Taman Saujana Hijau, Putrajaya


Assalamualaikum


What's up gais!

Jom kali ni sis nak bawa korang jogging kat tempat yang cantik macam kat Europe!


Taman Saujana Hijau ni terletak di Presint 11, Putrajaya. Dikenali juga sebagai 'Bandar di Dalam Taman. 

Waktu Operas Taman : 7.00 pagi hingga 7.00 petang 

(DIBUKA PADA SETIAP HARI TERMASUK CUTI UMUM)




Disini disediakan trek untuk jogging. Uolls juga boleh bersiar-siar menikmati udara nyaman di atas bukit. Sedang asyik melihat pemandangan alam dan keluasan bandar Putrajaya, terlihat pula jejaka kacak sedang berlari-larian... Ehhh...

 Adakah ini jodoh?? hahaaa


Banyak view yang nampak macam kat negara omputih.. Padu beb!


Taman ni berkeluasan 47 hektar dikelilingi rimbunan pepohon subur dan pokok pain iaitu dikategorikan tumbuhan gymnosperma yang menghiasi kawasan bukit-bukau, pastinya mempesonakan seakan anda berada di salah sebuah taman di Eropah. 

Gimnosperma bermaksud tumbuhan vascular yang tidak berbunga tetapi mempunyai biji yang terdedah dan tidak ditutup oleh ovari. Tumbuhan ini hidup di zaman Jurassic, berjuta-juta tahun yang lalu dan saintis sering memanggil tumbuhan ini sebagai ’fosil hidup ’ atau living fossils.


 Cerun bukit dan tanah berteres yang dikekalkan serta laluan taman yang berliku-liku menjadikan taman ini mempunyai nilai tarikannya yang tersendiri. 

merenung masa depan ke tu sis??


Bunga-bunga chenta...


Taman Saujana Hijau ini terletak di atas bukit. Lanskapnya terdiri dari dua buah bukit kecil.


Panahan terik mentari ibarat panahan cinta awaaa yang membakar kulitku!.... Ehhh 

#sunkissed#sunburned#tanned


Kat kawasan ni lega sikit sebab redup... Kalau korang nak datang sini better lepas subuh atau pun petang-petang sikit. Ni dah pukul 9.00 pagi memang panas giler weh tak boleh bincang! hahaa


Memang naiss view dari atas puncak ni! Best jugak kalau dapat layan sunset atau sunrise kat sini! hehee


Putrajaya memang terkenal dengan keindahan lanskap taman-taman awamnya. Selain Taman Saujana Hijau ni, di dalam Putrajaya sahaja terdapat lebih dari beberapa buah taman dengan keunikannya yang tersendiri. 


Antara taman taman menarik yang ada di Putrajaya adalah :

Taman Botani Putrajaya
Taman Wetland
Taman Warisan Pertanian
Taman Seri Empangan
Taman Cabaran Putrajaya
Taman Ekuestrian Putrajaya



Terdapat 3 astaka di sekitar taman ini yang berkonsepkan Inggeris, Oriental dan Eropah. Puncak tertinggi taman ini terletak di Astaka Eropah. 

Memandangkan taman ini adalah sebahagian daripada bukit-bukau di Presint 11, ia menawarkan kawasan pemandangan di mana pengunjung boleh melihat hampir 360 darjah persekitaran Putrajaya. Kebanyakan mercu tanda boleh dilihat dari sini.


Pemandangan memang awesome dan taman ini diselenggara dengan baik. Rumput dan pokok-pokok terjaga dengan baik.


Last-last, joggingnya 15 minit, bergambarnya 2 jam! hahaa.. Tapi memang berkicap jugak la jalan 2 round naik turun bukit keliling taman ni! hehee


Jump street!

Just do it!

In a nutshell, taman ini sesuai untuk bersiar-siar bersama keluarga sambil menjalankan aktiviti riadah. Sesuai juga dijadikan lokasi untuk bergambar macam ala-ala kat Oversea gittew...


Till then guys! So mana lagi tempat yang best nak jogging??






Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Asykar Pencen!