Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam


Assalamualaikum


Rasa macam panas sangat la cuaca kat Malaysia sekarang ni. Panas bahang dia sampai tak boleh nak bincang! Rasa macam nak pergi main salji! hahaa




Walaupun kat sini tak de salji, tapi ada la beberapa tempat yang korang boleh try rasa sejuk dan suasana ala-ala kat salji :






Banyak jugak nak kena bayar masuk sini. Fuhhh... Entrance jer dah RM3. Parking RM3. Nak naik tram ke rumah 4 musim RM5 kalau tak silap.


Nak sewa basikal pun boleh



Di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) anda berpeluang merasai suasana empat musim seperti berada di negara beriklim empat musim. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan.

(Sila rujuk jadual musim Kutub Utara).

Saksikan keindahan panorama di samping kepelbagaian bunga-bungaan di sini.




BULAN
KUTUB UTARA
KUTUB SELATAN
MUSIM
Disember - Februari
Mac – Mei
Jun – Ogos
September - November
Salji
Bunga
Panas
Luruh
Panas
Luruh
Salji
Bunga




 

 

 

KADAR HARGA KEMUDAHAN DI TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

CAJ KONSERVASI (WAJIB)

Dewasa (12 hingga 54 tahun)

RM 3.00

Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun)

RM 1.00

Warga Emas ( 55 tahun ke atas)

RM 1.00

Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Masuk Percuma

CAJ KONSERVASI

RUMAH IKLIM SEDERHANA EMPAT MUSIM

MUSIM LAIN

MUSIM SALJI

Dewasa (12 tahun dan ke atas )

RM 3.00

RM 5.00

Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun)

RM 1.00

RM 3.00

Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Masuk Percuma

CAJ TEMPAT LETAK KENDERAAN

Kereta/ Van

RM 3.00

Motosikal

RM 1.00

Bas / Lori

RM 5.00


KEMUDAHAN

KADAR HARGA
(1 Unit @ 1 Hari)

HARI BIASA

HUJUNG MINGGU /
KELEPASAN AM

RUMAH PENGINAPAN

Penginapan Kampung Idaman

RM 120.00

RM 150.00

Penginapan Kampung Budaya

RM 250.00

RM 300.00

TAPAK HARI KELUARGA


  1. Amphiteater Pusat

  2. Multi Purpose Barn (Taman Padi)

  3. Gelanggang Sepak Takraw (Taman Padi)

  4. Agrolodge

CAMAR RIMBA

  1. Amphiteater

  2. Gelanggang Berpasir

  3. Tepian Kolam Renang

RM 150.00

Kolam Renang & Tepian Kolam Renang

RM 550.00

Ruang Kaunter Utama

RM 300.00

RM 500.00

DEWAN SERBAGUNA

PERKAMPUNGAN BUDAYA

1.      Dewan Sri Pekan

2.      Dewan Bunga Raya

3.      Dewan Seminar

 

RM 700.00

RM 500.00

RM 200.00

 

RM 800.00

RM 600.00

RM 300.00

 Dewan Kampung Idaman

RM 100.00

LAIN-LAIN CAJ

Caj Penggambaran

RM 1,000.00

 


Untuk tiket masuk ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim Shah Alam ini, hanya MYR5 akan dikenakan untuk bayaran dewasa dan MYR3 untuk kanak-kanak. Berbaloi untuk singgah dan rasai sendiri pengalaman di rumah salji ini.



Ni aku pergi masa bulan Februari haritu. Ada musim salji.



Setakat hari ni, bila tiba musim salji, ramai yang akan singgah untuk merasai kesejukkan salji sekitar -2°C hingga -7°C.

Weh ni dia punya sejuk kalah aku pergi nepal haritu! ohoiiii



Kitaorang memang tak plan pun datang sini sebenarnya. Main terjah je! hahaaa
Sebabnya baru balik jogging kat taman tasik Shah Alam. Kebetulan masih awal pagi lagi, saja la jalan-jalan kat taman botani ni. Cuaca pula tengah panas terik, teringin la nak rasa acah-acah sejuk, ada rumah salji! 

Wowww ini rejeki! So apa tunggu lagi! hahaaa


Untuk hari biasa yang tidak punyai ramai pelancong, anda dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah iklim sederhana ini untuk tempoh selama lebih kurang 15 hingga 30 minit. 

Namun, jika mempunyai ramai pengunjung, biasanya ia akan diterhadkan kepada hanya sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. Ini untuk memastikan seupaya semua pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman musim salji atau musim-musim tertentu di dalam rumah iklim sederhana ini.


Memandangkan kita di Malaysia, waktu yang sesuai untuk melawat rumah iklim sederhana ini ialah antara musim salji (winter season) dan juga musim bunga (spring season). Untuk musim panas dan musim luruh, ia tidaklah sehebat mana. hahaa


 Pastikan anda pakai baju sejuk yang sesuai. Kalau tak, memang akan rasa kesejukkan yang tidak terhingga! Aduhhh menusuk ke tulang weh dia punya sejuk!


Salji yang memutih!




Muka dah pucat sebab masing-masing gigil sejuk! hahaa





Sikit lagi nak kena frosbite ni jari dah beku pegang ais! hahaa




Elsa?
Do you want to build a snowman?
Come on, let's go and play!


Seronoknya dia!



Ingat nak lepak lagi lama dalam ni sebab tak ramai orang, tapi tak boleh weh sebab sis tak tahan sejuk! Menggigil habis! Sumpah sejuk giler!



Nah, salji untuk awaa...


Sudah pasti, bukan sahaja lokasi Rumah Iklim Sederhana Empat Musim Shah Alam sahaja yang boleh anda lawat di dalam kawasan ini, tetapi juga ada banyak tarikan lain di sini, termasuk Animal Park Taman Botani Shah Alam. Banyak juga haiwan yang ada. Sesuai la nak bawa anak-anak.


In a nutshell, next time boleh la repeat nak try musin bunga pula! 

See ya


















Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Marak, Kelantan

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Asykar Pencen!