinta.


Pada bulan April- May, Oro-oro Ombo dihiasi oleh hamparan bunga verbena yang tengah mekar. Bunga ni membuat savana berubah warna menjadi lautan warna ungu.


Nama aslinya 'Verbena Brasiliensis Vell' itu tumbuh memenuhi savana seluas 20 hektar. Verbena tumbuh tinggi, hampir setinggi tubuh manusia. Ketinggiannya rata-rata 1.5-2 meter. 

Meski tampak menawan, verbena yang tumbuh di jalur pendakian Semeru ternyata merupakan tanaman parasit. Bunga ini menjadi ancaman bagi spesies asli tanaman di kawasan Semeru kerana ia menyerap air dengan kadar yang tinggi menyebabkan banyak bunga Eldelweiss mati.


“Don’t walk behind me; I may not lead. Don’t walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.”

-Albert Camus






Pos Cemoro Kandang. Disebut demikian kerana memang trek ini kami benar-benar melalui hutan cemara. Trek ni padu jugak lah! Menaik aje.


Setelah pewai dengan tanjakan demi tanjakan, akhirnya sekitar jam 1.00 tengahari kami sampai di pos Jambangan. Sebuah dataran luas dan kami dapat melihat gunung Semeru dengan jelas!






Edelweiss Edelweiss
Every morning you greet me
Small and white
Clean and bright
You look happy to meet me



I'm coming Mahameru!



 Trek perjalanan dari pos Jambangan ke Kalimati agak mudah, hanya setengah jam saja, kami sudah sampai. Lalu kawasan hutan. Redup sikit.


Kalimati berada di ketinggian 2700mdpl


Jangan mati dulu sebelum sampai ke Semeru! hahaa



Finally sampai juga di kemsite Kalimati setelah 5 jam pendakian yang amat santai! Teruja betul nampak Gunung Semeru kat belakang tu! Berkobar-kobar!


Pemandangan yang unik kat kemsite! Padang rumput luas di tepi hutan cemara, sehingga banyak tersedia ranting untuk membuat unggun api. 

Tapi sejuk giler angin kat sini. Ingat nak lepak kat luar ambil gambar lepas dah setting khemah semua. Tapi angin yang terlalu kencang & sejuk, lepak dalam khemah lagi best! hahaa


Sumber air terdekat yang ada di sini berada di tempat bernama 'Sumber Mani'. 45 minit perjalanan untuk mencapai tempat ini. Beberapa orang porter di antara kami berangkat dan segera memenuhi botol kami yang kosong untuk bekalan summit attack malam nanti dan untuk memasak.

Malam itu kami makan dan beristirahat, kami masuk ke sleeping bag kami masing-masing sekitar pukul 7.00 malam. Sleeping bag dan karrimat yang disediakan oleh porter tebal dan hangat. 



Sampai di sini dulu pendakian hari ke-2. Mari bersiap-siap menuju hari ke-3. Mahameru kami datang!


 SUMMIT ATTACK!



Previous Entry :








Comments

  1. assalamualaikum...nak tanya...awak beli seluar hiking dgn tshirt malaysia tue dekat mana ye? kat ig ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seluar tu bli kt kedai outdoor di Serdang. Baju tu beli dkt FB. X igt apa fb dia

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Marak, Kelantan

Jumaat Di Kota Mekah

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS