Di sebalik Nuzul Quran & Lailatulqadar
Assalamualaikum PARA ulama sependapat bahawa peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada 17 Ramadan, malam Jumaat, tahun ke-41 daripada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ memberi makna turun atau berpindah dari atas ke bawah iaitu al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) dengan sekali gus dan bukan beransur-ansur. Al-Quran bermakna ‘bacaan’ yang di dalamnya terkandung ayat-ayat (tanda-tanda) yang menjelaskan segala perkara meliputi persoalan tauhid, ibadat, jinayah, muamalat, sains, teknologi, tatanegara dan sebagainya. Ahli tafsir memberi pengertian dengan bacaan itu ialah merenung dan memperhatikan segala penciptaan ALLAH SWT di langit dan di bumi yang meliputi alam semesta ciptaan-Nya. Al-Quran merupakan mukjizat teragung dan terbesar di sepanjang zaman yang dianugerahkan ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman. Al-Quran dapat dipegang, dibaca, dilihat oleh semua manusia untuk panduan hidup di dunia dan d...