TAIWAN kami datang!
Assalamualaikum 9 Mac 2019, Sabtu, 5.00 am Kuala Lumpur - Taipei Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kami plan untuk trip ni kira agak last minute juga. Aku kan dah plan nak bersara lepas layan trek penyesalan kat Semeru. Hahaa... Tapi setelah dipujuk, termakan rayu, racun terok dari Fuzah yang nak pergi trip yang rare, aku pon onzz je la. Kalau tak pergi hiking macam sendu je hidup aku! Asyik mereput jer tengok orang lain pergi trip sana sini. :p hahaa Taiwan kami datang, dalam misi menawan Gunung Salji, Xueshan! Abi, Fuzah, Nadz Untuk trip kalini kami tak ambil porter sebab kos yang agak mahal kat Taiwan. So kena bawa beg sendiri... Aku sebenarnya ragu-ragu juga sebab mampu ke tak ni nak pikul hampir 20kg beg naik gunung! hahaa.. Ditambah dengan pelbagai equipment untuk mendaki gunung ais, ration makanan, sleeping bag, karrimet dan semua keperluan kena angkut sendiri! Fuh.... Doakan sis kuaddd tau awaa! hahaa Adventure is out ther...