The Cave
Anda pernah meneroka ke dalam Gua? Jika belum, mari saya membawa anda meneroka ke dalam Gua Tempurung. Gua Tempurung terletak di Perak di antara Gopeng dan Kampar, kira-kira 36 kilometer ke selatan bandar raya Ipoh, ia merupakan antara destinasi menarik yang wajar dikunjungi. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagtit dan stalagmit yang berbeza. Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air dan kandungan batu kapur dan marmar. Gua Tempurung merupakan salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dan menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar negara. Pemandangan di sekitar tol Kampar Perjalanan dari KL ke Perak sejauh 180 KM mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Kami bergerak selepas solat Subuh...