Posts

Showing posts with the label umrah

Kota Mekah

Image
Assalamualaikum 22 November 2022, Selasa 5.00am Hari kedua di Kota Mekah Harini kami ziarah di sekitar Mekah Brekfast like a king! Lepas solat subuh terus sarapan pagi. Menu sarapan kat hotel ni memang terbaik macam-macam ada! Alhamdulillah. Pemandangan tower clock dari bilik hotel. Kami ke kaki bukit Jabal Thur dimana terdapat gua, tempat Rasulullah dan Saidina Abu Bakar bersembunyi ketika perjalanan hijrah dari Makkah ke Madinah. Bukit Thur atau Bukit Thursina mempunyai kaitan rapat dengan Rasulullah SAW kerana di situ lokasi baginda bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar As Siddiq bagi mengelak daripada cubaan membunuh baginda oleh golongan kafir Quraisy. Malah, peristiwa bersembunyi di Jabar Thur juga menjadi pencetus awal penghijrahan baginda dari Makkah ke Madinah seterusnya mengasaskan negara Islam pertama. Justeru, peluang menziarahi bukit berbatu setinggi 470 meter dari aras laut itu amat menginsafkan tatkala membayangkan perjuangan baginda demi mengembangkan agama suci. Rancan...

Perjalanan Umrah KL To Madinah

Image
Assalamualaikum Pada 16 - 26 November 2022 lepas aku telah selamat menunaikan umrah bersama mak, adik dan mak cik aku.  Alhamdulillah! Aku dah lama berniat nak pergi umrah. Aku plan dari awal tahun 2022 lagi sejak border dah dibuka lepas PKP.  Tapi sebenarnya nak pergi lama dah lepas arwah abah aku pencen tahun 2019. Lepas tu tetiba pandemik melanda tahun 2020. Arwah abah pun dah pergi dulu ke negeri abadi. Alhamdulillah mak pun dah setelkan badal haji dan umrah untuk arwah abah. Nak kena tinggal dak kecik ni dengan atok & tokwan dia. Uhukk sedih! Ni first time tinggal anak sis 2 minggu. Moga baik2 jer. Sebelum pergi kami join kursus umrah online & ada juga secara bersemuka di masjid. Dan banyak juga membaca. Tunggu nak praktik je lagi nanti. Nervous pulak rasa. hehee. Moga dipermudahkan urusan kami nanti. Inshaallah Mak cik & anak-anaknya Niatnya nak bawa mak aku la nak pergi umrah ni. Nak pergi hujung tahun 2022. Try usha2 pakej umrah yang ada. Tapi kalau ambil m...