TAIWAN kami datang!


Assalamualaikum


9 Mac 2019, Sabtu, 5.00 am

Kuala Lumpur - Taipei


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kami plan untuk trip ni kira agak last minute juga. Aku kan dah plan nak bersara lepas layan trek penyesalan kat Semeru. Hahaa... Tapi setelah dipujuk, termakan rayu, racun terok dari Fuzah yang nak pergi trip yang rare, aku pon onzz je la. Kalau tak pergi hiking macam sendu je hidup aku! Asyik mereput jer tengok orang lain pergi trip sana sini. :p hahaa

Taiwan kami datang, dalam misi menawan Gunung Salji, Xueshan!

Abi, Fuzah, Nadz

Untuk trip kalini kami tak ambil porter sebab kos yang agak mahal kat Taiwan. So kena bawa beg sendiri... Aku sebenarnya ragu-ragu juga sebab mampu ke tak ni nak pikul hampir 20kg beg naik gunung! hahaa.. Ditambah dengan pelbagai equipment untuk mendaki gunung ais, ration makanan, sleeping bag, karrimet dan semua keperluan kena angkut sendiri! Fuh....


Doakan sis kuaddd tau awaa! hahaa


Adventure is out there, Let get lost!


Di KLIA1 kami perlu naik Aerotrain untuk ke pintu pelepasan antarabangsa.


Expressi mata rabak! hahaaa.. Pukul 5.00 pagi kami dah stanby kat sini... 


Ready to take off!


Best juga cerita ni 'Crazy Rich Asians'! Sempat la layan 2-3 movie dalam flight.


Breakfast dulu! Nasi lemak chicken rendang onboard! Wallaweh sedap!


Kami menaiki pesawat Malindo Air dengan harga tiket RM840 return include 25kg baggage & makan. Insurans flight RM67.20. Berbaloi juga la.


Ni Hao, Taiwan!

12.05 pm kami selamat mendarat di Touyan National Airport di Taipei. Penerbangan mengambil masa selama 4 jam. Waktu di Taiwan adalah sama seperti di Malaysia. So tiada la istilah ‘jetlag’. Hahaa.. 


First thing sampai sini pergi beli sim card, kat dalam airport ada banyak kedai yang jual. Aku ambil sim untuk 8 hari dengan harga 450 Taiwan Dollars bersamaan RM60. Agak mahal sebenarnya duit Taiwan ni. So aku sorang beli, nanti boleh share je internet. Korang kena tunjuk passport untuk beli simcard.


Beratur kat Immigresen punya la panjang bak ang! Hahaa... Kat sini ada la perasan beberapa orang Malaysia.. Just senyum-senyum je la.. Kami join open trip ni selalu berhubung melalui watsap jer.. Jadi memang tak kenal pun sesiapa. hahaa


Then dah selesai urursan Immigresen, jumpa la dengan semua ahli team yang lain. Nampak macam otai-otai je semua.. fuhhh.. Tapi yang paling otai pastinya guide kami, Khafiz Al-Kicok.. Dengar nama pun macam dah gerun ni! hahaa


Kicok dah book satu bas untuk kami menuju ke hotel. Perjalanan lebih kurang 45 minit dari airport untuk ke bandar Taipei. Sepanjang jalan hujan jer. Risau juga kalau esok nak start hiking dalam hujan.




Kicok & Bro Faizal



Azlee, Bird & Amir.. Ni lejen semua! #idola



Atai Cruzer & Kamloi



Kamilan & our officials photographer, Arip!



Lepas dah check-in hotel, Kichok nak check kami punye gear. Mana yang tak menepati kriteria perlu beli terus nanti sebab gunung yang kami nak naik ni bukan biasa-biasa. Dijangkakan salji lebat. Aku macam cuak juga sebab macam banyak je equipment yang tak lengkap. Kasut kena waterproof & high cut. Nasib baik sempat beli kat Decathlon haritu.

Aku dah lupa bawa glove yang tebal... Aiseh padahal banyak je kat rumah aku.. Baju hujan tak de, seluar waterproof tak de... Kadang banyak benda-benda kecik yang kami anggap remeh. Sebenarnya benda tu yang paling penting! Kicok memamg sangat particular bab ni! Ni memang aku salute sebab dia tak nak kami mati kesejukan kat atas gunung tu nanti!


Spot checked onzz! hahaa



Bebel apa tu kicok!


Backpackers hostel 



Perut pun dah berkencorong irama dangdut! Kita pergi makan dulu la. Lepak kat kedai indon makan ayam penyet. Sepinggan lebih kurang RM20.


Makanan halal hanya terdapat di bandar Taipei yang mempunyai "Indonesia Town" dan beberapa kedai Chinese Muslim. Tapi ‘Family Mart’ adalah kedai yang sering dikunjungi oleh kami untuk membeli kudap-kudapan dan makanan ringan. Kos harian dan tempat penginapan adalah agak tinggi di negara ini. So standby duit lebih sikit.


Jalan-jalan naik train di Taipei Main Station... Fuh pening juga train dia.. Hahaaa..


Sesi menghabiskan duit! Giler ahh barang kat sini boleh tahan mahal! Menyesal rasa tak beli siap-siap kat Malaysia! Hahaa.. Memang nak tak nak kena beli juga la mana yang tak cukup tu. Kalau tak, mau mati kejung nanti! hahaa


Baru first day kat sini kami dah habis dalam RM400-500 sorang! Lari bajet dah ni, macam mana plan nak jalan-jalan lepas hiking nanti! Matilanakkk! hahaaa.. 


Rambang mata juga sebab ada banyak kedai outdoor kat Taipei nih! Teringat macam kat Indon. Tapi harga kat sini agak Yahudi la sebab ikut rate Taiwan Dollars! hahaa... 

So untuk korang yang teringin nak mendaki di Taiwan, make sure outdoor gear korang lengkap terutamanya kalau nak mendaki musim sejuk. Beli siap-siap kat Malaysia. Kalau tak memang parok pitih bohhh! hahaa


Crampon, kapak ais, carabiner, trekking pole, harness, helmet, gaiter, tali & etc. All checked!

Are you ready guys???



To be continued.....



Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah