Posts

Showing posts with the label planters country hotel

Bala's Chalet, Cameron Highland

Image
Assalamualaikum Sebut sahaja Cameron Highlands, pasti terbayang ladang teh yang menghijau, sayur-sayuran dan buah-buahan segar, udara yang sejuk dan nyaman dan semestinya buah strawberry yang merah ranum di pokok. Kesemua tarikan ini menjadikan Cameron Highlands tempat percutian evergreen di kalangan rakyat Malaysia. Selain keindahan persekitaran, tanah tinggi seperti ini juga seringkali dikaitkan dengan penginapan ala-Inggeris, mungkin kerana suatu ketika dahulu, ia sememangnya menjadi lokasi retreat untuk golongan berbangsa Inggeris yang menetap di Tanah Melayu. Mungkin kerana itu juga, sehingga kini Cameron Highlands menawarkan hotel-hotel berkonsepkan senibina Inggeris yang boleh didiami oleh para pengunjung. Seronok juga kadang-kadang jika dapat menginap di tempat begini. Sedikit-sebanyak terasa juga seperti bercuti di luar negara.  Bala's Holiday Chalet aka Planters Country Hotel. Hotel ini pernah menjadi sebuah sekolah berasrama khas untuk kanak-kanak berbangsa Inggeris yang...