TAIWAN DAY 6



Assalamualaikum



14 Mac 2019, Khamis, 8.00 am



Yang Ming Shan National Park - Yehliu Geopark - Shenao Elephant Trunk Rock - Taipei 101 - Shilin Night Market



Dalam kalangan pelancong, Taipei yang merupakan bandar terbesar dan paling sibuk di Taiwan sememangnya menjadi destinasi paling popular dan digemari untuk dilawati. Ia terletak di bahagian utara Taiwan.


Peta Taiwan


Pengangkutan

Pengangkutan awam seperti metro (MRT), teksi dan bas sangat mudah digunakan jika anda ingin bersiar-siar di sekitar bandar Taipei. Lebih mudah jika anda membeli Easycard.

Jika berniat untuk ke destinasi luar daerah, anda dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej pelancongan termasuk pemandu pelancong kerana jarak antara daerah agak jauh.

Bagi perkhimatan 'e-hailing', anda boleh menggunakan aplikasi Grab.

Kalau inginkan lebih cabaran, sewa sahaja kenderaan bagi memudahkan anda bergerak mengikut kesesuaian sendiri. Tapi lesen memandu antarabangsa diperlukan dan untuk info, kenderaan di Taiwan dipandu di sebelah kanan.


Kota yang dianggap kota global ini banyak diadaptasikan warisannya daripada Sepanyol, Belanda dan Jepun. Taipei yang merupakan ibukota bagi Taiwan ini adalah tempat yang hebat untuk anda kunjungi. 

 Terdapat banyak tempat menarik di Taiwan untuk pelawat berkunjung dan melakukan aktiviti di sini. Ia bukan hanya pusat politik dan ekonomi pulau, tetapi terdapat elemen seni dan budaya yang meriah di sini.


Cuaca

Taiwan adalah negara empat musim, namun musim sejuk di sini tidak bersalji kecuali di pergunungan tinggi. 

Antara waktu yang sesuai untuk dilawati adalah sekitar Mac hingga Mei iaitu musim bunga. Suhu waktu ini adalah sekitar 25 darjah Celsius.

Jika anda berminat menyertai pelbagai festival seperti festival belon, bunga api atau kulinari, waktu yang sesuai adalah sekitar Jun hingga Ogos, namun suhu ketika ini mencecah 30 darjah Celcius.
Selphie lobang idong ka apa ni?? hahaaa
Taiwan Flag!

Dasyattt nau ni demi dapatkan angle gambar paling boekk la ni ye! hahaaa


Tudiaaa behind the scene! hahaaa #kasilipat


Sampai terbaring, terlentang suma ada pelbagai gaya photographer nya! hahaa

Model of the year! #michellin

Perghhhhhh... Jangan berani nak try tri! hahaa

Nice sculpture!


Kebiasaannya, sebaik tiba di Taipei, perkara pertama dan paling utama dilakukan pelancong tentunya melawat menara Taipei 101 yang mempunyai lif terpantas di dunia. Ia membawa anda dengan pantas dari tingkat 5 ke tingkat 89 di mana terletaknya balai cerap dalam masa hanya 39 saat. 

Namun, apa kata Taipei ditinggalkan seketika! Ini kerana, selain Taipei, ramai yang tidak tahu bahawa banyak lagi tempat menarik di Taiwan yang boleh diteroka.

Jika tidak, masakan negara yang dikenali sebagai Permata Asia ini diberi gelaran 'Rahsia Terulung Yang Terselindung di Asia' oleh National Geographic Traveler.

nice shot!


Boleh tahan jem kat bandar Taipei ni!


Menuju ke Yang Ming Shan National Park.



Yangmingshan National Park terletak di daerah Shilin dan Beitou serta dikelilingi bandar-bandar Taipei Baharu seperti Tamsui, Sanzhi, Shimen, Jinshan serta Wanli. 

Kesemua lokasi berbeza dan menarik perlu dikunjungi oleh para pengunjung yang datang ke sini. Anda boleh merancang perjalanan anda mengikut peta yang dipaparkan di pusat utama pelancong mahupun di stesen-stesen bas.


Para-para Sakura!


Nampaknya musim sakura dah nak habis! Tinggal ranting-ranting jer kat pokok. Bunga dah tinggal sikit.


Behind the scene!


Lepak kat taman bunga




Flower clock


Tulip




Perkhidmatan bas ulang alik 108 turut disediakan bagi para pengunjung yang ingin ke setiap lokasi mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan. 

Perkara yang menariknya disini, setiap lokasi mempunyai karakter yang berbeza dari segi flora dan fauna, wap sulfur, gunung berapi, pemandangan indah rumput menghijau, sehinggalah air terjun serta banyak lagi.


Bagi pelancong yang ingin ke Yangmingshan National Park, anda dicadangkan untuk sampai awal pagi kerana bagi melengkapkan kesemua lokasi tersebut, anda memerlukan masa sehingga sehari.


Lumpur menggelegak! Kalau dekat2 takut terperecik jer..Mau melecur kulit beb


Yangmingshan terbentuk daripada gunung berapi yang sudah pupus, sumber mata air panas dan lubang udara panas yang banyak terdapat disini. Beitou cukup dikenali sebagai kawasan kolam air panas yang tersohor di Taiwan. 



Xiaoyoukeng adalah kawasan landskap geologi pasca-gunung berapi dan terletak di pergunungan, sebelah bahagian barat laut Qixing. Kawasan ini, masih lagi dalam dalam kawasan Taman Negara, Yangmingshan National Park Taiwan.



Bau sulfur kat sini agak kuat. Teringat pula macam kat kawah Ijen, Indonesia.


Javatrip Part 6 : Kawah Ijen, Bayuwangi



Bunyi asap yang tengah menghembus menggelegak tu agak seram juga! hahaa




Dorang ni gian nak hiking pulak! Adehhh... Kaki aku dah jelly sejak turun Gunung Syue semalam.. hahaa

Volcano dari kejauhan





Arrow Bambo trails






Tiket masuk ke Yehliu Geopark, New Taiwan Dollar 80 lebih kurang RM10.50.







Queens Head di Yehliu Geopark – Satu tarikan di mana satu kawasan tepi pantai yang mana batu-batu sekitar berkenaan menjadi tarikan pelancong.


Shimen, Pagar Batu ialah formasi terumbu karang yang telah timbul dari permukaan laut dan melepasi aras laut. Yehliu Geopark yang berada di atas tanjung tinggi, menyerlahkan formasi batu pasir dan terumbu karang yang luar biasa. 

Berhampiran ialah Feicuiwan, Emerald Bay, pantai peranginan yang menawarkan pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan di dalam dan di luar penginapan serta menghidangkan menu klasik Cina dan Taiwan.

Mushrooms rock


Batu yang terbentuk seakan-akan sarang lebah






Ramai manusia kat sini. Agak crowded juga nak ambil gambar! hahaa


Antara batu-batu yang popular dan sering menjadi tumpuan pelancong ialah The Queen's Head, Cute Princess, Fairy's Shoe, Pineapple Bun etc. 

Semua batu-batu ni adalah dilarang sama sekali untuk disentuh, ditendang, dipijak etc. Hanya boleh tengok saja. Tempat ni juga dikawal rapi oleh security (yang akan tegur anda sekiranya tak mematuhi arahan).



Local fishing boat



 Shenao Elephant Trunk Rock




Gayat weh jalan kat tebing nih! hahaaa





I'm the king of the world! hahaa


Lepak kat atas kepala gajah!

Angin kuat xleh bincang, ohoiiii!


View kat sini memang awesome gaiss!

Bentuk batu seakan belalai gajah


Masjid di tengah kota Taipei


Masjid yang berhadapan dengan Taman Da'an ini dibuka secara rasmi pada April 1960. Pembinaan masjid ini mendapat dana dari Republik China, Kerajaan Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lain. 

Lebih 50 tahun, ia meniadi destinasi popular bagi dif-dif kehormat dan para penguniung dari negara-negara Islam yang melawat Taiwan. Setiap kali selepas solat Jumaat, para jemaah tempatan dan asing berkumpul untuk beramah mesra dan menikmati jamuan. Malah daging Halal juga ada diiual di sini.

kubah masjid

Pertubuhan Cina Muslim terletak dalam Taipei Grand Mosque dan merupakan organisasi Islam yang terbesar di Taiwan, di mana pelbagai aktiviti berkait dengan Islam dijalankan di serata Taiwan. 

Suasana tenang di dalam masjid


Makanan

Majoriti restoran di Taiwan adalah tidak halal. Namun jangan risau, terdapat beberapa jenis restoran yang anda boleh kunjungi:

1. Restoran yang menjual makanan Arab.

2. Restoran mesra muslim yang menyajikan makanan laut dan vegetarian. Apa-apa pun bertanya dahalu untuk mendapatkan kepastian sama ada ia sesuai atau tidak untuk Muslim.

3. Restoran yang mempunyai Sijil Halal - diluluskan oleh Persatuan Cina Muslim Taiwan.

Taiwan halal restoran
Abi, Nadz, Fuzah, Zana


Makan-makan sempena meraikan kejayaan kami berjaya menawan Gunung Xueshan! Thank you Kicok belanja kami makan! hehee





Taiwan beef noodles. Bagi aku rasa dia biasa je.. hahaa


the menu
The boss, Kicok! #getlostasia
Dinner is done!
Lawanya kasut nih! Nak please....


Street Arcade



Pasar malam tradisional telah berkurun lamanya menjadi hiburan waktu malam yang sangat digemari. Pelbagai makanan tradisi yang murah dan juga gerai-gerai permainan dijual. 


Semua barangan yang anda mahu di Taiwan daripada batu jed sehinggalah magnet peti ais terdapat di sini. 

kat sini pun ada durian


Pasar Malam Shilin di Taipei merupakan nombor satu terkenal dan terbesar di Taiwan. Pasar Malam Jalan Raohe dan Pasar Malam Jalan Huaxi juga popular di kalangan para pelancong.

Mancing udang





Bubble tea



Lai laiii.... Babi Panggang gais! hahaa



Jom layan video :




To be contunued........



Previous post :








Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Jumaat Di Kota Mekah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Asykar Pencen!