Posts

Showing posts with the label pulau komodo

part 8 : Komodo Island, Loh Liang, Pulau Kelor

Image
Assalamualaikum Day 8 12/5/2017 - Jumaat, 9.00am Pagi ni kami tak perlu keluar awal macam semalam. Sebabnya nak pergi jumpa dengan Komodo Dragon ni kat sebelah kampung ni jer. Hahaa Duduk kat homestay ni rasa macam dekat kampung aku jer kat Malaysia tu. Hehee... Dapat tidur yang selesa. Cuma elektrik kat kampung ni ada pada waktu malam jer. Nasib baik dah cas segala kamera dan gajet malam tadi. Dalam rumah ni ada banyak bilik. satu bilik boleh duduk 2 orang. Bilik air ada 2 kat tingkat bawah. Breakfast dulu sebelum keluar rumah. Bergambar kat depan anjung homestay kami. Rumah kat sini semuanya dibina tinggi. Sebabnya untuk mengelakkan biawak komodo masuk dalam rumah. Dah nama pun kampung komodo, memang bersepah la biawak berkeliaran secara liar kat kawasan kampung ni. Naik bot lebih kurang 15 minit, kami dah sampai di Loh Liang iaitu di Komodo National Park! Loh Liang merupakan pintu masuk dan daerah wisata utama ...