Javatrip Part 5 : Air Terjun Madakaripura


Assalamualaikum


11 September 2018, Selasa, 2.00 pm


Madakaripura Waterfall



Air terjun setinggi 200 meter ini merupakan air terjun tertinggi di Pulau Jawa dan tertinggi kedua di Indonesia. Lokasinya di Probolinggo dan masih dalam satu kawasan dengan Taman Nasional Bromo Semeru Tengger. 


Tapi sebelum ke air terjun, kami isi perut dulu!



Macam-macam menu ada gais! hehee

Shades on bebeh! Tiberr... haha


Makan besar sempena meraikan kejayaan kami berjaya menawan Gunung Semeru, Batok dan Bromo! hehee


Jemput makan semua!


Terdapat beberapa akses yang membolehkan anda sampai ke Air Terjun Madakaripura. Dari Bromo, ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menaiki kenderaan untuk ke kawasan perkampungan Sukapura.


Lepas tu kena naik motor untuk masuk ke dalam sebab jalan dia sempit dan curam!


Rempit on guys! hahaa


Nama Madakaripura berasal dari ‘Mada’ iaitu Gajah Mada, ‘Kari’ iaitu peninggalan dan ‘Pura’ iaitu tempat bertapa/sembahyang. Jadi ia adalah tempat peninggalan Patih Gajah Mada untuk bertapa semasa zaman pemerintahan Majapahit.


Kedudukan yang terletak di kawasan pergunungan menyebabkan keaslian dan keindahannya masih terpelihara. Kesegaran udara gunung pasti akan membuatkan setiap pengunjung berasa nyaman dan tenang ketika berada di sini.


Depan pintu masuk!


Sampai digerbang pintu masuk, kita akan disambut oleh Patung Patih Gaja Mada sedang menghunus keris. Harga tiket masuk air terjun Madakaripura  Rp.2500/orang. 


Air Terjun Madakaripura sebenarnya mempunyai kisah yang tersendiri dan dikatakan mempunyai kaitan dengan tokoh kerajaan Mahapahit iaitu Gajah Mada.

Berdasarkan cerita mitos, pada akhir hayatnya, Gajah Mada telah menyendiri di kawasan air terjun berkenaan untuk menghabiskan masa tuanya daripada hingar bingar kehidupan dunia.

Disebabkan kepercayaan yang sangat kuat terhadap mitos itu, sebuah patung Gajah Mada turut ditempatkan di pintu masuk ke kawasan air terjun berkenaan yang boleh dilihat sehingga kini.


 Untuk menikmati keindahan Madakaripura anda perlu menyusuri kawasan hutan terlebih dahulu. Waktu yang diperlukan lebih kurang 60 minit dengan berjalan kaki. 


Keindahan yang terdapat pada Air Terjun Madakaripura itu menjadikan ia satu lokasi kunjungan wajib bagi pelawat yang mengikuti program melancong ke Bromo.

Malah, sekiranya anda berada di Bromo untuk bercuti tanpa mengikuti sebarang pakej percutian, air terjun itu juga akan menjadi satu lokasi yang disarankan oleh jurupandu pelancong atau penduduk tempatan untuk dikunjungi.


Dari kawasan parking, anda perlu berjalan kaki menerusi anak tangga sejauh kira-kira satu kilometer yang mengambil masa sekitar 15 minit untuk masuk ke lokasi sungai dan air terjun.

Untuk ke sini, anda dinasihatkan mengambil khidmat jurupandu pelancong bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


Cantik Air terjun kecil kat belakang tu.


Perjalanan menuju ke air terjun sangat indah dan memanjakan mata dengan pemandangan pohon-pohon besar, udara yang segar dan juga melewati sungai-sungai. Sepatu yang kuat, tahan air ataupun sandal gunung sangat disarankan untuk perjalanan ini. 

Perjalanan mencabar harus ditempuh lebih kurang 1 jam dan perlu menaiki tebing yang cukup licin dan sempit.


Berkicap juga kena trekking! pewai hahaa.. Ingat ke dekat jer air terjunnya! lol


Sampai kat part air terjun ni kena hati-hati sebab licin giler! Pakai baju hujan kalau tak nak basah! Kalau korang memang nak mandi tak payah pakai baju hujan pon tak pe!


Semakin dekat dengan lokasi utama air terjun, pengunjung harus turun dan berjalan di aliran sungai. Sepanjang perjalanan air terjun lembut nan indah akan membasahi anda!


Terbaik weyh!


Kalau tak de baju hujan jangan risau. Sepanjang perjalanan, ramai orang yang ada jual baju hujan kat situ dan casing telefon plastik supaya tak terkena air.


Tengah tunggu turn nak ambil gambar! hahaaa



Sejuk weh air dia dengan angin yang kuat! Menggigil sis! hahaa



Awesome!



Si eksotis serta keindahan air terjun ini memang tidak diragukan lagi. Tebing cekung melingkar membuat Air Terjun Madakaripura semakin menawan. Air terjunnya tidak hanya jatuh dari depan namun juga di kiri dan kanan tebing. 


Air Terjun Madakaripura juga kerap disebut ‘Air Terjun Abadi’ kerana air yang dialirkan oleh air terjun ini selalu melimpah dan tak pernah berkurang.


Ingat ke kat sini jer air terjunnya. Rupanya banyak lagi. Kena trekking lagi gaiss! hehee



Air terjun ni kat kawasan pergunungan so memang sejuk giler air dia! Rasa nak beku bila celup kaki dalam air! Tak jadi plan nak mandi kat waterfall! hahaa






Cantik giler view dia!



Memang rare & unik kawasan air terjun ni!



Tebing curam, licin & gayat!


Guide kami aka photographer! haha


Perjalanan nak ke air terjun utama & terakhir ni yang paling mencabar! So extra careful guys!




Berbaloi-baloi la kena trekking jauh kat sini sebab memang sangat cantik waterfall ni!



Photoshoot depan waterfall! terbaek!


Air Terjun Madakaripura yang terletak dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger itu sememangnya diakui memiliki keindahan yang tiada tolok banding.


Ia berbentuk seperti separa bulatan dan dikelilingi oleh bukit-bukau yang mengalirkan air pada sebahagian besar tebingnya seumpama hujan gerimis.

Malah, ada sebahagiannya mengalirkan air dalam kuantiti yang banyak sehingga membentuk formasi air terjun.


Berada di bawah tirai air terjun ini sememangnya sangat menyeronokkan kerana anda akan berasa seperti bermain air hujan.

Namun, pemandangan yang sangat menarik tentunya di kawasan air terjun utama. Tebing yang membentuk umpama tirai air terjun menjadikan anda seolah-olah seperti berada dalam sebuah botol raksasa.


Di bawah air terjun itu pula terdapat sebuah kolam sedalam kira-kira tujuh meter dengan luas sekitar 25 meter persegi.


Di sebalik air terjun itu juga terdapat ruang luas yang membentuk seperti gua. Anda boleh berenang menyeberangi kolam ni untuk memasuki gua berkenaan atau menghabiskan masa dengan mandi-manda di kawasan kolam tersebut.

Sekiranya cuaca cerah dan cahaya matahari menembusi ruang di dalam kawasan ni, anda berpeluang melihat keindahan pelangi yang akan terbentuk.




Just let go - and fall like a little waterfall!



Your life is like waterfall, it's running wild and free!



Lemme take a selfie!


Lumayan pemandangannya!


Happiness is listening to a waterfall



Madakaripura Waterfal Checked! Ok next please.....


Sekiranya anda berkunjung ke air terjun secara sendiri tanpa jurupandu pelancong, anda dinasihatkan agar meninggalkan lokasi ni sebelum lewat petang kerana hujan kerap turun pada waktu berkenaan.

Keadaan ni boleh membahayakan keselamatan kerana air dari kawasan atas tebing akan turun dengan banyak, sekali gus mudah memenuhi kawasan bawah sehingga menyukarkan anda untuk keluar daripada tempat tersebut.


Thanks nenek Mas Irvan tolong masak sedap-sedap untuk kami yang kelaparan trekking ke air terjun tadi! Trip ni memang adventurous giler sebab kami tak sempat nak berehat pun! haha



Next recharge energy nak ke Kawah Ijen pula! Perlu menempuh perjalanan malam selama 6 jam naik kereta! Pheww... Nak kejar Blue Fire kat Kawah Ijen! Sempat ke tak ni? Pukul 11.00 malam baru gerak! 


To be continued......



Previous episode : 












Comments

  1. Hi, nak tanya macam mana pergi ke Madakaripura waterfall dari Sukapura kalau tak ikut tour...boleh dapat transport dari Sukapura?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS

POKOK GHARQAD. pokok yahudi