New Year Hike @ Bukit Gasing
Assalamualaikum... Azam tahun baru ni, aku nak memperbanyakkan aktiviti yang sihat & beriadah. Bucket list aku pon masih banyak lagi yang belum dicapai. Di samping tu, aku nak menikmati keindahan ciptaan Allah, bermuhasabah diri & lebih menghargai alam persekitaran semulajadi. So kita start new year resolution ni dengan aktiviti mendaki bukit yang rileks2 dulu... Nak tau kat mana lokasi new year hike ni??? Jom kita redah!.... Bukit Gasing atau juga dikenali sebagai Hutan Pendidikan Bukit Gasing ni terletak di kawasan Petaling Jaya. Kalau dari rumah aku, memang dekat jer... dalam 15 minit dah sampai kalau naik kereta lah. Kalau naik basikal sejam kot?... Happy feet! Hutan Bukit Gasing ini menjadi tarikan orang ramai yang datang untuk bersenam. Bentuk muka buminya yang berbukit dan masih seperti hutan asal membuatkan pengunjung dapat berjoging dan trekking dalam masa yang sama. Terdapat juga kawasan yang bertangga. Boleh jugak...