Tugu Negara
Assalamualaikum..... Hari tu aku nak pergi buat passport kat UTC KL. Disebabkan manusia yang sangatlah ramai almaklumlah hari sabtu, lepas amik nomber je dia suruh datang balik pukul 2 petang. Padahal time tu baru pukul 9...erm.. ape lagi aku pon pergi la round2 satu KL. Dari taman tasik, jalan TAR ke tugu negara.. Tugu negara?? Ade ape dengan tugu negara ni?...hahaa.. Aku teringat kali pertama & terakhir aku pegi sini mase zaman tadika kot....keh3 Moh kite menghayati sejarah Tugu Negara ni... Tugu Negara telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Tugu ni berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang juga bertanggungjawab membina Tugu Peringatan...