Javatrip Part 3 : Mahameru Part 3, Summit Attack!



Assalamualaikum



10 September 2018, Isnin, 0.00 am


  Kalimati - Arcopodo - Puncak Mahameru - Ranu Kumbolo - Ranu Pani 
(18 jam)



Lepas sampai Kalimati, kami berehat & makan-makan lepas tu terus masuk tidur lebih kurang pukul 7.00 malam. Suasana kat luar memang sangat-sangat sejuk dengan angin kencang macam nak terbang khemah! Tapi nasib baik kami punya sleeping bag tebal siap ada bulu-bulu lagi. So boleh la tido beberapa jam sebelum nak summit attack pukul 12.00 tengah malam nanti.


Pukul 11.00 malam semua dah bangun. Bangun-bangun terus buat apa yang patut. Kami tak perlu bersiap sangat sebab malam tadi sebelum tidur memang dah prepare siap-siap dengan kelengkapan nak hike pagi ni.

Supper pagi tu kami dihidangkan dengan bubur kacang hijau + pisang. Sempat masuk dua tiga sudu, tekak dah rasa lain macam. Macam tak lalu sangat makan tengah malam ni. hahaa.. Sebab aku tak makan banyak, so aku bawa gula-gula & chocolate jer. Takut nanti pancit pulak tak cukup energy. Tapi sebenarnya memang pancit terok weh! hahaa


Sebelum mula pendakian pagi tu, kami diberi arahan untuk bergerak dalam group. Selepas bacaan doa, perjalanan pun bermula sekitar 12.15 am. Seram sejuk je rasa. Kami mula bergerak menuju Arcopodo dari Kalimati Campsite melalui hutan pine. 

Perjalanan dari Kalimati Campsite ke Arcopodo lebih kurang 1.2km about 1 hour trekking. Trek menuju Arcopodo boleh tahan steep juga dan kami diberi arahan untuk berjaga-jaga di kiri & kanan, sebab ada gaung yang agak dalam. Silap langkah, boleh tergolek ke bawah. Masa ni semua dah berpecah dan ikut pace masing-masing!

Tetiba headlamp aku buat hal pula! Dah macam orang buta la aku trekking sambil bergelap! Nasib baik ada power bank Abi menyelamatkan keadaan. Boleh cucuk dekat headlamp aku. Mungkin cuaca yang terlalu sejuk, bateri terus kong!

 Actually, Arcopodo ni pun salah satu campsite before summit attack menuju puncak Mahameru. Tapi space for campsite di sini agak limited. Kami rest lagi di hutan Pine before sampai trek yang berpasir menuju Mahameru. 

Perjalanan diteruskan menuju trek berpasir, the real summit attack to Mahameru. Half way to Puncak Mahameru, tak ada pokok dah, hanya trek berpasir sahaja. Sebab tak ada pokok yang menghalang angin, perjalanan jadi sangat-sangat susah! Dengan angin yang kencang & sejuk, fuhh memang mental koyak weh! 

Dari Arcopodo ke puncak Mahameru, jauh perjalanan dianggarkan sekitar 1.2km. Masa naik ni langsung tak de gambar sebab trek gelap tak nampak apa dengan angin kencang yang amat sejuk! So bila nak keluarkan telefon pun menggigil tangan bai! hahaa


Percayalah, perjalanan menuju summit ini lebih berat daripada perjalanan 2 hari untuk sampai ke Kalimati. Perjalanan ini bukan untuk orang yang manja, bukan juga untuk yang mudah menyerah. Perjalanannya benar-benar menggambarkan sebuah perjuangan. Time ni aku macam nak give ke tak nak give up! Kalau aku give up, sumpah aku tak kan repeat lagi Gunung ni & mana-mana gunung dah! hahaa

Trek yang di lalui lumayan ekstrem dan sangat curam tanpa ada bonus track (tanah datar). Melangkah 3 kali kita akan merosot dua kali. Penggunaan treckking pole memang sangat penting. Selalu melihat ke atas kerana di jalur puncak selalu terjadi gelongsoran batu yang sering memakan korban jiwa. Teringat macam kat Rinjani. Tapi bagi aku Semeru ni lebih susah masa nak summit attack! Sampai lutut bertemu dagu dengan trek pasir jerlus berkecuraman 70 darjah dan angin sejuk dia terasa menghiris kulit walaupun aku dah pakai baju 3 lapis!

Aku sebenarnya memang dah pewai terok! Nasib baik ada Mas Irvan, guide kami yang tolong towing aku sampai ke puncak! hahaa.. Thanks Mas Irvan! Jasamu dikenang!


Semeru memang indah, mulai dari Ranu Kumbolo yang menyajikan pemandangan Matahari terbit yang eksotik hingga pemandangan di puncak abadi para dewa ( jolokan Mahameru, puncak Semeru ) merupakan magnet yang sangat kuat bagi mereka para pecinta alam dan pendaki gunung.

Namun di samping keindahannya yang menakjubkan, Semeru juga mempunyai berbagai ancaman bahaya yang selalu mengintai di sepanjang perjalanan hingga puncaknya, mulai dari bahaya tersesat di hutannya yang masih tebal, tertimpa gelongsoran batu menuju ke puncak Mahameru, beserta Blank 75 di area sekitar Mahameru.

Blank 75, nama tersebut sudah sangat familiar di telinga para pendaki, pecinta alam, dan masyarakat di sekitar Semeru.

Blank 75 adalah nama dari sebuah jurang sedalam 75 meter yang terletak di sebelah timur laut dari puncak Mahameru, diluar jalur di sebelah kanan Arcopodo. Gambaran medannya adalah lereng berpasir yang jalurnya putus ( blank ) karena dipisahkan oleh jurang yang dalamnya sekitar 275 – 100 m.

Blank 75 juga sebuah kawasan berbahaya ( Death Zone / Jalur Tengkorak / Zon Kematian ) pada pendakian Gunung Semeru. Dimana jalur tersebut dapat menyebabkan pendaki tersesat, mengalami kecelakaan, terperosok ke jurang, tanah yang dipijaknya menggelongsor, dis-orientasi tanpa tahu arah mana terbaik untuk ditempuh, kehabisan air, kehabisan bekal atau kepayahan dan sebagainya.

Jadi sentiasa berhati-hati semasa menuju ke puncak. Masa summit attack tu, memang gelap tak nampak apa. Jangan sampai tersasar ke Blank 75.


Finally, lebih kurang pukul 6.00 pagi, aku berjaya juga sampai di Puncak Mahameru! Ahhh... macam nak mati rasa! hahaaa.. Sebabnya macam tak sampai-sampai! Masa trekking tu, aku pakai baju hujan konon nak bagi panas sikit badan. Tapi tak function pun! hahaa


Lega akhirnya jumpa juga member yang lain kat puncak tengah sedap lepak di sebalik batu dari angin kencang! Aku nak menyelit dah tak muat! hampehh.. Rupanya aku yang paling last sampai antara semua geng aku. Ingat ke dah habis laju dah tadi aku daki! kahkah 


Beautiful Sunrise from Top of Mahameru!


Video sunrise ni kredit kepada Lan antara orang terawal sampai kat puncak lebih kurang pukul 4.00 pagi! Padu terok weh! Berdesup dia naik! 

 

 Abi pun sampai awal


Masa ni angin dia mashaallah kuat giler! Aku rasa nak melayang weh time tengah trekking! Dia punya sejuk tu bukan kepalang! Aku rasa Semeru ni lagi sejuk dari Annapurna! Tangan rasa kebas walaupun dah pakai glove. Muka pun kebas walaupun dah pakai buff! Hingus pula nonstop dah macam air paip! Lenjun! hahaaa :p


Lepak dalam 5 minit makan biskut. Lepas tu ambil gambar. Tak mampu nak lepak lama-lama sebab sejuk giler angin dia!



Pendakian selalu dekat dengan penantian. Dengan sabar menuju puncak melibatkan seluruh daya, merendahkan hati meninggikan upaya, menemukan diri di hamparan semesta!



 Welcome to highest peak of Jawa Island aka atap Pulau Jawa, puncaknya para dewa. 


Puncak Mahameru 3979m checked! My bucket list ticked off.. Another great achievement unlocked!

This is the toughest mountain ever... Setakat ni la.. hahaaa.. Sumpah lepas naik Semeru ni rasa macam dah serik nak naik mana-mana gunung! Plan nak bersara dah... (masa tu la) hehehh.. Tapi sekarang macam dah lama mereput, rindu pula nak hiking balik! :p


Puncak mahameru ini adalah lapangan datar berpasir dan berbatu. Beberapa puncak gunung lain seperti gunung Arjuno, Welirang pun terlihat disini. Dari puncak ini juga terlihat sebuah kawah yang selalu mengeluarkan asap tebalnya. Gugusan awan pun dapat dinikmati seolah-olah kita sedang berada di negeri atas awan.


Semeru merupakan gunung berapi aktif yang saat ini berstatus “Waspada” (level 2). Setiap sekitar 10 – 20 minit sekali kawahnya (Jonggring Saloko) akan menyemburkan 'Wedus Gembel' material vulkanik berupa asap yang mengepul ke atas.


Masa ni teruja betul dengar bunyi letusan yang kuat! Tapi disebabkan angin yang tersangat kencang, tak sempat pun nak ambil gambar asap dia terus hilang dibawa angin lalu! Ahhh keciwa! Jeles pula aku tengok gambar kawan-kawan aku yang naik beberapa hari sebelum & selepas aku dapat ambil gambar letusan asap tuh! 

Mas Irvan pun bagitahu selama dia jadi guide, ni first time dia naik ke puncak dengan angin yang terlalu kuat! Sampai aku pegang bendera tu pun rasa nak melayang terbang weh!


Puncak Mahameru dah ku tawan, next tawan puncak hati awaaa pula... Ehhhh... Keren seh!

behind the scene



Top of Java Island Highest peak


 Mahameru merupakan puncak ketiga tertinggi Gunung Berapi Indonesia dan keempat tertinggi daripada 7 gunung Gunung tertinggi di Indonesia. (3 of 7 summit checked after Kerinci & Rinjani)


Di bawah lindungan awan!


Rupanya masa nak ambil group photo ni baru aku perasan, kawan Mas Aji iaitu Tio tak sampai di puncak rupanya! Alahai sedih! Sebabnya Tio dah tak larat masa kat Arcopodo lagi. Sebab kaki dia pernah injurt dulu. So gais, kalau korang dah tak larat nak mendaki jangan paksa. Tak lari gunung dikejar.


Aku pun pelik, ehhh sape lagi sorang yang bergambar sekali dengan kami berlima tu. Rupanya tu pendaki dari Malaysia! Mr Baba dari Baba trekkers! Dia guide yang bawa group dari Malaysia. Dalam team dia semua tak sampai puncak lagi so dia lepak dengan geng kami. Rupanya ramai lagi yang belum sampai kat puncak! hahaa 


Apapun, tahniah semua! Lepas tu yang lain-lain terus bergegas turun sebab dah tak tahan sejuk. Yela dorang dah sampai puncak pukul 4-5 pagi lagi. Tinggal la aku, Fuzah & Mas Irvan je sambung ambil gambar.


3 of us! 


Mas Irvan pun kayaknya udah seperti orang Malaysia! hahaa


Pendaki Indonesia teruja nak ambil gambar dengan kami. Iya kita kan serumpun mas! Betul betul betul (nada upin ipin)




Jumpa Geng dari Malaysia


Dan semua keperitan, kepayahan akan terbalas, saat berada di puncak!


Nadz & Fuzah



Malaysia & Indonesia bergabung!

5cm


Lepas dah puas bergambar, kami pun segera turun. Aku rasa ni first time aku duduk kat puncak paling sekejap! Dalam setengah jam je kot. Sebabnya terlalu sejuk angin dia.


Ada aturan tersirat saat di puncak Mahameru ini. Anda hanya boleh berada di atas sana, maksimum sampai jam 10am. Ini kerana dikhuatirkan arah angin berubah dari selatan ke utara sehingga akan menghembuskan material beracun yang dikeluarkan Jonggring Saloko ke arah anda.


Perlu ketahui, perjalanan turun dari summit attack terkadang lebih berbahaya dari saat naik. Yang berbahaya bukan kerana alamnya lebih ekstrim, tetapi keasyikan main luncur pasir yang akan membuat kita lalai.




Cuaca di Semeru sekitar antara 15 – 20 darjah di siang hari. Malam hari pula antara 4 – 8 darjah celcius. Jika mendaki di pertengahan musim kemarau, anda akan merasakan sensasi kedinginan sehingga -4 darjah celcius di siang hari. Masa kami daki ni memang musim kemarau! Memang suhu sangat-sangat sejuk! So, prepare yourself guys!.




Saat turun, lereng yang dilalui berbeza dengan naik. Batunya agak sedikit dan pasirnya lebih banyak. Anda hanya perlu melangkahkan kaki 1 kali, tapi jarak yang di tempuh seperti 3 langkah ke bawah. Itulah yang asyik, dan boleh membuat lalai.

Jadi berhati-hatilah semasa turun, dan jangan terburu-buru.


Syok main gelongsor pasir! Tapi dia punya debu tu boleh bikin sesak nafas beb! 


Friend who hike together stay together! Hahaaa




Kalau korang pernah tengok cerita Indonesia '5cm', mesti notice ada satu adegan cemas, batu-batuan jatuh dari atas sewaktu Zafran, Genta, Arial, Ian, Riani & Dinda sedang menuju puncak. 

Ya memang betul ada banyak batu besar dan loose sepanjang trek. Guide memang dah warning awal-awal jangan pijak batu sebab nanti akan terkena dengan orang bawah. Sepanjang trek kalau ada batu yang jatuh, semua akan jerit 'Batu-batu' so orang kat bawah boleh elak. Seram weh naik Semeru nih! hahaa

Sepertinya penikmat ketinggian yang ini sudah candu ketinggian


Breakdance satu kali!


Masa ni nak posing macam poster citer '5cm' tu. Tapi tak de geng yang nak join! Tinggal berdua aje lah! hahaaa



View gunung ganang kat belakang tu awesome weh! Tu la laluan yang kami tempuh 2 hari lalu nak sampai kat atas nih!


Sebenarnya lenguh juga kaki main gelongsor! Lepas tu banyak giler pasir masuk dalam kasut! Bila dah penuh pasir dalam kasut, rasa kaki berat & sakit kaki pijak batu dalam kasut. Ade la dalam sepuluh kali dok bukak kasut buang pasir! Letihhhh! hahaa




Rasa macam orang bulan! hahaa.. Acah-acah Astronaut! :p
 

Lebih kurang pukul 11.00 pagi kami sampai semula di kemsite Kalimati. Memang pace slow tahap siput dah sebab pewai! hahaaa.. Dah sampai tu kemas-kemas packing semula barang untuk turun.


Sebelum gerak, makan dulu.. Memang terbaik la lauk yang dihidangkan oleh porter! Paling padu kuah kacang pecal tuh! Sampai licin kami balun! Sebabnya memang kami lapar teruk dari atas puncak tadi! Sempat makan biskut jer. hahaaa




Angkat sauh meninggalkan Kalimati!


Terima kasih untuk semua yang turut membantu dan meriah meramaikan. Maaf bila ada salah laku atau ucapan, semoga hidupmu juga dipenuhi banyak kebaikan!




Bermimpilah sehingga mimpi itu terasa nyata...



Tanjakan Cinta yang dirindui


Kerana alam adalah teman terbaik saat semuanya terasa membosankan



Sebelum bahagia benar-benar kembali, mari merayakan patah hati, sekali lagi... Terima kasih, selamat memeluk laramu.


Sabarlah menunggu, layaknya hati dibelai rindu yang terungkap, menjumpai sunyi yang selit sembunyi.


Lokasinya tertera, keindahannya nyata. Tak perlu berbasa basi bertanya dimana. Silakan ajak kekasih yang paling kau banggakan itu ke sini.

Sebab aku juga punya hati, bukan hanya sekadar bahan referensi!


Kenangan terakhir di Ranu Kumbolo


Finally, lebih kurang pukul 6.00 petang kami sampai juga kat starting point! Perjalanan balik ni memang pewai giler la sebab dah 18 jam trekking sejak pukul 12.00 tengah malam tadi! Bersepai sedareee... Esok nak trekking lagi ke Bromo & Batok! Adehhh..


Gudbye Semeru!



Jom layan video :



Resort Ranupani sedang renovate



Previous entry :







Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah