Infinity Pool



Assalamualaikum


Hai gaisss... Bersua kembali bersama geng-geng karrimet! 

Kali ni trip terjun tiruk bachelorette party with 'bride to be' di Infinity Pool! Yuhuuuu

Siapakah yang bakal menamatkan zaman bujang tu?? Adakah aku??

Jeng jeng jeng........ Sama-sama kita nantikan! hahaa


Karrimet girls


Plan asalnya, kami nak pergi berkhemah bersama si Nopal... ehhh.. Bahenol. Trip camping la sebenarnya. Tapi bila tengok cuaca masa hujung tahun hari tu musim tengkujuh. So memang kena batalkan je la hasrat murni nak main khemah-khemah kat PD la, mandi air terjun la. Cuaca memang tidak mengizinkan untuk buat aktiviti outdoor.


So kami pun try la cari tempat yang bajet nak mandi kat infinity pool. Aku jumpa kat ig.. Tapi sorry gais aku dah lupa apa ig dia.. Sis ni short term memory lost gais! hahaa

Nak cari balik dah tak jumpa sebab tahun lepas aku dok usha.. Lepas tu telefon aku pon dah jahanam masuk air.. Haaa... macam mana leh masuk air jap lagi aku story... Sadis!


Ni sebenarnya servis apartmnent, tapi dia buat untuk sewa. Satu malam RM150. Parking space boleh muat untuk 2 buah kereta. Memang nice & cozy tempat dia. Ada 2 swimming pool & gym. Apartment ni sebelah dengan Bernama Radio kat tengah-tengah bandaraya KL.


ada bathtub




Semua perabot lengkap, cuma dia baru jer nak setup bilik ni. Dapur dia tak boleh lagi kalau nak main masak-masak & TV pon tak function. Tapi sekarang aku rasa dah ok la kot. Ni masa kami datang ni bulan 1 tak silap aku.. hahaa.. Sekarang baru sempat nak update gais! hehee


Best giler view swimming pool kat atas ni! Tapi tercemar skit la dengan mat saleh yang separuh bugil! Lol


Kami pon teruja la nak terjun kat dalam kolam ni.. Memang syok sambil tangkap gambar guna telefon yang aku baru beli beberapa bulan lalu. Memang cantik gambar!

Aku letak telefon aku dekat tripod kecik supaya senang sikit nak pegang bila nak tangkap gambar. Tengah la syok dok posing kat hujung kolam tu, sambil layan view KLCC, sekali telefon aku pupppp, blupppp2.... jatuh dalam kolam! Pemegang tripod tu tah macam mana tercabut ke ape tah! Aku pon tengok je la phone aku jatuh terus ke dasar kolam! Aduhhhhh.... Sadis!

Bila angkat balik phone tu dia dah jadi bengong. Terus gelap screen dia... Memang sia-sia je la gambar dok posing sakan sume tu dah lost! hahaaa... Sekian tamatlah riwayat Huawei Nova3i aku!


Sekian, kisah tragis aku! So dah tak de la kenangan gambar dari phone aku. Pakai phone Ieja je semua lepas tu.

Muka pasrah! uhukkkk

Ayeng nak tunjuk cincin ke tuwwwww... (i'm taken) hahaa


Memang padu gambar2 dari Huawei P20 pro ni.. Gambar memang cantik & clear terutamanya waktu malam. So aku pun decide nak angkat telefon baru setelah sebulan tak de telefon & pinjam tepon member... hahaa.. Tragis betul hidop aku! 

Aku angkat terus la Huawei P20 pro mate! Tapi setelah sebulan kemudian, keluar pula P30...  Harga P20 pro mate pun terus turun mendadak! Ingat ke aku punya phone macam dah paling canggih dah di abad ini.. Hareyyy betol! Cepat nau keluar model baru Huawei ni...hahaaa

Aduhh semak pula mamat tak pakai baju tuh! Tercemar pemandangan indah kami! :p



Ni la bakal pengantinnya! Berseri-seri nampak! ehehhh... 

Apa rahsia sis??


Tema kain batik cuolls! hahaa

Persis Perempuan melayu terakhir! :p Alahhhh acah sopan je ni! hahaa

Kami tak ramai tapi kami ada.


Sis cuba untuk pasrah dengan tepon yang sudah jahanam tenggelam di dasar kolam! hahaa



Malam tu dinner sambil layan view KLCC! yuhuu..

With sis Ieja, idola basikal yang tersohor! Tah bila nak ride sekali.. hahaa..


With my schoolmate friends!


Benda boleh gemok buat apa nak kurus! ehhh....

team gadis-gadis


Xue Li, Fuzah, Ayeng, Abi, Nadz, Ieja, Lenda


In a nutshell, congrats kepada Ayeng yang dah pon selamat mendirikan rumahtangga. Siapa pula yang bakal menyusul ye... hehee.. Till we meet again gaisss! 

So next trip kemana kita??




Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS

POKOK GHARQAD. pokok yahudi