Jom Iftar di Agrotek Garden, Hulu Langat!
Assalamualaikum..... Minggu lepas aku sempat iftar dengan geng member2 skolah. Lokasi ni memang rare & agak terpencil. Saja nak try tempat yang jauh sikit & tenang dari kesesakan kota raya.. Jom usha ape yang best kat Agrotek Garden nih! Banyak jugak pilihan menu dia. Harga 1 kepala RM42. Kalau ade sebarang pertanyaan @ nak booking dulu ke sebelum datang sini, boleh la hubungi no kat atas ni. Ni map nak ke Agrotek Garden ni. Ia terletak di Kampung Semungkis Batu 14, Hulu Langat, Selangor, kira-kira sejam la menaiki kenderaan dari ibu kota. Seiring & sejalan.... Rasa nak terjun jer dalam sungai nih! hahaaa Boleh tahan juga lawa tempat ni.. Ada chalet sekali kalau nak buat aktiviti team building ke, family day ke, atau nak rasa duduk dalam suasana dikelilingi hutan jauh dari hiruk pikuk kota. Konsep ‘back to nature’ menjadikan tempat ni sesuai bagi korang yang mahukan kelainan. ...