Posts

Showing posts with the label air terjun

Javatrip Part 6 : Blawan Waterfall

Image
Assalamualaikum 12 September 2018, Rabu, 3.00 pm Lepas pulang dari Kawah Ijen, kami terus ke Air Terjun Blawan. Air terjun ini terletak di Bondowoso berhampiran dengan Kawah Ijen. Yang menarik air terjun ini adalah muara alirannya yang langsung menuju ke dalam tanah seperti air terjun Niagara di Amerika. Jalan menuju ke kawasan air terjun Blawan agak mencabar juga dengan jalan naik turun tangga di antara 2 tebing. Berhampiran dengan Air Terjun Blawan, terdapat juga mata air panas semula jadi yang tertutup dari Air terjun ni, yang mengandungi sulfur semulajadi yang mengalir dari tasik Ijen di mana para pengunjung biasanya mandi setelah selesai menikmati Pakej Tour Ijen Crater. Sumber air panas ni mengandungi belerang, masih terjaga dan digunakan untuk berendam kaki oleh para pengunjung. Natural hot springs! Memang panas air dia! Air panas semulajadi ni digunakan untuk melegakan badan atau kaki setelah letih trekking ke Blue Flame Ijen Crater....

Trans CBL Trip!

Image
Assalamualaikum 31/3 - 3/4/2017 Jumaat - Isnin Ekspedisi Santai Chemerong-Berembun-Langsir (CBL) selama 3 hari 2 malam ni disertai seramai 15 orang iaitu 14 peserta dan seorang guide, Abe Mizan. Ekspedisi ni dikelolakan oleh gogo, Fai Fai & the geng. Disebabkan line up trip kali ni aku sorang je yang dari Kelantan, aku telah bertolak sehari lebih awal iaitu pada hari Jumaat. Yang lain semua dari KL, Seremban, Penang dan sorang gadis import dari Singapore! hahaa.. Dari Kota Bharu aku menuju ke Paka mengambil masa lebih kurang 5 jam juga melalui Lebuh Raya Pantai Timur. Tapi masa otw ke Terengganu aku dah siap2 waze Masjid Al-Mukhtafi Billah konon nak recce jalan, tapi ni masjid di Kuala Terengganu. Rupa-rupanya aku salah tempat! hahaaa.. Aku pun lepak jap kat Pantai Batu Buruk ambil angin sebelum meneruskan perjalanan ke Dungun! Sabtu - 1/4/2017 Aku stay di bandar Paka satu malam & esok paginya bergerak menuju ke Masjid Sultan Mahmud di Bandar A...