Hiking Gunung Berembun & Telapak Burok



Assalamualaikum


Bersua kembali kita dalam projek hiking #roadtoXueshan. So kali ni sis akan bawa anda mendaki ke Gunung Berembun dan Telapak Burok! 

Haaa kalau nak tau kat mana lokasi ni, jom follow sis!


Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk atau juga dikenali sebagai gunung Telapa Buruk atau Tepalak Buruk, terletak berhampiran dengan Kampung Ulu Klawang, Negeri Sembilan.

 Gunung Berembun mempunyai ketinggian setinggi 1,014meter (3,326 kaki) manakala Gunung Telapak Buruk pula setinggi 1,193 meter (3,913 kaki) dari aras laut.

Gunung Telapak Buruk merupakan gunung tertinggi di negeri sembilan!


Kami bertolak dari PJ lebih kurang pukul 4 pagi. Kami sampai di Masjid Kariah Pantai tempat untuk berkumpul lebih kurang pukul 6 pagi.  Selesai solat Subuh, kami bergegas ke kedai di sebelah masjid untuk sarapan dan tapau untuk lunch pack kat puncak nanti. Nasi lemak berlaukkan telur goreng mata kerbau, seketul ayam dan beberapa biji kuih tradisional menjadi pilihan.


Kami park kereta dekat sini jer. Berhampiran entrance Gunung Berembun.


Entrance Fee
RM5 per person

Location
Jelebu, Negeri Sembilan. GPS Coordinate : 2.801768, 102.022628

Summary of Hike
Total journey of 20km (return) with 4 pit stops - Lata Berembun, Gua Kambing, Berembun Peak & Telapak Buruk


Trip hari ni disertai oleh 7 orang hikers padu dan berdesup! Gogonya adek Manis, Miya. Ehh terserempak dengan abam-abam dari Team Nadi Sihat!


Permulaan trek bertangga


Masih landai


Muka masih ada senyum! hahaaa


Ok dah start pacak!



 Phase awal pendakian agak mendatar dan sedikit menaik sambil ditemani bunyi deruan sungai di sebelah kanan kami. 


Phase pertama kena melintas beberapa sungai kecil dan satu sungai besar di lata berembun, jangan risau boleh lintas atas kayu balak so tak perlu buka kasut. 









Lebih kurang pukul 10 kami sampai di Lata Berembun.



Macam syok ni kalau dapat berendam kat lata berembun!



Selepas merentasi sungai, take 5 dulu untuk minum air sebentar. Then bermula lah pendakian dengan trek yang agak menaik menuju ke checkpoint Gua Kambing.


Awat serious sangat tu muka masing-masing? Benda boleh gaduh buat apa nak bincang lagi sis! hahaaa


Bersepai sis!



Teringat pula masa aku naik Gua Kambing dekat Kelantan! Memang sama macam ni ada batu yang besar! Kat Bukit Kutu pun ada juga Gua Kambing tau. Banyak tempat yang gunakan nama yang sama.


Throwback :





Ada peti pos! Boleh la nak pos surat cinta dari Starla... ehh... Memang idok la posmen nak hiking nak ambil surat korang kat sini! hahaaa..



Ada pondok boleh la nak melepak.. Niat di hati nak lepak dan lipak je kat pondok ni tak mau pergi puncak! hahaa

say cheese!


Lepas berehat dan bergambar, kami pun meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Berembun pukul 11.00 dan phase nih paling mencabar dalam trip kalini sebab memang pacak all the way!

So ready la mental tu yer, part sini group akan sedikit berpisah sebab ada yang laju dan perlahan. Biasa lah tu...hehe


Nin dia trek penyesalan yang dinanti telah tiba! Terasa sesalannya gais!


Sesal dahulu pendapatan.... hahaa


Trek dia memang padu! Lutut bertemu dagu tahu!

rehat dulu sambil layan pacak


Finally sampai juga di puncak Gunung Berembun setelah hampir 4 jam trekking!


Di puncak ini terdapat Beirut zaman British. Beirut ini juga dikenali sebagai batu sempadan bagi pembahagian daerah-daerah yg terdekat.

Ramai yang akan tinggal beg besar dan barang-barang lain kat sini untuk meneruskan pendakian ke Telapak Buruk pula.


Thanks Kaka Rin yang bawa banyak buah untuk energy booster katanya! hehee


Buah keranji buah delima,
Mari letak atas meja;
Sirih pinang sudah ku terima,
Tanda jadi kita berdua.


Ehhhh....


Mungkin ada terkeliru dengan Gunung Berembun ini, untuk makluman ada 3 buah gunung yang berkongsi nama Berembun yang sama iaitu 

1) Gunung Berembun, Cameron Perak 
2) Gunung Berembun, Negeri Sembilan (checked)
3) Gunung Berembun, Terengganu (checked)


Throwback Gunung Berembun, Terengganu :




Lepas dah rehat, bergambar & makan, kami decide nak pergi ke tak nak ke telapak burok. Sebabnya trek dia jauh juga. hahaa... Kak Rin & Rara dah pernah pergi dulu so dorang decide tak mau pegi & nak lepak kat beirut ni je.. Syok la siap tidor dalam sleeping bag lagi! hahaa

Kat puncak ni walaupun kawasan dia hutan tebal tapi sejuk dia tak leh bincang! Angin kuat giler! Aku pun sebab tadi dah pewai layan pacak nak mati rasa macam malas dah.. Tapi kalau tak pergi macam rugi pula, sebab aku tak kan datang dah semata nak repeat gunung ni. hahaa... So kesimpulannya...

Nak pergi ke tak nak ni?? hehee


Kami pun pelan-pelan kayuh ke telapak buruk seramai 4 orang jer. Kami tiba di Aircraft Crashed Area jam 3 petang.



Kat sini kejadian pesawat terhempas pada 23 Ogos 1945, pesawat pengebom RAF B24 Liberator berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ kepada pasukan Force 136 yang menentang penjajah Jepun di Malaya.

Namun seminggu kemudian mereka telah dilaporkan terhempas atas faktor yang tidak dapat dikenal pasti dan mengorbankan semua krew. Sebahagian pesawat telah ditemui ada tahun 1996 di Negeri sembilan sebelum pencarian rasmi pada 22 Disember 2006. 


 Tiga tahun kemudian, ekspedisi yang dilakukan pada 29 Ogos 2009 menemui 80 cebisan tulang kru pesawat tersebut. 

Kesemua cebisan tulang itu telah diserahkan kepada Penasihat Pertahanan Tentera British, Kapten Kenneth Taylor dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga kru terlibat.


Dipercayai pada tahun 1950 sudah ada laporan berkaitan penemuan kapal terbang ini tidak begitu jelas tidak ada tindakan pun yang diambil. Lagi pula tahun itu komunis masih berleluasa. Hanya pada tahun 1991, bangkai kapal terbang ini sekali lagi dilaporkan dijumpai oleh sekumpulan orang asli. Sekali lagi, tidak ada tindakan yang diambil sehinggalah tahun 2006.

Pada tahun 2009, sukarelawan dari Britain dan Malaysia menggali dan mengeluarkan sisa kapal terbang yang ada, termasuklah mayat lapan orang kru yang terkorban. Mereka kemudiannya dikebumikan di Cheras War Cemetry, Kuala Lumpur pada tahun 2012.


Masih boleh nampak badan, tayar dan sebahagian enjin yang terbenam dalam tanah. Hanya selepas 67 tahun "terperam" di dalam hutan, barulah jasad mereka dikebumikan dengan sempurna.

 Sumpah aku rasa seram masa kat area sini almaklumlah lokasi terhempas dengan kehilangan jiwa.


Lagipun hanya tinggal kami bertiga je yang ada kat sini. Kawasan sekeliling rasa sunyi dengan bunyi cengkerik dan seram sejuk! 

Krikkk.... krikkk


So kami ambil gambar cepat-cepat & terus naik balik! Bulu roma macam dah naik tegak! Sis tak kuad! hahaa


serpihan kecil bangkai pesawat


Mereka yang terkorban adalah juruterbang, Leftenan Udara John Selwyn Watts, Pegawai Udara Edward Donald Mason, Pegawai Udara William Kenneth Dovey, Sarjan Udara Jack Blakey, Sarjan Udara Willian Ross, Sarjan Udara Raymond Arthur Towell, Pegawai Udara John Trevor Bromfield dan Sarjan Udara Arthur Turner.

Apa yang masih menjadi misteri adalah bangkai kepala pesawat ini masih belum dijumpai sehingga sekarang.

in memory


B24 Liberator aircraft crashed area done! British royal air force bomber in WWII 1945.

Air crash site



Nak ke tapak terhempas ni memang curam betul trek dia!



Di atas gunung ini terdapat menara pemancar telekomunikasi milik Celcom. Pemancar TV dan radio di Gunung Telapa Burok meliputi kawasan Seremban, Jelebu, Rembau Utara, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson di Negeri Sembilan, sebahagian kawasan Pahang Barat seperti Teriang, sebahagian Selangor Selatan.


Muka pewai tak boleh bincang dah! uhukk

Fuhhh cover macho ke tu?? hahaaa

Kacak bak ang!


Thanks abam-abam yang sudi belanja air kopi & buah epal buat kudap-kudapan. 3 jam juga perjalanan pergi balik dari puncak berembun ke Aircraft Crashed Area.. Boleh tahan penat & jauh! Fuhhhhh....


Lebih kurang pukul 4.30 pm kami bersiap turun. Balik tu sempat la rendam celup-celup kaki dulu kat Lata Berembun! Sejuk!



Jarak total perjalanan hari ni lebih kurang 20km. Masuk pukul 8.00 pagi keluar pukul 7.00 malam. Masa yang kami ambil dari mula sampai ke tempat letak kereta semula pada hari itu adalah lebih kurang 11 jam. Termasuk berhenti setiap checkpoint, regroup, makan, solat dan mandi-manda. Kelajuan langkah setiap ahli adalah santai mak jemah yang sempat bergosip.

Memang barai lutut dengan trek curam nak ke puncak Berembun dan aircrash site tu! Mental agak koyak sebab trek dia rasa macam jauh gila yang amat, jalan2 tak sampai2! hahaa... Saia ta kuadd awaa...


In a nutshell, Alhamdulillah, tamat sudah misi hari ni untuk menawan puncak Berembun & melawat tapak aircraft site di Gunung Telapak Buruk. Terima kasih pada semua yang terlibat, yang sama-sama pewai, bersepai & barai! hahaa


Jumpa lagi dalam ekspedisi akan datang... Another list of trek penyesalan, Gunung Hitam!



Comments

  1. Tabiklah! Kuad la tu sis, boleh buat return trip. Kami dulu ngelat, naik lori mula dari Telapak Buruk, turun ke Berembun one way. Itu pun dia punya menyumpah dah tak tertanggung.

    Tabik lagi!

    http://www.petai.net/2019/02/gunung-telapak-buruk-berembun-jelebu-negeri-sembilan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. memang menyumpah spnjg jln tak sampai2.. tp dlm hati je lah menyumpah tu.. kang tak pasal hantu asykar omputih tu terkezut dengar kami menyumpah! hihi

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Maaf nak tanya @Shahrulnizam Mohamed Yusof...macam mana cara naik lori tu...Uwan rasa Uwan mampu ke Gua Kambing je. Tapi teringin gak nak naik atas lagi...tapi takut kot kaki x terlangkah dah🤣😂😍

      Delete
  2. Gunung Besar Hantudi Kg Ulu Kenaboi Kuala Klawang N9 yg merupakan gunung tertinggi di N9. 1462m asl. Bukan Gunung Telapak Buruk.

    ReplyDelete
  3. Thanks for report yang padat. I nak pergi rabu ni. Doakan sis kuad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok gudluck sis! Moga sis kuaddd & selamat pergi balik!

      Delete
  4. Katanya bangkai kepala kapal tu ada di muzeum tentera di port dikson. Ini yang diberitahu oleh jurupandu lah 👍

    ReplyDelete
  5. Salam kak nk tnya naik tu mmg permit rm 5 jela?...pastu akk naik ade guider tak?..ni klo xde guider bole naik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup permit rm5. Kami naik sendiri jer sebab ade geng yang dah pernah naik. Kalau xde guide boleh naik time weekend memang ramai org. Boleh follow je dorg naik skali.

      Delete
  6. Nice sis. Saya blum prnah naik lgi gnung berembun. Telapak burok dan tmpt2 mndi2 dkt jelebu ni. Saya ingtkan lain2 tempt and buatkan saya keliru skjap. Tapi dlm cerita hiking sis ni step by step. Baru laa faham! Rpenye satu tempat mmpunyai 3 destinasi. Skrng baru la sye x keliru nk naik gnung berembun💪🏻 tq for u blogspot sis. Saya layan betul cerita perjalanan hiking sis. Moga2 ade rezeki boleh hiking sama2. Doakan saya pergi naik gnung berembum hjung bulan 11/2021.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis sudi singgah blog ni. Inshaallah kuatkan semangat ye naik gunung ni nt. Yg penting stamina & mental jgn koyak. hehee

      Delete
  7. wah..menariknya baca pengalaman you...teringin nak pergi jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sis. Yeahh dah boleh gi hiking dah sekarang.. hehee

      Delete
  8. Assalam sis .. trek nknke puncak byk simpang tak .. or 1way direction je ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Nak ke puncak tak banyak simpang. Tp better pergi dengan orang yang dah biasa pergi. Sebab kadang2 tak perasan trek boleh tersasar. Klu pergi weekend jgn risau memang ramai orang naik

      Delete
  9. Jadinya, xde permandangan la kat puncak ? 🤔

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat